Media:
Adra 😍
"Hello, abang. Ara nak keluar kejap boleh kan?" Soal Adra setelah panggilannya di telefon dijawab Rafique.
"Sayang nak pergi mana?" Soal Rafique, risau.
Adra ketawa kecil. "Pergi mall kejap. Nak cari barang sikit."
"Oh, hati-hati sayang. Tolong bagi kiss kat baby boleh?" Manja sahaja suara Rafique.
"Boleh, tapi takkan dekat baby je. Dekat mama dia?" Adra turut bermanja. Ketika itu, dia sedang mengunci pintu rumah.
"Untuk mama, balik nanti papa bagi. Cakap je nak kiss kat mana." Gurau Rafique berserta dengan tawanya. Adra sudah tersengih sambil terpejam mata.
"Ei, mengadalah abang ni. Okaylah, Ara pergi dulu ya. Assalamualaikum, abang." Ucap Adra. Kemudian talian ditutup setelah salamnya dijawab. Telefon dan kunci rumah dimasukkan ke dalam beg tangan.
Kunci kereta Axia digenggam. Hadiah kereta sempena hari jadinya yang ke-19 tahun. Rafique nak beli kereta lain, tapi kata Adra dia suka kereta yang kecil macam tu. Nampak comel.
Siapa sangka, umur mudanya begini dia sudah berkahwin malah sedang membawa zuriat di dalam perutnya. Bila diingat balik waktu dia mengambil lesen dulu, memang tak boleh lupa. Punyalah takut. Dahlah waktu itu dia sedang mengandung. Mujur ada suami tercinta yang selalu ada di sisinya.
Perut yang membuncit 5 bulan itu diusap perlahan dengan senyuman. "Harini kita pergi jenjalan okay, sayang." Ucap Adra ceria sebelum keretanya mengundur keluar dari perkarangan rumah.
Sampai sahaja di IoI City Mall, tempat yang pertama sekali pasti Adra kunjungi ialah kedai menjual barangan bayi. Tapi Adra survey sahaja dulu. Nak beli kena tunggu encik suami.
Dia berjalan-jalan sambil tangan di perut. Kadang-kadang, dia masuk ke kedai menjual baju atau tudung. Cuci mata dahulu. Kalau berkenan, barulah Adra beli.
"Assalamualaikum, Adra."
Adra menoleh tatkala terdengar namanya diseru lembut dari belakang. Senyuman Adra yang dari tadi tidak lekang, mati serta merta. Automatik Adra memegang dahinya. Masih dia ingat lagi kejadian dulu. Parut kecil itu masih berbekas.
"Adra, boleh tak I nak cakap dengan you sekejap?" Pinta Nadine, perlahan.
Adra seakan ragu-ragu dengan Nadine tetapi segera diusir perasaan itu. "Bo-- boleh. Dekat mana?" Soal Adra.
Nadine mengukir senyuman manis. Seakan lega hatinya. Sangkanya, gadis itu akan menolak permintaannya.
"Dekat McD, boleh?"
Adra mengangguk dan mereka sama-sama menuju ke restoran McDonald's yang tidak jauh dari tempat mereka berjumpa tadi.
Adra duduk terlebih dahulu sementara Nadine pergi memesan makanan. Tidak lama kemudian, Nadine datang sambil membawa dulang berisi makanan yang dibelinya.
"Sorry, Adra. I lapar. You tak nak kan? Kalau nak, I boleh orderkan untuk you." Ucap Nadine.
"Tak apa, Nadine. Saya dah kenyang." Jawab Adra dengan senyuman. Lama Adra memerhati Nadine makan. Agak gelisah jugalah dia dengan keadaan Nadine. Apatah lagi setelah mengetahui tentang penyakit yang dialami gadis itu.
"Sebenarnya Adra, I nak jumpa you sebab I nak minta maaf sangat-sangat dekat you lepas apa yang jadi sebelum ni." Tutur Nadine setelah menghabiskan makanannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...
![Cintai Aku. [ complete ]](https://img.wattpad.com/cover/136895959-64-k870412.jpg)