Adra termenung. Setiap kata-kata Lily terus berputar ligat di fikirannya. Kadang-kadang hatinya sedih bila mengingatkan apa yang dituduh Encik Fuad. Sampai sekarang, Adra masih tak dapat lagi menangkap apa tujuan Encik Fuad memburukkannya. Apatah lagi setelah dia tidak lagi tinggal dengan ibunya, tapi tetap Encik Fuad menabur fitnah.
Adra memejamkan mata sambil menggelengkan kepala. Daripada kau terus fikir benda yang buat sakit hati kau, lebih baik kau fikir pasal esok. Esok keputusan penentu masa depannya keluar. Entah apalah keputusan SPMnya itu.
Tadi ada juga Adila bertanya tentang esok. Kalau boleh, Adila ingin membawa Adra pulang ke kampung tapi Adra tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu pulang. Dia masih tidak bersedia.
Walau apa sekalipun, dia bersyukur apabila berjumpa semula dengan Lily. Untungnya tadi dia tidak ikut Hajah Ameena ke rumah Datin Mariam. Itupun setelah Adila memaksanya untuk tidak ikut. Nasib baiklah Hajah Ameena benarkan.
Adra menguap lalu menutup mulut. Nampaknya mengantuknya pun sudah datang. Malas nak berfikir banyak, Adra terus memejamkan mata.
✨✨✨
Esoknya, hari Adra berlalu seperti biasa. Seperti selalu, dia akan ikut Hajah Ameena ke rumah Datin Mariam. Bagi Adra, dia seronok juga apabila datang ke rumah Datin Mariam. Salah satunya ialah bila dia dapat menatap wajah kacak milik Rafique. Walaupun pada hakikatnya, lelaki itu banyak sakitkan hatinya.
"Umi nak pergi jenguk Datin kejap. Ara tolong umi sediakan bahan masakan dulu." Kata Hajah Ameena. Adra sekadar mengangguk. Dia melencong ke dapur manakala Hajah Ameena ke bilik tidur Datin Mariam.
Di dapur, Adra menyediakan semua bahan masakan yang telah diberitahu Hajah Ameena semasa di dalam kereta. Katanya, dia ingin masak lauk sambal udang. Makanan favourite Adra!
Seronok dia menyediakan bahan masakan sambil bernyanyi kecil di dapur. Tidak sedar yang Rafique sedang memerhatikannya di ruang masuk dapur. Rafique memandang tajam.
Bukan main seronok lagi budak ni siap menyanyi bagai. Ni kalau aku sergah, confirm terkejut beruk.
"Raf!" Malangnya, bukan Adra yang terkejut, tapi dia yang terkejut dengan sergahan daripada Hajah Ameena di belakang.
Rafique berpaling sambil tersengih. Pantas tangah Hajah Ameena disalam dan dicium. Adra turut berpaling apabila mendengar suara Hajah Ameena tadi.
"Raf baru bangun?" Soal Hajah Ameena.
"Taklah. Pagi-pagi lagi Raf dah keluar. Ni Raf balik sekejap nak ambil barang. Umi dah lama sampai?"
"Tak adalah lama. Baru juga. Dalam 20 minit macam tu. Dah sarapan?"
Rafique mengangguk sambil tersenyum. Dia baru sahaja ingin berlalu naik ke bilik tapi suara Hajah Ameena mematikan niatnya itu.
"Mama nak jumpa Raf dekat bilik. Katanya ada benda nak bincang." Ujar Hajah Ameena. Rafique berkerut sedikit namun diikutkan sahaja. Dia berjalan masuk ke dalam bilik meninggalkan Hajah Ameena dan Adra di dapur.
Rafique menutup daun pintu rapat lalu menapak ke birai katil. Duduk dilabuhkan di situ sambil kaki kiri dibiarkan di bawah manakala kaki kanan dilipat di atas katil. Datin Mariam tersenyum memandang anak lelakinya.
"Mama nak bincang apa dengan Raf?" Soal Rafique. Pandangannya jatuh pada wajah milik Datin Mariam yang kelihatan pucat itu.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romansa🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...