Bukan Yang Sempurna ❤️

15.4K 241 0
                                    

Korang!!! Jemput baca story sis 😬Cerita confirm sweet manis macam lori gula tertumpah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Korang!!! Jemput baca story sis 😬
Cerita confirm sweet manis macam lori gula tertumpah. Sebab hero dia 😍❤️😍❤️ eheks..

Nah, sis share sinopsis 🙏🏻

Blurb;

"Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria.

Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya.

Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwini Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya.

"Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah.

Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby.

"Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris.

Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya.

Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati.

Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang?

"Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya."

🦄

Baca tau jangan tak baca! Ahahaha 🤣😬

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now