DIA | 26

21.8K 864 8
                                    

Media:
Nur Adra.

"... Sampai bila-bila aku tak akan percayakan kau sebab kau datang tiba-tiba sampaikan mama aku terus rasa kasihan kat kau."

'Betul ke Datin Mariam cuma kesiankan aku? Sebab tu dia suruh aku kahwin dengan anak dia? Tapi kenapa?'

Teringatkan setiap kata-kata Rafique malam tadi membuatkan Adra terus terfikir tentang kebenarannya. Hidupnya itu memang untuk dikasihankan ke?

Pagi-pagi lagi Rafique terus keluar dari rumah. Sarapan yang dibuat Adra langsung tak dijamah atau dicuit sedikit pun. Adra tersenyum nipis.

"Adra," panggil Datin Mariam perlahan. Adra menoleh lalu tersenyum. Adra membawa Datin Mariam duduk di meja batu di sebelah kolam.

"Adra dah fikir nak sambung belajar?" Soal Datin Mariam, lembut.

"Ara tak tahu lagi. Ara takut tak boleh nak balancedkan waktu belajar dengan nak uruskan rumah tangga nanti," ucap Adra. Datin Mariam tersenyum mendengarnya.

"Tak apa. Kalau Adra rasa Adra tak boleh nak sambung, Adra fokuskan dulu rumah tangga Adra. Sambung belajar tu bila-bila boleh. Em, macam nilah. Adra bincang dengan Raf. Minta pendapat dia. Raf kan suami Adra."

Adra tersenyum kelat. Suami? Heh...

"Tak apa, ma. Nanti Ara fikirkan." Kata Adra. Mereka diam sekejap. Adra terfikir. Bagaimana perasaan Datin Mariam bila mendapat tahu yang dia akan berpindah esok? Bila melihat senyuman ceria Datin Mariam, Adra berasa bersalah.

"Ma, kalau abang Raf ajak Ara pindah, mama okay?" Soalnya lembut. Dia memandang wajah lembut Datin Mariam di sebelah.

"In Shaa Allah, mama okay. Mama dah biasa sorang-sorang. Lagipun, apa pun keputusan Raf, Adra kena ikut. Syurga di bawah telapak kaki suami. Mama tak boleh nak paksa Adra untuk tinggal dengan mama." Balas Datin Mariam. Bicara lembutnya menusuk kalbu. Hampir menangis Adra bila mendengar nasihat Datin Mariam. Lalu, Adra bergerak dan melutut sambil memeluk peha Datin Mariam yang sedang duduk itu. Terkejut Datin Mariam dengan perbuatan Adra.

"Ma, maafkan Ara kalau Ara tak mampu jadi menantu yang baik buat mama. Ara banyak kekurangan, ma..." Adra teresak-esak sambil pipinya dilekapkan pada peha Datin Mariam.
Datin Mariam pantas mengusap kepala Adra. Tersentuh hatinya tatkala mendengar kata maaf daripada gadis itu.

"Adra tak salah. Mama yang sepatutnya minta maaf. Mama takut kalau Adra tak bahagia dengan anak mama. Kalau Raf ada buat salah, maafkan dia, ya." Ucap Datin Mariam. Adra mengangguk-anggukan kepala.

Agak lama mereka berkeadaan begitu. Sampailah Rafique pulang dan ternampak keadaan itu. Terus dia menegur mamanya. Adra terkejut terus bangkit berdiri dan mengelap sisa air matanya. Sempat dia menjeling Rafique sekejap.

"Mama buat apa kat sini?" Soal Rafique. Sengaja dia tidak memandang ke arah Adra. Malas dan buang masa baginya.

"Mama duduk-duduk berbual dengan menantu mama ni." Balas Datin Mariam sambil tersenyum.

Rafique menjeling Adra di depan. Ada perkara yang dia ingin katakan kepada Adra. "Kalau macam tu, Raf pinjam isteri Raf kejap ea," kata Rafique. Sengaja perkataan 'isteri' itu ditekankan sedikit.

