Media:
Rafique Iman.Adra berpelukan dengan Datin Mariam, lama. Seolah-olah berat ingin meninggalkan orang tua itu.
"Mama jaga diri tau. Ara janji Ara akan selalu jenguk mama nanti," ucap Adra. Entahkan boleh atau tidak dia ke sini lagi. Rumah Rafique pun dia masih tak tahu di mana.
"Adra pun jaga diri. Mama okay je sorang-sorang." Kata Datin Mariam. Adra tersenyum tipis.
"Okay, ma. Raf gerak dulu. Mama take care, okay?" Kata Rafique. Dia berlalu masuk ke dalam kereta terlebih dahulu sementara Adra masih lagi di sisi Datin Mariam.
"Ara pergi dulu. Terima kasih, ma." Ucap Adra untuk kesekian kalinya. Datin Mariam tersenyum dan mengangguk. Beg baju dibawa bersama masuk ke dalam kereta. Adra memang berat hati. Dia tak tahu kenapa. Perasaan tak sedap hati yang dia rasakan memang menggusarkan dirinya saat ini.
✨✨✨
Adra memerhati sekeliling rumah yang baru sahaja dia jejaki itu. Boleh tahan besar. Rumah banglo dua tingkat yang berkonsepkan Inggeris itu betul-betul membuatkan Adra terpaku sesaat.
Rafique merebahkan tubuhnya di atas sofa sambil memejamkan mata. Langsung tidak dipedulikan Adra yang masih lagi tercegat di hadapan pintu rumah yang sudah ditutup rapat.
Adra keliru. Tak tahu nak buat apa sekarang. Nak duduk di sofa takut dimarah Rafique. Takkan dia nak berdiri dekat sini sampai esok kot?
"Abang..." panggil Adra.
"Hmm," Rafique menjawab malas. Adra memandang Rafique yang duduk membelakanginya itu.
"Bilik Ara kat mana? Ara nak solat," ucap Adra teragak-agak. Rafique menghela nafas berat sebelum bangun dari duduknya.
"Bilik kau yang tu." tunjuk Rafique ke arah satu bilik betul-betul bersebelahan tangga. Adra terus mengangguk dan tersenyum. Dia berlalu ke bilik yang ditunjuk Rafique itu sambil membawa beg bajunya.
Rafique hanya memandang dengan ekor matanya sahaja. Dia tersenyum sinis sebelum turut berlalu naik ke tingkat atas.
Adra masuk ke bilik tidurnya yang baru. Besar sedikit dengan bekas bilik tidurnya di rumah Hajah Ameena. Adra duduk di birai katil. Beg diletakkan di bawah.
Dia merenung bilik tidur itu. Nampak seperti bilik tidur ini belum diusik. Katil bersaiz queen. Ada sebuah meja seperti meja belajar. Ada almari baju. Dan bilik ini juga ada tandas.
Adra segera mengemas baju-bajunya ke dalam almari. Setelah itu, dia berlalu ke tandas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor.
Setelah selesai, dia keluar dari bilik dan mengintai ke bahagian tangga. Kemudian, dia berjalan sekeliling ruang tamu dan dapur. Segala-galanya mewah pada mata Adra.
Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga menggamit pendengaran Adra. Dia sekadar duduk diam di kerusi yang tersedia di kitchen island itu.
Rafique masuk ke dapur. Memandang Adra sekejap. Dia mengambil air sejuk dari dalam peti ais tanpa menghiraukan Adra yang duduk diam di kerusi. Adra pula serba salah sama ada mahu bangun untuk berlalu atau duduk diam di situ.
Rafique meletakkan cawan ke dalam singki lalu dia bersandar pada table top. Berpeluk tubuh merenung Adra.
"Dekat rumah ni, kita buat hal masing-masing. Aku takkan ambil tahu pasal kau and kau pun tak payah ambil tahu pasal aku." Kata Rafique memecahkan kesunyian. Lambat Adra mengangguk walau hakikatnya dia tidak setuju dengan apa yang Rafique katakan.
"Kau ada nak cakap apa-apa tak? Atau tanya something?" Soal Rafique. Adra memandang Rafique. Pandangan Rafique tidak tajam seperti selalu tetapi kali ini pandangan lelaki itu sangat tenang. Adra sedikit terbuai.
"Tak ada," jawab Adra perlahan. Rafique kemudiannya angkat bahu. "Kalau tak ada, aku nak keluar. Tak payah nak mengada tunggu aku balik." Kata Rafique lalu berlalu dari dapur.
Adra mahu memanggil tetapi suaranya seolah tersekat di kerongkong. Adra mengeluh sedikit apabila melihat lelaki itu sudah keluar dari rumah.
✨✨✨
Siaran di televisyen langsung tidak membuatkan Adra berminat untuk terus menonton. Tetapi, Adra lebih berminat menatap cincin yang tersarung kemas pada jari manisnya. Diusap cincin itu perlahan. Kemudian, dia tersenyum pahit.
Dia sendiri tidak tahu apa makna perkahwinan ini. Permintaan Datin Mariam yang memintanya berkahwin dengan Rafique sedangkan wanita itu tahu yang Rafique tidak cintakan dia. Betullah. Datin Mariam hanya kesiankan dia. Adra tersenyum hambar.
Dan kata-kata Rafique petang tadi yang berupa arahan itu membuatkan Adra mengeluh. Buat hal masing-masing? Sebab itu Rafique ingin berpindah cepat dari rumah Datin Mariam? Supaya lelaki itu bebas membuat apa sahaja?
Telefon yang berdering mengejutkan Adra. Telefon di atas meja dicapai. Tertera nama 'Kak Adila'. Terus Adra menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, Ara.. Ara sihat?" Kata Adila ceria. Adra tersenyum.
"Walaikumsalam, Ara sihat je. Akak, umi dengan Jo sihat?"
"Alhamdulillah, semua sihat juga. Rindu betul akak dengan Ara. Rasa macam dah lama tak jumpa."
Adra ketawa kecil mendengar kata-kata Adila.
"Ara pun rindu akak juga. Rindu sesangat. Umi mana?"
"Umi dah tidur dah. Umi mana nak tidur lambat-lambat," kata Adila mencebik sambil tersenyum.
"Akak kenapa tak tidur lagi?"
"Akak ni kan burung hantu. Macamlah Ara tak tahu,"
Adra dan Adila sama-sama ketawa. "Okaylah. Ara pergilah tidur dulu. Nanti suami marah pula. Raf ada?" Soal Adila.
Adra senyap seketika. Teragak-agak dia menjawab. "Aa-- ada. Okaylah, kak. Ara tidur dulu. Kirim salam rindu dekat semua tau."
"In Shaa Allah. Bye and good night,"
"Good night, too." Terus Adra matikan talian. Dia memejamkan matanya. Dia terpaksa menipu Adila. Dia tak mahu nanti Adila berfikiran bukan-bukan nanti.
Adra menutup televisyen lalu terus beredar masuk ke bilik tidurnya.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Roman d'amour🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...