DIA | 52

25.6K 786 7
                                    

"Nad... boleh I tanya you something?" Soal Cindy teragak-agak. Ketika itu, mereka berada di meja makan.

Nadine mengerling Cindy sekilas yang duduk itu. Dia meneguk minumannya terlebih dahulu. "Apa dia?"

Cindy mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar tidurnya kemudian diletakkan di atas meja perlahan-lahan.

Nadine terus tegak berdiri. Dia berjalan mendekati Lily lalu mengambil paket-paket ubat di atas meja itu dengan kasar. Pandangan tajamnya memanah tepat ke anak mata Cindy.

"Mana kau jumpa benda ni?" Soal Nadine kasar. Terhinjut bahu Cindy apabila Nadine berubah kasar secara tiba-tiba.

"I... I cari charger tadi dalam bilik you--"

"Aku tanya mana kau dapat benda ni?!" Tengking Nadine sambil menghentak tangannya di atas meja.

Cindy terus bangun dari duduknya dan berdiri menjauhi Nadine. "Kenapa you nak marah-marah ni? I jumpa ubat ni dalam bilik you and ada yang dalam tong sampah."

Nadine menggenggam penumbuknya. Dia berpusing ke belakang lalu dicapai sebilah pisau dan diacu ke arah Cindy.

Terbuntang mata Cindy. Terkebil-kebil matanya melihat Nadine yang seperti bukan Nadine itu.

"You nak buat apa ni?" Soal Cindy terketar-ketar. Dia semakin menjauhi Nadine tapi Nadine langsung tak bergerak.

"Kalau aku boleh buat mama Raf mati, aku pun boleh buat kau mati dekat tangan aku. Lebih baik kau berambus sebelum aku bunuh kau, Cindy!" Keras suara Nadine.

Cindy tidak menunggu lama untuk lari masuk ke biliknya dan menguncikan diri. Menggigil badannya melihat kelakuan Nadine tadi.

Nadine melepaskan pisau yang ada di tangannya. Terketar-ketar tangannya melihat pisau itu yang sudah jatuh ke lantai.

Dia bingung. Dia tak tahu apa yang dia lakukan tadi. Ubat yang masih ada di tangannya dipandang. Ubat yang sudah 6 bulan dia tinggalkan. Ubat yang sepatutnya dia makan apabila dia meyakinkan doktor bahawa dia sudah semakin pulih.

Tapi... kenapa tiba-tiba dia berubah seperti dulu? Dia tak nak makan ubat itu. Dia mahu hidup seperti orang biasa. Dia mahu hidup normal macam orang lain.

"Aku tak nak... tak nak... pergilah... pergi..." tiba-tiba dia mengongoi menangis. Tubuhnya melorot jatuh bersandar pada kabinet dapur.

Suara-suara yang berbisik itu seakan menganggu ketenteramannya. Nadine memegang kepalanya kuat. Dia menutup telinga menghalau daripada bisikan itu masuk ke dalam telinganya. Dia tak mahu jadi seperti dulu.

"Raf..." Nadine teresak-esak menyebut nama Rafique. Lelaki itu merupakan semangatnya untuk menjadi seperti orang biasa. Dia sanggup tinggalkan ubatnya demi Rafique. Dia sanggup lupakan penyakitnya disebabkan Rafique. Dan dia sanggup meyakinkan doktor yang merawatnya bahawa dia sudah pulih.

Dan dia sanggup lakukan apa sahaja demi dapatkan Rafique semula.

✨✨✨

Sudah tiga hari Datin Mariam masih belum sedar lagi. Doktor ada juga menyarankan untuk melakukan pembedahan jantung akibat jantung Datin Mariam yang tersumbat itu tetapi Rafique memerlukan masa.

Dia tak sanggup kalau Datin Mariam pergi meninggalkannya. Risiko yang dihadapi Datin Mariam amat tinggi. Dia masih perlukan Datin Mariam di sisinya.

Sejak semalam Rafique perasan akan perubahan yang dialami Adra. Gadis itu tiba-tiba senyap dan selalu sahaja termenung. Bagai ada sesuatu yang menganggu fikiran gadis itu.

Adra keluar dari tandas kemudian duduk di sofa semula. Dia masih lagi tak perasan bahawa Rafique sedang merenungnya sejak dia keluar dari tandas tadi.

Sebaik sahaja dia mengangkat muka, mereka bertatapan buat seketika namun cepat-cepat Adra mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Rafique tersenyum nipis. Sebenarnya, dia mahu meneruskan ayatnya yang tergantung dua hari lepas. Tak sempat dia ingin berterus terang. Tapi, apabila dia merasakan yang mood Adra seperti kurang baik itu terus dilupakan niatnya yang satu itu.

"Abang okay ke?" Adra menyoal.

"Abang okay je tapi macam awak je yang tak okay.." balas Rafique. Adra tersenyum nipis.

"Ara okay je cuma Ara sakit perutlah. Dari semalam." Jawab Adra. Sebenarnya dia tak sakit perut pun cuma dia tak mahu Rafique syak yang bukan-bukan.

Rafique beriak pelik.

"Sakit perut? Awak makan apa sampai sakit perut?" Soalnya risau.

Adra mengangkat bahu. "Dah kalau dia nak sakit, sakitlah." Haih, Ara... kalau kau sakit betul-betul padan muka.

Rafique tersenyum. Dia masih lagi duduk di sebelah Datin Mariam. Dari tadi tak berganjak ke mana-mana.

"Abang tak nak pertimbangkan apa yang doktor cakap tadi?" Soal Adra perlahan namun masih mampu didengar Rafique.

Dia mengeluh seketika.

"Abang takut jadi apa-apa pada mama lepas pembedahan nanti."

"In Shaa Allah, tak ada apa-apa. Abang kena yakin dengan kuasa Allah. Jangan berhenti berdoa untuk mama." Ucap Adra sambil tersenyum.

Rafique tidak membalas. Kata-kata Adra menusuk jauh ke dalam hatinya.

"Kejap lagi umi dengan Kak Dila datang." Ujar Adra.

"Awak dah bagitahu diorang ea?"

Adra mengangguk. "Dah, semalam Ara bagitahu cuma umi dengan Kak Dila dapat datang hari ni. Semalam diorang sibuk dekat restoran."

Rafique sekadar mengangguk.

Sorry kalau bosan. Idea tak ada 🙏
Votes and comments. TQ

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now