DIA | 22

20K 836 21
                                    

Media:
Nur Adra.

Berita yang baru sahaja didengari tadi membuatkan Adra rasa seperti tak percaya. Pulang sahaja ke rumah, terus Adila menerpa ke arahnya. Katanya ada berita gembira buatnya.

Dan bila Adra dapat tahu berita itu dari mulut Adila sendiri serta bukti yang sudah ada di depan mata, rasa macam nak sujud syukur di situ juga. Hajah Ameena dan Johan turut menumpang gembira.

Adra. Dah lama dia tak rasa bahagia macam ni. Dia dah lupa apa itu bahagia sampaikan perasaan tu sudah lenyap dalam diri dia. Tapi, malam ini, segalanya berubah. Hanya kerana berita gembira ini, dia sudah terlampau gembira.

"Tahniah, Ara! Akak bangga sangat dengan Ara." Ucap Adila sambil memeluk Adra erat.

Betul, Adra memang tak menyangka. Banyak kali dia periksa namanya serta nombor kad pengenalannya yang tertera pada sehelai kertaa nipis itu.

7A 2B.

Ya Allah, terima kasih. Tak pernah lekang auat itu di bibir milik Adra. Dia sukar nak percaya. Hajah Ameena turut memeluknya di bahu.

"Disebabkan Ara dapat keputusan cemerlang, apa kata esok umi belanja makan." Kata Hajah Ameena tersenyum. Adra tak mampu berkata apa. Dari tadi keputusan SPMnya direnung. Hampir menitik air mata.

"Takkan belanja kat restoran kita, umi?" Sampuk Johan.

Hajah Ameena menggeleng. "Taklah. Kita carilah kedai makan yang sedap-sedap. Nanti Jo carikan."

"No problem, umi."

"Kenapa Ara menangis ni?" Soal Adila kalut. Terkejut dia apabila melihat Adra sudah terhinjut-hinjut di sebelah menahan tangis.

Tangisannya mulai pecah apabila suara pujukan Adila dan Hajah Ameena menyapa gegendang telinga. Mereka ini terlalu baik buatnya. Sedangkan dia bukan sesiapa dalam hidup mereka. Dia orang asing dan sampai sekarang dia masih berpijak pada bumi yang nyata.

"Ara--- Ara betul-betul ttt--terhutang budi dengan umi, Kak Dila, Jo. Ara tak tahu nak balas apa." Tersekat-sekat Adra berkata.

"Sudah. Jangan menangis. Tak comel." Pujuk Adila. Tadi petang, sewaktu Adra dan uminya masih lagi berada di rumah Datin Mariam, Lily datang ke rumahnya setelah gadis itu menelefon untuk meminta alamat. Katanya, ada hal penting. Bila Lily sampai sahaja, terus diberikan keputusan SPM Adra. Katanya, Adra merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah mereka. Ramai cikgu yang cari dia di sekolah. Lily pun tidak kurang hebatnya. 5A 3B.

Adra tersenyum memandang wajah-wajah yang sentiasa ada untuknya. Rasa terharu, sebak serta sedih itu bercampur aduk. Pernah dia terlintas dalam fikirannya bahawa perkara pertama yang dia nak buat bila dia dapat keputusan cemerlang dalam SPM, orang yang pertama sekali dia nak bagitahu ialah ibunya. Tapi, tak kesampaian. Mungkin, ada benda yang lebih manis nanti untuk dia kongsikan pada ibunya nanti.

"Umi tak nak dah tengok Ara sedih macam ni. Ara kena senyum. Umi nak tengok Ara gembira selalu." Ucap Hajah Ameena sambil tangannya mengelap pipi Adra yang basah. Sebenarnya, hatinya gusar. Bila tengok Adra terlebih senyum dan gembira tak seperti selalu, terus automatik dia terfikirkan kehidupan Adra selepas kahwin nanti. Adra akan tinggal dengan suaminya nanti.

"Umi fikir apa?" Tegur Adila. Pantas Hajah Ameena menggeleng seraya tersenyum. Sempat dia mengusap kepala Adra yang berbalut tudung sarung itu.

✨✨✨

Adra duduk di tepi kolam renang rumah Datin Mariam sambil tersenyum-senyum. Kakinya yang direndamkan di dalam air mengocak perlahan.

Dari tadi dia tersenyum. Teringatkan keputusan SPMnya yang cantik itu. Hajah Ameena di dalam rumah. Mungkin sedang meneman Datin Mariam.

"Ehem,"

Terus Adra berpaling ke belakang apabila telinganya menangkap bunyi deheman seseorang. Melihatkan Rafique yang sedang berpeluk tubuh tanpa memandangnya, terus Adra berdiri tegak dan menunduk.

Rafique berjalan menghampiri Adra. Dijeling sekejap wajah gadis itu di hadapannya sebelum kembali memandang halaman rumah.

"So, kau dah tahu belum?" Soal Rafique tiba-tiba. Adra mengangkat wajah. Direnung muka kacak Rafique di hadapan. Tinggi, tegap dan... wangi. Betul-betul membuatkan Adra terbuai.

"Kau dengar tak aku tanya ni?" Soal Rafique sedikit kasar.

Adra menggelabah. Dia marahkan dirinya yang terlebih meneliti raut wajah Rafique itu. Haih, tulah. Handsome sangat.

"Tt-- tak. Ara tak berapa faham." Balas Adra tergagap. Segera dia menunduk apabila melihat balasan pandangan tajam daripada Rafique.

"Lain kali dengar. Bukan dok tenung muka handsome aku ni."

Terkulat-kulat Adra di situ. Malunya. Kalau boleh, nak je dia sorokkan muka di mana-mana.

"Aku nak ingatkan kau. Pernikahan ni tetap dijalankan walaupun kau setuju atau pun tak. Aku buat semua ni bukan sebab aku yang tergila-gila nak kahwin dengan kau. Aku setuju sebab mama aku. Jadi, aku tak nak kau perasan sangat."

Eh? Adra belum kata setuju lagi. Malah, dia masih lagi berfikir. Tapi, kalau dah Rafique berkata begitu. Dia terpaksa terima. Dia faham.

"Ara tahu. Ara harap abang boleh terima Ara." Ucapnya perlahan. Rafique julingkan mata ke atas.

"Apa-apa jelah. Lagi satu,"

Terus Adra mendongak memandang Rafique di depan.

"Aku tahu kau suka aku dan aku tak kisah kalau kau suka dekat aku, tapi aku takkan suka dekat kau even mama aku suka kau sangat-sangat. Ingat tu." Pesanan terakhir daripada Rafique sebelum dia melangkah semula masuk ke dalam.

Dan Adra terkesima. Terasa dengan kata-kata Rafique tadi. Kenapa lelaki itu bencikan dia? Apa salah dia? Macam mana nak hidup serumah nanti?

Atau memang Adra ni dilahirkan untuk dibenci oleh orang? Sedangkan ibu kandung kau sendiri benci kau, apatah lagi orang lain.

✨✨✨

"Aku terima nikahnya Nur Adra binti Azmi dengan mas kahwinnya sebanyak RM100 tunai."

Usai itu, Rafique datang ke arahnya dengan senyuman yang Adra sendiri tidak faham akan maksud senyuman itu.

Adra yang duduk bersimpuh itu berdebar-debar. Kepalanya tertunduk.

"Kau jangan ingat yang kau akan lepas daripada aku. Jangan harap yang kau akan bahagia."

Serentak, Adra terbangun dari tidur lenanya. Berpeluh-peluh dia di atas katil. Segera dia mengucap.

Suara itu! Suara Pakcik Fuad!

"Astaghfirullahalazim... Ya Allah, apa maksud mimpi tu? Aku takut, Ya Allah..." rintih Adra lalu wajahnya ditekapkan di kedua-dua tapak tangan. Dia tersedu-sedan.

Takut. Mimpi itu ibarat satu petanda. Petanda apa, Adra sendiri tak tahu.

Sorry, sebab ambil masa yang lama untuk update :)

Doakan saya hari Khamis ni tau! SPM dah keluar huhu 😭😭 Siapa yg ambil result SPM tu, saya doakan awak semua dapat keputusan cemerlang nanti!

Amin..

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now