DIA | 48

24.6K 906 12
                                        

"Abang, Ara dah siap buat sarapan!" Laung Adra dari ruang makan namun Rafique tidak menoleh. Malah, terus sahaja dia menonong keluar sebelum bunyi deruman kereta Range Rover keluar dari perkarangan rumah.

Adra mengeluh berat. Rafique nampaknya memang betul-betul marahkan dirinya. Serentak itu, Adra memukul mulutnya beberapa kali.

"Mulut ni pun satu. Main lepas je." Bebelnya seorang diri. Dia menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku semalam.

Semalam, satu hari Rafique berkurung di dalam bilik. Langsung tidak keluar dari bilik. Memang serba salah Adra semalam.    

Tak pasal-pasal dia marahkan dirinya kerana menyebabkan Rafique marah begitu. Memang dia menyesal. Tak reti bersyukur apabila Rafique sudah baik dengannya tapi dia boleh tanya macam-macam pula.

Nampaknya hari ni dia sarapan seorang diri lagilah. Entah bila Rafique akan habis marahkan dirinya?

Bunyi enjin kereta di garaj mendatangkan rasa pelik Adra. Terus dia melangkah ke depan dan menyingkap langsir tingkap. Terbuntang matanya apabila melihat Nadine sedang berjalan ke arah pintu rumah. Adra sudah berdebar-debar apatah lagi bunyi ketukan pada pintu.

Tanpa berlengah, terus Adra buka pintu. Terjengul wajah bengis Nadine yang memandangnya tajam.

"Hei perempuan! Apa yang you dah bagi dekat Raf sampai dia sanggup putuskan hubungan kami? You memang kurang ajarkan!" Selar Nadine sambil jari telunjuknya tepat berada di hadapan wajah Adra. Terundur sedikit Adra dibuatnya.

"Minta maaf... saya tak faham apa yang Kak Nadine cuba cakapkan," tenang sahaja suara Adra.

Nadine mengetap giginya geram. "You called me 'kakak'? You ingat I ni tua sangat ke apa? Huh, I tak tahu apa yang you dah buat dekat Raf sampaikan dia sanggup tinggalkan I. And I don't know why Raf's mother really likes you... you budak kampung kan? I yakin yang you dah bagi ubat guna-guna dekat dia!" Tengking Nadine.

"Astaghfirullahalazim, saya tak buat semua tu. Akak salah faham. Lagipun saya tak tahu pasal abang Raf dengan akak dah putus."

Nadine tersenyum sinis. "Sukalah you tengok I dengan Raf dah break up? Puas hati you? Hey, bitch. You listen here carefully, I will not let you go and I can do anything to get my Raf back!" Terus ditunjal dahi Adra kuat sehingga Adra terdorong beberapa langkah ke belakang sebelum melangkah pergi dari rumah itu.

Adra menyentuh dahinya. Terasa ada cecair hangat yang keluar. Bila dia melihat jarinya rupanya darah. Bergegas Adra ke bilik air. Dia membelek dahinya yang ditunjal Nadine tadi di cermin. Ada kesan garisan luka mungkin daripada kuku Nadine tadi. Adra cuci dahinya yang sedikit berdarah itu. Kalau dilihat, memang nampak kesan itu. Dalam juga lukanya ini apatah lagi dia memang putih. Mujur tidak rasa sakit ataupun pedih.

Adra menghela nafas. Dia tak tahu menahu pun tentang Rafique yang sudah pun putus dengan Nadine. Tapi putus sebab apa? Sebab dia ke? Mungkin Rafique memang sudah sedar tentang status dirinya. Menggunung rasa menyesal Adra apabila teringatkan bahawa lelaki itu yang masih lagi marahkan dirinya.

"... awak isteri abang..."

Terngiang-ngiang ayat Rafique semalam. Adra melangkah ke sofa. Termenung jauh memikirkan masalah yang baru timbul. Bila hubungannya dengan Rafique semakin baik, dia pula yang merosakkan segalanya. Adra betul-betul rasa bersalah yang teramat.

✨✨✨

Bunyi pintu yang dibuka dari luar menyebabkan Adra bergegas bangun dari sofa. Dia sanggup tidur-tidur ayam sementara menunggu kepulangan Rafique. Jam di dinding dilirik. Sudah pukul 10 malam.

"Abang.."

Langkah Rafique mati apabila mendengar suara Adra. Dia menoleh sambil menatap wajah Adra dengan malas. Dia tiada mood.

"Abang... Ara nak minta ma--"

"Aku penat. Bagi aku rehat boleh?" Pintas Rafique. Adra terdiam apatah lagi panggilan 'abang' sudah bertukar kepada 'aku'. Rafique menyambung semula langkahnya menaiki tangga namun Adra memanggilnya sekali lagi.

"Apa lagi?" Soalnya kasar. Tersentak Adra dibuatnya.

Adra tertunduk sekejap.

"Tadi, Kak Nadine datang rumah."

Mendengarkan itu, langkah Rafique kembali menuruni anak tangga sehingga dia betul-betul berada di hadapan Adra.

"Dia nak apa?" Soal Rafique senada.

"Tak tahu. Mungkin dia cari abang." Balas Adra cuba menentang pandangan Rafique.

Lama Rafique menatap wajahnya. Adra takut kalau kesan luka pada dahinya akan dilihat Rafique. Nasib baiklah luka itu tidak besar dan cuma bergaris kecil sahaja. Tapi takut juga Adra apatah lagi ketinggiannya hanyalah separas dagu Rafique.

"Dia ada apa-apakan kau tak ?" Soal Rafique yang memang betul-betul berada di hadapan Adra.

Pantas Adra menggeleng menidakkan soalan Rafique.

"Tu dahi kau kenapa?" Soal Rafique lagi.

Gulp! Terasa kesat liurnya saat ini. Dia ingatkan Rafique tak nampak rupanya tajam juga mata lelaki ini.

"Adra garu-garu lepastu terluka..." bohong Adra sambil mempamerkan sengihannya.

Laju sahaja kedua-dua jari Adra dicapai Rafique dan dibelek jari dan kuku gadis itu. Kemudian, Rafique tersenyum sinis.

"Kuku kau pendek je. Kau garu pakai pisau ke apa?" Tanya Rafique. Sarkastik. Dia lepaskan tangan Adra yang masih dipegangnya.

Adra tak mampu menjawab. Dia hanya tertunduk diam membisu.

"Aku tahu kau tipu. Tapi lantak kaulah. Lebih baik aku berehat." Terus Rafique berlalu menghilangkan diri.

Adra mengeluh berat. Nampaknya Rafique memang betul-betul marah sangat padanya apatah lagi sifat kasar Rafique dulu sudah muncul semula.

Sorry kalau tak best :)
Votes and comments. TQ 🙏

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang