DIA | 40

25.2K 916 14
                                        

Media:
Nur Adra.

"Seronok pergi spa tadi?" Tanya Rafique ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Adra tersenyum-senyum.

"Bolehlah."

Rafique menjeling Adra sekilas. Nampak seronok sahaja wajah Adra. Maklumlah, mungkin dah lama tak keluar berjalan-jalan. Jadi, bila dah dapat berjalan, kemain sakan lagi.

Bunyi telefon Rafique yang berteriak itu membuatkan Adra terus sahaja menoleh ke arah Rafique yang cepat sahaja menekap telefonnya di telinga.

"Ya, sayang? Malam ni? Okay, boleh. See you tonight. Bye. Love you too..." terus panggilan ditamatkan.

Adra terus melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Sakitnya hati dia mendengar ayat-ayat Rafique itu. Dia yakin Nadine yang telefon. Melihat senyuman Rafique sewaktu berbual tadi pun sudah cukup membuatkan hatinya cemburu.

Macam mahu ditanya saja siapa sedangkan dia sudah tahu siapa. Tapi, disimpankan saja hasrat itu. Terfikir juga Adra kadang-kadang. Apa makna Rafique berubah sedrastik ini kalau dia masih lagi berhubungan dengan Nadine? Sedangkan, Rafique tahu yang dia sudah beristeri. Dan, apa motif dia berbaik dan berlembut dengan Adra kalau sekelumit perasaan sayang atau cinta buat gadis itu tiada?

Adra. Dia mungkin terlalu berharap. Berharap yang satu hari nanti Rafique akan mengungkapkan ayat 'I love you' itu buatnya tapi dia tahu yang itu tidak akan terjadi. Rafique tidak cintakan dia. Mudah.

"Senyap je. Selalu mulut awak pot-pet-pot-pet je." Tegur Rafique. Adra menoleh sekilas.

"Tak ada topik nak bual. Tu yang macam blur je." Adra ketawa kecil. Sedangkan, dalam hati Tuhan saja yang tahu.

"Err... malam ni abang nak keluar ke?" Adra beranikan diri menyoal.

"Aah... dengan Nadine. Awak tak kisah, kan?" Tanya Rafique.

"Eh, tak pun." Ara kisah, abang. Abang suami Ara. Hanya mampu diucap dalam hati saja ayat tersebut.

Rafique senyum nipis. Ada sesuatu yang perlu dia bincangkan dengan Adra. Ada benda yang ingin dia katakan kepada Adra.

"Adra,"

"Hm?" Adra menoleh Rafique yang masih setia memandu itu.

"Abang tak nak awak terlalu berharap dengan abang. Abang baik dengan awak bukan sebab abang cintakan awak. Don't put so much hope in this relationship, please." Seakan merayu Rafique berkata.

Bagaikan sebuah batu yang menghempapnya sekarang tatkala mendengar apa yang Rafique katakan tadi. Namun, Adra ketawa bagi menghilangkan rasa yang menggunung itu.

"Ish, taklah. Abang janganlah risau. Ara takkan berharap apa-apa pun dengan abang. Bagi Ara, abang dah terima Ara setakat ni pun Ara dah bersyukur sangat-sangat." Terpaksa diukirkan senyuman buat lelaki itu. Dan dia perlu tipu dirinya sendiri.

Rafique lega mendengarkan itu.

"Tapikan, Ara nak tanya satu soalan boleh?"

"Tanyalah,"

"Abang... akan lepaskan Ara ke?"

Namun, Rafique tidak membalas pertanyaan Adra. Dia hanya tersenyum kecil saja. Adra tidak tahu makna senyuman itu. Bukan senyuman yang Adra minta sebagai jawapan, tetapi kata-kata yang menjawab soalannya tadi.

Mereka sampai di rumah ketika jam menunjukkan pukul 6.25 petang. Baru sahaja Adra ingin keluar dari perut kereta, lengannya ditarik Rafique. Tidak jadi Adra untuk keluar.

"Kenapa?" Tanya Adra. Rafique melepaskan lengannya.

"Abang nak keluar. Awak tak payah susah-susah tunggu abang tau." Pesan Rafique. Dia memandang dalam anak mata Adra.

"Kata... keluar malam?"

"Tak jadi." Terus sahaja Adra angguk. "Okaylah kalau macam tu." Dipamerkan senyuman manisnya dan ingin keluar dari perut kereta tetapi sekali lagi lengannya ditarik Rafique.

"Kita kawan ea. Anggap je abang ni kawan awak dan abang akan anggap awak macam kawan abang. Deal?" Ujar Rafique.

Adra seakan terpempan sekejap. Lambat mahu proses dan lambat juga dia mengangguk.

"Oo-- okay. Ara keluar dulu. Assalamualaikum." Terus sahaja Adra keluar dari perut kereta. Dia melambai saat kereta Rafique keluar semula meninggalkan rumah.

Seperti mahu menangis, Adra masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang bercampur aduk. Begini agaknya mereka yang terkena friendzone itu? Sakitnya hati... tapi ini kena friendzone dengan suami...

Kawan?

Tersenyum Adra tatkala teringat semula ayat Rafique tadi. Dia... bertepuk sebelah tangan. Sedang dia di rumah bagaikan orang putus cinta, Rafique masih lagi ada cinta hati.

Dicabut tudung dari kepala perlahan-lahan. Kalaulah begini rasanya difriendzonekan, dari dulu lagi Adra tak akan jatuh cinta dengan Rafique. Suaminya sendiri.

"Abang tak nak awak terlalu berharap dengan abang. Abang baik dengan awak bukan sebab abang cintakan awak. Don't put so much hope in this relationship, please..."

Bagaikan pita rakaman yang terakam kuat di minda Adra. Ayat yang menyakitkan. Tapi dia mampu senyumkan waktu itu?

Senyum apa?

Senyum terpaksa yang dia mampu. Sampai sanggup tipu diri sendiri. Jadi, sampai bila dia harus bertahan untuk tinggal dengan Rafique? Sampai bila dia harus cintakan lelaki itu?

Kalau... Rafique mahu melepaskan dirinya, dia terima kalau itu yang terbaik.

Bila cinta tak mungkin bersama,
Bila rindu tak mungkin menyatu,
Dan masih ku tunggu kau kan ada disampingku,
Menemani lena dan jagaku,
Hanya kau yang satu.

Votes and comments. Thanks.

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang