DIA | 17

21.4K 863 12
                                        

Pulang sahaja daripada menghantar Nadine, Rafique tidak tunggu lama untuk pulang ke rumah. Dalam fikirannya masih lagi teringat setiap kata-kata Nadine tadi. Runsing fikirannya.

Dia tak faham kenapa mamanya sanggup berkata begitu kepada Nadine tanpa ada dia waktu itu? Besar sangatkah rasa benci mamanya buat wanita bernama Nadine yang sudah setahun berada dalam hatinya?

Tiba-tiba ingatan Rafique terus teringat akan gadis yang paling dia tak suka akan kewujudannya. Dia yakin yang gadis itu ialah penyebab mamanya mengaku yang dia bakal menjadi isterinya. Pasti gadis itu menghasut mamanya dengan bermacam-macam tipu daya.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, terus Rafique menapak masuk ke dalam rumah. Benda pertama yang dia ingin cari sudah tentu Datin Mariam, mamanya. Apabila kelibat Datin Mariam tidak berada di ruang tamu, terus dia lencongkan kaki menuju bilik tidur mamanya.

"Raf," panggil Datin Mariam tatkala matanya menangkap susuk tubuh Rafique yang sudah berdiri di pintu biliknya.

Rafique melabuhkan duduknya di sebelah Datin Mariam. Dia membuang pandang ke hadapan.

"Baru balik dari hantar budak tu ke?" Soal Datin Mariam. Rafique tidak menjawab, sebaliknya dia merengus kasar.

"Ma, apa yang mama dah cakap dekat Nadine tadi?"

Serta merta wajah Datin Mariam berubah. Cuba menangkap setiap butir pertanyaan yang keluar dari mulut Rafique.

"Apa maksud Raf? Mama tak faham?" Berkerut dahinya. Novel Inggeris yang sedang dibacanya ditutup lalu diletakkan di atas meja kecil bersebalahan katil.

"Jangan buat-buat tak fahamlah, ma!" Keras suara Rafique menyebabkan Datin Mariam tersentak.

Rafique yang seakan tersedar yang dia sudah berkasar segera meraup wajahnya. Dia tak mampu untuk mengawal kenarahannya tadi.

"Kenapa Raf marah-marah ni?" Namun begitu, Datin Mariam masih lagi boleh menyoal dengan lembut walaupun jauh di sudut hatinya dia sangat terasa dengan perbuatan Rafique.

"Kenapa mama cakap benda yang bukan-bukan dekat Nadine tadi?" Kali ini, suaranya sedikit mengendur.

"Mama cakap apa Raf? Apa yang budak tu bagitahu dekat Raf?"

"I've told you before this, ma. Her name is Nadine." Jawab Rafique dengan nada yang sedikit keras berbanding awal tadi.

"Whatever her name is, mama masih tak faham apa yang Raf cuba cakap dekat mama." Ucap Datin Mariam.

Rafique sudah bangkit dari duduknya. Dia malas mahu bertarik tali lagi dengan mamanya, dia akan terus straight to the point.

"Kenapa mama cakap yang budak tu bakal jadi isteri Raf dekat Nad? Mama tahu tak yang mama dah buat Nad marah dekat Raf? Mama dah buat Nad fikir yang bukan-bukan pasal Raf." Keluh Rafique.

Datin Mariam terkedu. Dia memandang anak lelakinya lama.

"Jadi, sebab tulah Raf balik-balik marahkan mama?" Soal Datin Mariam tenang.

"Yes, ma!"

"Raf tahukan yang mama cuma nak yang terbaik untuk Raf. I just want you to be happy. Mama tak sangka yang budak tu mengadu dekat Raf." Jawab Datin Mariam. Tiba-tiba, rasa menyampahnya terhadap Nadine semakin meluap-luap.

"Tak ada cara lain ke yang mama nak Raf happy? Kenapa mesti tipu Nad, cakap yang Raf dah ada bakal isteri lain? Why, ma?"

"Mama tak tipu, Raf. Apa yang mama bagitahu Nad, betul-betul mama maksudkan! Mama nak Adra jadi menantu mama! I want her to be your wife and this is my decision. Full stop!"

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang