DIA | 44

23.1K 901 29
                                    

Sarapan yang sudah siap terhidang itu hanya tinggal untuk dimakan sahaja. Adra masih setia menunggu Rafique untuk turun bersarapan bersama-sama. Namun, sudah hampir 10 minit dia menunggu, batang hidung Rafique pun tidak nampak.

Adra bangun menuju ke tingkat atas. Dia berdiri tegak di hadapan bilik tidur Rafique. Tidak yakin untuk mengetup pintu bilik tersebut. Tapi, kalau tak ketuk, mana dia nak tahu apa yang Rafique sedang buat.

"Abang..." Adra memanggil sambil mengetuk pintu itu dengan sederhana kuat. Tapi tiada balasan daripada lelaki itu.

Dengan lafaz Bismillah, Adra memulas perlahan tombol pintu bilik Rafique. Tidak berkunci jadi senang untuk dia masuk.

Adra mengintai dari tepi pintu mencari kelibat Rafique. Setelah matanya menangkap figura Rafique yang sedang terbaring sambil berselubung itu dengan menampakkan kepalanya sahaja membuatkan dia lekas-lekas masuk dan mendekati lelaki itu.

"Abang... kenapa dengan abang ni?" Soal Adra risau. Lebih risau lagi apabila melihat wajah pucat lelaki itu. Rafique membuka perlahan matanya. Terasa lemah.

"Entah.." lemah sahaja suara Rafique menjawab.

Terus Adra melekapkan belakang tangannya ke dahi Rafique. Tidak sampai tiga saat, cepat sahaja Adra melarikan tangannya.

"Huishh... panasnya. Abang demam ni." Kata Adra. Rafique memejamkan matanya.

"Panas sangat ni. Kita pergi kliniklah." Pergi klinik? Siapa yang nak bawa? Dia dahlah tak pandai bawa kereta.

Rafique menggeleng lemah. "Tak payahlah... abang tak larat ni."

"Tak boleh macam ni. Abang demam panas sangat ni. Kita pergi klinik ea? Ara call teksi." Adra masih cuba memujuk. Dia duduk di sebelah Rafique.

"Abang tak nak..." Rafique menjawab lemah. Dia memang betul-betul tak berdaya. Tak larat nak bangun langsung.

Adra menggaru kepala yang tidak gatal. Kalau Rafique setakat dedar saja, dia tak kesah. Ni demam lelaki ini memang betul-betul panas. Nasib baik tangannya tak melecur tadi. Okay, tipu je...

"Tolong... dailkan nombor Dr. Fahim." Pinta Rafique. Terus Adra mengambil telefon Rafique yang berada di atas meja kecil sebelah katil.

Beberapa saat kemudian, dia menggaru kepalanya sekali lagi. Dia manalah tahu cara nak buka kunci telefon jenama Iphone itu. Sudah ditekan butang bulat kecil itu pun masih tak on juga.

"Abang, Ara tak tahu macam mana..." sengih Adra. Rasa serba salah pula apatah lagi melihat keadaan Rafique itu. Nak buka mata pun nampak macam tak larat betul. Adra rasa nak gelak pun ada. Haish.. tak baik gelakkan orang yang tengah sakit.

"Sini.." terus Adra hulurkan telefon itu kepada Rafique. Setelah itu, telefon itu dihulurkan ke arah Adra semula. Melihat nombor Dr. Fahim yang sudah didail, terus sahaja Adra lekapkan telefon itu ke telinga.

"Hello, Assalamualaikum. Ada apa Encik Rafique?" Soal Dr. Fahim di talian.

"Walaikumsalam, saya nak bagitahu yang Encik Rafique demam." Adra menjeling Rafique yang tertutup matanya. Dia sendiri tak tahu untuk beritahu Dr. Fahim itu apa. Tapi, dah kalau disuruh telefon doktor, mestilah bagitahu yang suami kesayangannya itu sakit.

"Oh, okay. Sekarang ni Encik Rafique dekat rumah ke?" Soal Dr. Fahim.

"Ya."

"Okay, dalam 20 minit saya sampai. Boleh saya tahu ni siapa?"

"Saya is--" terus Adra teringat akan pesanan Rafique dulu. Hampir saja terlepas.

"Siapa?" Soal Dr. Fahim yang kedengaran agak bingung itu.

"20 minit lagi ea. Okay, okay. Nanti saya bagitahu Encik Rafique. Terima kasih, doktor. Assalamualaikum." Terus talian dimatikan tanpa menjawab soalan Dr. Fahim tadi.

Telefon Rafique diletakkan semula di atas meja. "Dr. Fahim kata 20 minit lagi dia sampai. Abang mandi dulu. Nanti barulah rasa segar sikit." Ujar Adra. Dia sudah mulai bangkit. Mahu membantu Rafique bangun.

Rafique menggeleng. Matanya sudah dibuka memandang Adra di sebelah.

"Bangun je. Abang kena kuat!" Adra memujuk bersungguh-sungguh. Tetapi, Rafique langsung tidak berkutik. Dia hanya menggeleng lemah sahaja.

"Abang mana boleh lemah macam ni. Ara tolong abang bangun." Lantas, selimut tebal yang menyelimuti Rafique direntap sehingga terjatuh ke tepi kecil. Spontan matanya terbeliak.

"Astaghfirullahalazim!" Terus Adra berpaling untuk lari keluar, namun entah macam mana, dia terlanggar dinding bilik itu akibat terlalu kalut.

Dengan kepala yang seperti berpusing-pusing itu, Rafique bangun menarik semula selimutnya menutupi tubuhnya yang hanya berseluar pendek.

"Awak keluar dulu boleh?" Pintanya lemah.

"Err... ya.. ya.. Ara keluar..." tergagap-gagap Adra dibuatnya. Langsung tidak berpaling ke belakang. Sebaik sahaja dia menutup pintu, dia menarik nafas lega. Tergeleng-geleng kepalanya teringatkan kejadian tadi.

Astaghfirullahalazim!

✨✨✨

Adra setia menunggu di luar bilik. Sudah hampir 15 minit Dr. Fahim berada di dalam bilik tidur Rafique bagi merawat lelaki itu. Barulah Adra tahu bahawa Dr. Fahim merupakan doktor peribadi keluarga Datin Mariam.

Bunyi pintu dibuka dari dalam menyebabkan Adra terus berpaling. Tersenyum dia memandang doktor kacak itu.

"Encik Rafique cuma demam biasa je. Tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Mungkin dia terlalu stress. Ubat saya dah letakkan dekat atas meja. Encik Rafique panggil cik masuk ke dalam." Kata Dr. Fahim.

Adra menganggukkan kepalanya. "Terima kasih banyak-banyak, doktor."

"Saya hanya jalankan tugas je. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu." Pamit Dr. Fahim.

Adra menghantar Dr. Fahim sehingga ke pintu hadapan. Setelah kereta yang dipandu Dr. Fahim meninggalkan kawasan rumah, terus Adra berlari masuk ke dalam bilik tidur Rafique.

Perlahan-lahan Adra mendekati Rafique yang masih terbaring lemah itu. Mata lelaki itu tertutup rapat. Adra tersenyum nipis. Tak sangka yang lelaki ini kalau demam akan jadi lemah seperti ini.

Disebabkan tak mahu mengganggu Rafique, Adra berpaling semula untuk keluar, namun tiba-tiba lengannya ditarik Rafique.

Terjongket kening Adra. "Kenapa?"

Rafique tersenyum. Tiba-tiba manis pula senyuman lelaki itu pada pandangan Adra walaupun demam. Hampir cair gadis itu dibuatnya.

"Thanks, sayang."

Votes and comments 🌸
TQ!

Btw, ada sesiapa pandai buat book cover? Saya nak minta tolong buatkan. Kalau bolehlah huhu sebab saya tak expert nak buat book cover hihi 😂😅

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now