DIA | 5

27.1K 1.1K 46
                                    

Sejadah disangkut di tempat biasa. Kemudian telekung ditanggalkan dan disangkut pada hanger. Baru sahaja dia ingin berpaling ke belakang, wajah sinis Encik Fuad betul-betul berada dekat dengannya.

"Pak cik nak apa ni? Macam mana pak cik boleh masuk bilik saya?" Adra kalut. Dia memandang pintu biliknya. Setahu dia, dia sudah kunci pintu biliknya tadi.

"Janganlah takut. Aku saja nak berbual dengan kau sekejap." Encik Fuad cuba berjalan mendekati Adra namun pantas Adra larikan diri daripadanya.

"Lebih baik pak cik keluar. Saya tak nak ibu salah faham. Tolong pak cik, keluar." Adra menunjukkan pintu biliknya yang terbuka separuh. Dia menelan liur. Takut. Gementar.

Encik Fuad ketawa kuat. Dah lama dia tunggu saat ini, takkan dia mahu sia-siakan peluang yang ada?

"Sinilah. Ibu kau tak ada. Aku cuma nak bual-bual dengan kau je." Dicuba meraih lengan Adra tapi sekali lagi Adra menjauhkan diri.

"Keluar pak cik sebelum saya jerit. Keluar!" Suara Adra sudah keras. Dia cuba menentang wajah Encik Fuad yang sedang memandangnya dengan pandangan gatal.

Encik Fuad sudah hilang sabar. Pantas ditarik lengan Adra tanpa Adra sempat berbuat apa-apa.

"Ya Allah, pak cik! Apa ni?! Lepas! Tolong!" Adra meronta kuat. Air mata sudah merembes keluar. Dia cuba merungkaikan cengkaman Encik Fuad pada lengan kirinya. Sakit!

Encik Fuad sudah tersengih-sengih seperti orang gila. Dia cuba melangkah setapak mendekati Adra untuk mencium pipi gadis itu.

"Pak cik! Jangan! Ya Allah, tolong!" Adra masih meronta. Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa apabila kedua-dua tangannya sudah dicengkam oleh lelaki itu.

"Apa semua ni?!" Terdengar suara Puan Nora di muka pintu bilik Adra. Serentak dengan itu, cengkaman Encik Fuad terlepas dari terus mencengkam lengan Adra.

Adra cuba mendapatkan ibunya. Diraih tangan Puan Nora sambil menangis teresak-esak.

"Ibu, ibu. Pak cik cuba buat benda yang tak baik dekat Ara, bu..." terus Adra mengadu.

"Hei, perempuan! Kau jangan nak tipu. Kau yang goda aku suruh aku masuk bilik kau kan!" Encik Fuad cuba memutar belitkan keadaan.

Laju Adra menggeleng. "Tak ibu. Ara tak buat macam tu. Ara tak buat! Pak cik tipu!"

Puan Nora melepaskan pegangan Adra kasar. Dia memandang Adra dan Encik Fuad silih berganti.

"Nora, betul. Takkan saya nak tipu awak? Budak ni yang cuba goda saya." Encik Fuad masih lagi dengan lakonannya yang seolah-olah dia tidak bersalah.

"Kalau budak ni nak goda awak, kenapa awak masuk bilik dia?" Soal Puan Nora keras.

"Mana saya tahu. Tapi memang dia cuba nak goda saya. Dia tarik tangan saya masuk bilik padahal sa-- saya dah cuba tolak sebab saya fikir awak. Saya tak nak awak salah faham. Tapi dia tetap tarik tangan saya juga!" Entah apalah yang Encik Fuad putar belitkan, sampaikan Adra terus menangis. Tak mampu untuk menerangkan keadaan sebenar.

Serentak dengan itu, Puan Nora mencengkam kuat kedua-dua belah pipi Adra sehingga terjingkit Adra.

"Kau kenapa?! Apa yang kau tak puas hati lagi sampaikan suami aku pun kau nak goda?! Kau tak malu ke, ha?!" Makinya.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now