DIA | 21

21.2K 833 28
                                        

Puan Nora melangkah perlahan menaiki tangga rumah. Usai sahaja pintu rumah terbuka, hampir pengsan dibuatnya apabila melihat rumahnya yang bersepah seperti tongkang pecah. Dengan puntung rokok serta habuknya bersepah di atas meja. Manakala, bantal kusyen bersepah di sana sini. Rumahnya itu memang tak ubah seperti sebuah pondok buruk.

"Ya Allah, abang!" Jerit Puan Nora. Dia mengutip bantal kusyen di atas lantai lalu memukul badan Encik Fuad yang tidur tidak berbaju di atas lantai itu.

Terpisat-pisat Encik Fuad bangun. Dia merenung Puan Nora tajam. Lalu dia mendengus kasar.

"Abang! Apa yang abang buat ni sampai bersepah rumah?" Keluh Puan Nora. Dia terduduk di atas kerusi yang ada di situ. Sudahlah dia penat balik dari kerja. Apatah lagi minggu ini dia perlu bekerja pada sebelah malam. Kalau mahu dapat gaji lebih, dia perlu kerja lebih masa. Pulang rumah waktu pagi. Tapi, pulang ke rumah, bukan ini yang dia mahu tengok. Dengan rumah bersepah. Bau dalam rumah pun busuk.

"Kau ni memekaklah!" Jerkah Encik Fuad. Tekejut Puan Nora.

"Saya ni penat kerja siang malam. Bukan ni yang saya nak tengok bila balik rumah. Awak tu duduk rumah tak kerja, jagalah rumah. Bukan buat rumah bersepah macam ni. Kalau macam nilah, lebih baik awak kerja lagi bagus!" Balas Puan Nora. Dia memang sudah tak tahan. Apatah lagi sekarang. Macam-macam masalah yang dia hadapi. Kalaulah Adra ada, pasti...

"Eh, kau ni boleh senyap tak? Dulu aku susah payah kerja, kau tak fikir pulak? Sekarang bagi aku rehat. Balik nak membebel, penatlah aku!"

"Habis awak tak fikir yang saya ni pun penat juga. Kerja hari-hari langsung tak ada cuti. Tapi awak?" Tersandar Puan Nora di kerusi. Runsing!

"Habis sekarang kau nak mengungkitlah?" Soal Encik Fuad kasar.

"Memang! Selama ni saya tak pernah nak mengeluh. Duit saya semua habis dekat awak. Tiap hari awak hanya tahu nak habiskan duit saya dengan berjudi. Awak sedar tak apa yang awak buat ni?!" Marah Puan Nora kuat namun kemarahannya itu memakan diri. Pipinya dicengkam kuat oleh Encik Fuad. Dia meronta minta dilepaskan. Sakit!

"Kau ni! Apa masalah kau ha?! Kalau ikutkan hati aku ni, dah lama aku belasah kau! Oh... kau dah pandai melawan ea sekarang ni! Kau ni memang cari pasal!" Menyinga wajah Encik Fuad tepat di hadapan wajah Puan Nora.

Tergeleng-geleng Puan Nora sambil air matanya sudah mula mengalir perlahan di pipi. Kuatnya cengkaman Encik Fuad membuatkan pipinya terlalu sakit.

"Huh!!" Terus dilepaskan cengkaman itu. Segera Encik Fuad berlalu masuk ke bilik meninggalkan Puan Nora yang teresak-esak di situ.

✨✨✨

"Ara, umi ada benda nak bagitahu Ara." Ucap Hajah Ameena. Adra memandang Hajah Ameena di sebelah.

"Apa dia umi?"

Hajah Ameena menoleh ke belakang. Kalau boleh, dia mahu berbincang dengan Adra berdua sahaja. Tapi, memandangkan mereka di rumah Datin Mariam dan tiada sesiapa yang ada di rumah ini selain mereka, Hajah Ameena sedikit lega.

"Apa yang Ara fikir tentang Datin Mariam?" Tanya Hajah Ameena sambil mengupas kulit bawang.

"Okay. Datin Mariam baik sangat dengan Ara." Jawab Adra tanpa mengesyaki apa-apa.

"Kalau Rafique macam mana pulak?" Kali ini, Adra sedikit terkejut. Pelik kerana Hajah Ameena bertanya soalan sebegini.

"Err, Ara tak tahu tapi okaylah kot." Tak yakin. Ya, itu yang Adra sedang rasakan. Dia sendiri kurang yakin dengan jawapannya.

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang