DIA | 10

27.5K 1K 40
                                    

"Nah,"

"Eh, apa ni kak?" Berkerut dahi Adra tatkala Adila menghulurkan telefon bimbit yang dia sendiri tak pasti jenama apa.

Adila tersenyum. "Ambillah. Akak dah tak pakai dah telefon ni. Ambil," masih lagi dia menghulur. Lambat-lambat Adra mengambil telefon tersebut.

"Ta-- tapi, Ara tak nak pun telefon ni." Ucapnya sambil memandang Adila dan telefon itu silih berganti.

"Ambil jelah. Akak dah tak pakai dah telefon ni. Daripada akak biar telefon ni tak hidup, lebih baik akak bagi Ara. Nanti, senanglah Ara nak contact sesiapa."

"Ara nak contact siapa je kak? Ara ni pergi mana-mana mesti dengan akak atau umi." Balas Adra sambil menggelengkan kepalanya. Betullah. Kalau dia pakai telefon pun, dia nak telefon atau bermesej dengan siapa?

"Alah, kan boleh chit-chat dengan boyfriend." Kata Adila lalu ketawa kecil. Adra tersengih. Ada-ada jelah!

"Dila, boleh tolong hantar umi pergi rumah Datin tak?" Soal Hajah Ameena tiba-tiba. Adila dan Adra memandang Hajah Ameena dengan pandangan pelik apatah lagi Hajah Ameena sudah bersiap bagai.

"Aik, bukan ke semalam dah pergi? Harini nak pergi lagi?" Soal Adila pelik.

"Datin minta umi jaga dia. Tak apalah, buat masa ni umi jaga Datin sementara anak dia belum balik." Balas Hajah Ameena.

Adila akur. Nak tak nak, dia mengambil kunci kereta di tempat biasa lalu keluar rumah untuk menghidupkan enjin kereta.

"Ara ikut sekali ea," Adra sekadar mengangguk sebelum dia ke bilik tidur untuk menyarung tudung bawalnya yang sudah siap digosok. Johan pagi-pagi lagi sudah ke restoran, jadi Adra memang tak perlu untuk memakai tudung di rumah sewaktu Johan tiada. Itu yang dipesan Hajah Ameena kepadanya.

Lebih kurang 20 minit Adila memandu untuk sampai ke rumah mewah Datin Mariam. Dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo mewah itu.

"Jom," ajak Hajah Ameena.

"Umi pergi dengan Ara jelah. Dila nak pergi kedai. Kesian Jo sorang-sorang. Ara tak kisah kan?"

"Tak, Ara tak kisah." Balas Adra.

"Ha yelah. Hati-hati bawa kereta tu. Apa-apa telefon umi." Pesan Hajah Ameena. Baru sahaja Adra ingin keluar, dia teringat sesuatu.

"Kak, telefon yang akak bagi tu Ara letak dekat atas meja. Ara lupa nak ambil." Adra tersengih.

"Tak apa. Nanti akak simpankan."

Barulah Adra keluar dari perut kereta dan menyaingi Hajah Ameena yang sudah berjalan ke hadapan sedikit.

"Assalamualaikum," ucap Hajah Ameena sedikit kuat. Adra sekadar diam di sebelah.

"Walaikumsalam. Hajah, nasib baik Hajah datang. Saya nak balik dah ni. Nak ambil anak saya sekolah." Ucap Pak Mat sedikit kelam kabut.

Hajah Ameena yang memandang Pak Mat turut kelam kabut. "Eh, habistu Datin?"

"Hajah tolong uruskan boleh? Lagipun tadi saya sorang je yang jaga Datin. Datin pun tak mandi lagi tu. Takkan saya yang nak mandikan Datin pula?" Balas Pak Mat yang sudah menyarungkan seliparnya.

Cepat-cepat Hajah Ameena mengangguk. "Betul juga tu. Tak apa, Mat pergilah."

Pak Mat sekadar mengangguk lalu berlalu dari perkarangan rumah Datin Mariam dengan skuter hitamnya.

"Jom, Ara." Ajak Hajah Ameena. Adra mengikuti langkah Hajah Ameena menuju ke bilik semalam yang menempatkan Datin Mariam.

"Assalamualaikum, Datin. Ni saya Ameena." Ucap Hajah Ameena lalu berdiri di sebelah katil Datin Mariam.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now