Datin Mariam mengangguk lalu tersenyum. Rafique memandang Adra dengan pandangan meminta Adra mengikutnya masuk ke dalam. Adra akur lalu masuk ke dalam rumah. Sempat dia memberikan senyuman buat Datin Mariam.

"Kau ada bagitahu apa-apa ke dekat mama?" Soal Rafique setelah mereka masuk ke ruang makan. Kawasan yang agak jauh daripada pendengaran Datin Mariam.

Pantas Adra menggeleng, menidakkan. Lama Rafique memandang wajah Adra dengan pandangan yang menikam.

"Malam ni kemas semua baju kau. Esok pindah. Nanti biar aku sendiri yang cakap dengan mama." Ujar Rafique, suaranya sudah tidak keras seperti tadi. Adra mengangguk. Setelah itu dia kembali semula ke tempat Datin Mariam.

✨✨✨

Selama 3 hari tinggal bersama dengan Datin Mariam, langsung tidak mendatangkan apa-apa buat Adra. Baginya, terlalu sekejap untuk dia bermanja dengan Datin Mariam. Selama tiga hari itulah, Datin Mariam tak tahu yang dia dan Rafique tidur di bilik berasingan.

Baju yang sudah siap dikemas dan dimasukkan ke dalam beg, diletakkan di tepi almari baju. Gambarnya bersama dengan arwah abahnya ketika dia berumur 4 tahun diambil lalu diusap gambar arwah abahnya.

Dia rindu dengan arwah abahnya. Sampai sekarang Adra rasa bersalah. Baginya, arwah abahnya meninggal disebabkan dirinya sehingga dia dibenci ibu kandung sendiri. Kalaulah waktu itu dia tidak mengada-ada untuk bermain air, pasti semua itu tidak terjadi.

Tanpa sedar, air matanya gugur juga. Dia teringat kejadian dulu yang meragut nyawa arwah abahnya. Tidak semena-mena, dia turut teringatkan bagaimana ibunya melayan dia dengan teruk. Kata-kata hinaan, cacian dan makian. Dia teringat apa yang Encik Fuad lakukan padanya. Dia malu pada diri sendiri, rasa jijik pada diri sendiri waktu itu. Semua datang silih berganti dalam kotak fikirannya. Air mata yang berjuraian dibiarkan mengalir laju. Jika diingat semuanya, membuatkan dirinya sendiri sakit. Sakit dengan setiap yang terjadi dalam hidupnya.

Sakitnya ketika dia dihalau oleh ibu sendiri. Difitnah seolah-olah setiap kesalahan itu terletak pada bahunya. Beratnya dia menanggung. Sehinggalah, dia dipertemukan dengan Hajah Ameena dan keluarga. Ketika itu, dia rasakan yang dia mampu untuk meneruskan hidup. Memulakan hidup baru. Dia bahagia.

Namun, bahagianya cuma sekejap. Dia dinikahkan dengan lelaki yang sekarang sudah menjadi suaminya. Dinikahkan ketika dia berumur 18 tahun. Memang dia sukakan Rafique, fikirnya dia akan bebas dari derita hidup. Namun, sekejap saja dia rasa bahagia itu.

Selepas ini, Adra sendiri tak tahu apa nasib dirinya setelah berpindah dari rumah Datin Mariam. Apa yang berlaku dalam hidupnya nanti dia tak tahu. Dia reda andai ini kisah hidupnya. Walau perit macam mana sekalipun, sepatutnya dia perlu bangkit. Bukan lemah begini.

Malam itu, tidur Adra bertemankan air matanya serta gambar kenangan yang dibawa ke dalam pelukannya.

Biar aku pendam segala duka,
Jika itu mampu membuat kau gembira.
Biar aku rasa derita,
Jika itu mampu membuat kau tersenyum.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now