"Thanks, sayang." Ucap Rafique dengan lunak. Adra terkedu sebentar. Lama dia menatap wajah Rafique yang masih lagi tersenyum. Seketika dia tersedar, segera dia melepaskan pegangan Rafique pada lengannya.
"Aa-- abang nak bubur tak? Ara boleh buatkan." Soal Adra, gugup. Rafique menggeleng sambil mencebik.
"Tak nak. Abang nak awak."
Adra sudah seperti tak boleh bergerak. Ada sahaja ayat Rafique yang boleh membuatkan dia cair. Namun, cepat-cepat Adra cover dengan ketawa kecilnya.
"Merepeklah abang ni. Agaknya Dr. Fahim tu salah check abang tak? Manalah tahu ada wayar putus kat mana-mana ke." Dia cuba membuat lawak tapi Rafique tidak ketawa langsung.
"Abang serious Adra."
Adra sudah terkedu, terdiam, semua ter lah. Sekali lagi, dia menggaru kepala yang tidak gatal. Tak tahu mahu memberi respon yang macam mana.
"Abang betul-betul berterima kasih kat awak sebab awak ambil berat pasal abang. Selalunya kalau abang sakit, tak ada orang pun yang caring pasal abang. Mama pun tak tahu." Ucap Rafique.
"Kak Nadine?" Terlepas soalan itu dari mulut Adra. Haihh... selalu saja tersasul Ara ni..
"Walaupun dia girlfriend abang, dia tak jaga abang macam wife abang ni." Rafique tersenyum manis.
Adra gelak tiba-tiba. "Sah. Memang sah. Abang ni kalau demam memang suka merapu ke? Dahlah, Ara turun dulu, buatkan abang bubur." Baru sahaja Adra bergerak, lengannya ditarik sekali lagi oleh Rafique.
"Buat sedap-sedap tau sayang. Manalah tahu abang boleh sembuh lepas sayang buatkan abang bubur." Usik Rafique nakal sambil dikenyit matanya ke arah Adra. Tapi, Adra terus sahaja membuat aksi geli-geleman. Segera dia berlalu keluar dari bilik.
Di luar, terus tangan Adra melekap pada dadanya yang sedari tadi berdetak hebat. Aura Rafique kalau demam memang begitu ke? Lama-lama, Adra boleh jatuh nanti. Jatuh cinta banyak kali.
Tapi, pelik juga. Baru sekarang nak mengaku isteri? Lebih-lebih lagi lelaki itu masih menganggap Nadine itu teman wanitanya. Jujur yang Adra memang tak faham isi hati sebenar Rafique.
Selesai menyediakan sup bubur yang dicurah dengan sup ayam, ditatang dulang tersebut dan dibawa masuk ke dalam bilik Rafique. Lelaki itu masih lagi terbaring.
"Abang..." panggil Adra lembut. Dia meletakkan dulang tadi ke atas meja. Adra duduk di birai katil.
"Abang... bubur dah siap. Jom makan." Adra tersenyum-senyum melihat Rafique meliat di atas katil.
"Abang ngantuklah..." lemah sahaja suara Rafique. Manja.
"Lepas makan, abang tidurlah balik." Pujuk Adra. Akhirnya, Rafique mengangguk juga setelah puas dipujuk.
Adra membantu Rafique untuk duduk. Dalam hati bukan main berdebar apatah lagi kedudukan mereka sekarang teramat dekat. Dapat dirasakan bahang panas daripada Rafique.
Rafique pula curi-curi memandang wajah Adra. Telinganya dapat menangkap bunyi detakan jantung Adra yang laju. Mungkin gementar.
Adra mengambil mangkuk berisi bubur. "Ara suapkan ea?" Lalu, dibaca Bismillah terlebih dahulu barulah Rafique membuka mulut.
"Sedap tak?" Soal Adra.
"Sedap sangat. Pandai awak buat bubur. Kejap lagi mesti abang dah sihat." Tersengih Rafique memuji.
Adra sudah kembang kempis bila dipuji sebegitu. "Bubur je kot. Senang kacang nak buat."
"Berlagak." Rafique mencebik.
Lama dia memerhati wajah Adra di hadapan. Entah kenapa, terjentik satu perasaan yang dia sendiri tak pasti setiap kali menatap wajah bersih itu. Tenang. Memang tenang setiap kali dia melihat wajah Adra. Rafique paling suka melihat mata Adra. Mata gadis itu cantik. Direnung mata gadis itu.
Terasa diri diperhatikan, terus Adra mengangkat wajahnya memandang Rafique. Automatik matanya bertembung dengan mata Rafique. Lama mereka bertatapan antara satu sama lain.
Rafique merenung ke dalam anak mata Adra. Bagaikan tak mahu lari dari terus menatap mata cantik itu. Jangan kata Rafique tak berdebar. Dia turut berdebar. Perasaan yang tak pernah dia rasa selama ini, sedang dirasai sekarang.
Perlahan-lahan, tangan Adra dicapai Rafique sambil matanya tidak lari dari memandang mata gadis itu. Tangan Adra dibawa hampir ke bibirnya.
Baru dia ingin mencium tangan Adra, tiba-tiba, bunyi sudu berlaga dengan mangkuk menyebabkan kedua-duanya tersedar. Terus masing-masing menggelabah.
Spontan, Adra mengacau bubur di dalam mangkuk dengan kuat sambil menunduk. Rafique pula menggaru dahi selepas sedar akan keterlanjurannya tadi.
Dia mencuri pandang ke arah Adra. Gadis itu masih lagi menunduk dan mengacau bubur. Tak semena-mena, terlepas tawanya. Terus Adra mendongak.
"Sampai bila nak habis ni awak duk kacau bubur tu?" Soal Rafique sambil tertawa.
"Hah?" Seakan bingung, Adra memandang mangkuk bubur dan wajah Rafique silih berganti.
"Sinilah mangkuk tu." Terus Rafique merampas mangkuk bubur dari tangan Adra. Tak sempat Adra ingin menghalang. Sudahlah dia kalut semacam. Gelabah tak pasal-pasal.
"Biar abang suapkan awak." Ujar Rafique lalu ingin menyuakan sudu ke mulut Adra.
"Tak payahlah. Ara dah kenyang. Abang yang patut makan." Adra menolak perlahan tangan Rafique.
"Dah kenyang? Sampai hatikan tak nak makan sama-sama." Rafique memuncung.
"Eh, bukan, bukan. Maksud Ara, Ara dah kenyang dah sarapan pagi tadi. Abang kan tak sarapan, jadi abanglah kena makan." Tipu Adra. Sedangkan, dia tak menjamah apa-apa sarapan yang dibuatnya pagi tadi.
"Kalau macam tu, nganga cepat. Abang suapkan."
Nak tak nak, Adra nganga juga menerima suapan Rafique. Tersenyum lelaki itu. Tiba-tiba rasa bahagia menyulam hatinya ketika ini.
"Abang rasa macam dah sihatlah." Ujar Rafique tiba-tiba. Adra beriak pelik.
"Abang tak makan ubat lagi." Tukas Adra.
"Abang tak perlu makan ubat rasanya sebab ubat abang ada dekat depan abang sekarang ni." Rafique tersenyum manis.
Haih, hati. Sabar, sabar...
Adra tersenyum nipis. Lain macam pula perasaannya kali ini. Bercampur-campur. "Abang... sayangkan Ara?" Tiba-tiba, soalan itu yang Adra utarakan.
Rafique tidak terperanjat. Malah, dia semakin
tersenyum dan tersenyum.
"Abang rasa... abang dah--"
Tak sempat Rafique ingin meneruskan ayatnya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Terus dia mencapai telefon di sebelah.
Tertera nama Nadine di skrin telefon. Tanpa menunggu, terus sahaja dijawab panggilan daripada Nadine.
Adra tersenyum kelat. Perlahan-lahan, dia turun daripada katil dan membawa dulang terus keluar daripada bilik. Memberi ruang buat Rafique bercakap dengan Nadine.
Votes and comments! TQ 🌸
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romansa🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...
![Cintai Aku. [ complete ]](https://img.wattpad.com/cover/136895959-64-k870412.jpg)