Sudah hampir seminggu Adra di kampung. Selama seminggu itu juga dia tabah melayan Puan Nora walaupun Puan Nora tidak mengenali dirinya lagi. Tapi, Adra yakin yang ingatan atau trauma Puan Nora akan sembuh tak lama lagi.
Dalam waktu seminggu jugalah, Lily dan Afiq sentiasa membantu Adra. Hubungan antara Adra dan Afiq pun semakin lama membuatkan mereka semakin rapat.
Cuma kadang-kadang, rasa rindu Adra buat Rafique tetap ada. Mungkin betul yang Rafique memang tak sayangkan dia langsung. Buktinya, lelaki itu tidak mencarinya pun.
"Ha, berangan!" Sergah Lily dari belakang. Entah bila masa dia muncul sampaikan Adra tidak sedar.
"Banyaklah kau punya berangan. Aku ambil angin je." Balas Adra sambil kakinya digoyang-goyangkan menikmati suasana kampung di pangkin rumahnya. Pangkin yang dibuat oleh arwah abahnya dulu.
"Ibu kau mana?" Soal Lily setelah melabuhkan duduknya di sebelah Adra.
"Tengah tidur. Baru je lepas bagi ubat sebab ibu aku demam." Jawab Adra.
"Ha, demam?! Kenapa tak cakap? Boleh bawak pergi klinik." Kata Lily dengan riak risaunya.
"Kau tahu jelah kan, ibu aku mana suka paksa-paksa. Aku pun tak berani sangat." Ujar Adra.
Lily menganggukkan kepalanya. Dia faham akan situasi itu. Sesekali dia berpusing ke belakang seolah-olah sedang mencari sesuatu.
"Kau cari apa ni?" Soal Adra yang turut berkalih ke belakang.
"Afiq lah. Dia kata nak datang lepak." Balas Lily. Kemudian, dia beralih semula ke arah Adra sambil tersenyum-senyum penuh makna. Berkerut dahi Adra dengan tingkah pelik Lily.
"Kau dah kenapa ni?"
"Kau dengan Afiq ada apa-apa ke? Korang nampak macam... emm... kau tetahu jelah apa maksud aku ni." Ujar Lily dengan sengihannya.
"Mana ada, kau ni. Aku dengan dia biasa-biasa je. Lagipun... aku kan dah ada suami," perlahan saja suaranya ketika menuturkan ayat terakhir itu.
Tiba-tiba, Lily ketawa kuat. Terbahak-bahak dia ketawa. Entah apa yang lawaknya..
"Eh, eh... kau kenapa ni?" Soal Adra tak puas hati. Kita serius, dia boleh bantai gelak pula.
"Okay, okay... jap. Bagi aku tarik nafas dulu..." Lily membuat gaya menarik nafas kemudian dilepaskan dengan sekuat hati. Adra memandang pelik.
"Emm... kau rindu suami kau ea?" Soal Lily seperti mengusik.
"Ish, mana ada. Kau ni pepandai je." Sangkal Adra.
Haih, bohonglah tak rindu suami. Tapi suami rindu dia tak?
"Cakap jelah yang kau memang rindu sangat dengan suami k--"
"Suami?" Soal Afiq dari belakang. Serentak Adra dan Lily berpaling. Masing-masing tercengang.
"Aku dengar kau sebut suami tadi." Soal Afiq kepada Lily.
Lily ketawa buat-buat.
"Oh... ni ha, Adra... dia kata kalau dia kahwin nanti, dia nak rindu suami dia selalu." Bohong Lily. Dia menjeling Adra sekejap yang sudah merenungnya seperti mahu menelannya.
"Oh, aku ingatkan apa tadi." Balas Afiq.
Mereka sekadar melemparkan sengihan. Nasib baiklah Afiq tak banyak tanya lagi dah.
"Asal kau lambat?" Soal Lily terus.
"Aku teman mak aku pergi bandar tadi, tu yang lambat." Balas Afiq sambil matanya memandang ke arah Adra yang sedang melemparkan pandangannya ke hadapan.
"Oh, patutlah... emm, aku nak masuk jap. Nak pergi toilet. Kau duduklah dulu." Terus Lily bingkas bangun tanpa menunggu balasan dari Adra.
Adra yang perasan Lily sudah tiada di sisinya, terus menoleh. Dari jauh Lily sudah tersengih-sengih. Adra mengetap gigi tanda geram.
"Awak memang suka pakai cincin tu kan?" Soal Afiq sambil berdiri di hadapan Adra.
"Hah?"
Afiq tersenyum. "Tak, cincin tu... awak memang suka pakai kan," ujar Afiq sambil muncungnya ditujukan ke arah cincin yang tersarung di jari manis Adra.
Terus Adra menelek cincin yang tersemat pada jarinya. Seketika, dia tersenyum. Ini ialah cincin pernikahannya. Tak pernah walau sesaatpun Adra menanggalkan cincin tersebut dari jarinya.
"Saya memang suka pakai cincin ni." Balas Adra tanpa memandang ke arah Afiq.
"Someone special bagi ke?" Soal Afiq dengan suara yang sudah sedikit berubah. Tiba-tiba dia rasa tak puas hati pula.
Adra mengangkat wajahnya dan memandang wajah Afiq. Kemudian, dia ketawa kecil.
"Taklah. Cincin ni saya beli guna duit simpanan saya. Tu yang sayang nak tanggalkan." Bohongnya. Dia berharap yang Afiq tak bertanyakan soal cincinnya lagi.
"Oh, patutlah. Tak apa, nanti saya gantikan cincin baru daripada saya pulak." Kata Afiq tersenyum penuh makna.
Berkerut dahi Adra dibuatnya. Tak faham dengan ayat yang dituturkan Afiq sebentar tadi.
"Apa maksud awak?"
Tetapi, Afiq hanya tersenyum sahaja tidak membalas pertanyaan Adra. Dia melemparkan pandangan ke arah lain sambil bibirnya sentiasa terukir dengan senyuman.
Adra sudah berdebar-debar. Bukan berdebar disebabkan senyuman Afiq. Tapi, dia berdebar dengan ayat tersirat daripada Afiq.
Perasaan berdebarnya yang tidak enak.
Kalau ada typo, maaf okay!
Votes and comments! :)
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...