DIA | 9

24.2K 1K 14
                                    

"Sebelum kita gerak ni, umi pasti ke rumah Datin Mariam tetap rumah yang lama tu?" Soal Adila yang sudah memegang stereng kereta. Hajah Ameena di sebelah dipandang. Adra duduk di belakang. Johan pula tidak ikut. Katanya tak nak join perempuan.

"Umi pun tak tahulah. Tak apa, kita cuba pergi rumah lama Datin dulu." Ujar Hajah Ameena. Adila mengangguk lalu kereta mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah.
Mujurlah, dia masih ingat lagi rumah lama Datin Mariam. Sebab sejak dari kecil lagi, dia selalu ikut uminya kerja. Ingatannya masih kukuh lagi. Jangan risau.

Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah mewah banglo dua tingkat, mata Adila melilau ke luar. Pagar rumah tersebut yang memang terbuka itu dipandang.

"Macam ada orang sebab pagar terbuka." Kata Adila. Hajah Ameena turut memandang.

"Kita turun jelah. Pergi masuk. Mana tahu Datin Mariam tinggal dekat sini lagi ke."

"Yelah, umi."

Adila memarkirkan kereta di bahu jalan di hadapan rumah banglo itu. Mereka keluar dari perut kereta diikuti Adra di sebelah Hajah Ameena.

Di hadapan pintu rumah banglo itu, mereka berdiri sambil memandang sekeliling. Masing-masing rasa tak yakin untuk memberi salam.

"Assalamualaikum," Akhirnya, Hajah Ameena yang membuka mulut. Selang beberapa saat, pintu terkuak dari dalam. Terjengul seorang gadis lebih kurang 20-an memandang mereka dengan dahi berkerut.

"Walaikumsalam. Cari siapa?" Soal gadis itu.

"Em, ni rumah Datin Mariam ke?" Soal Adila ragu-ragu. Lambat-lambat gadis itu mengangguk. Dia tak kenal siapa tiga orang yang berdiri di depannya sekarang.

Hajah Ameena tersenyum lega. "Boleh kami masuk jumpa Datin Mariam?" Terus Hajah Ameena bertanya.

"Sekejap ea. Ayah! Ayah!" Laung gadis itu tiba-tiba. Seorang lelaki datang menghampiri mereka.

"Kenapa Fira?" Soal Pak Mat. Fira memandang Pak Mat kemudian memandang mereka bertiga semula.

"Ada orang nak jumpa Datin." Ujarnya. Terus Pak Mat menghalakan pandangannya di hadapan pintu sebelum tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi teruja.

"Ya Allah, Hajah!" Ucap Pak Mat gembira. Hajah Ameena tersenyum manis sambil mengangguk.

"Lama tak jumpa Hajah. Eh, masuklah. Datin Mariam ada dalam bilik dia." Pak Mat menjemput mereka masuk lalu mempelawa mereka bertiga duduk di sofa.

"Yeke? Kami datang nak melawat Datin. Tak menganggu ke?" Soal Hajah Ameena.

Pantas Pak Mat menggeleng. "Taklah, Datin baru je lepas makan."

Mereka mengangguk.

"Eh, Fira. Pergi buat air," arah Pak Mat kepada Fira, anak gadisnya.

"Eh, tak payah susah-susah. Kami datang bukan nak minum air pun. Kami nak jumpa Datin. Boleh?" Segera Hajah Ameena menghalang Fira yang sudah pun bangun untuk membuat air. Terus Fira duduk semula.

Pak Mat tersengih. "Jom ikut saya," Mereka mengikut Pak Mat dari belakang menuju ke sebuah bilik di sebuah lorong kecil tingkat bawah rumah itu.

Tombol pintu dipusing. Datin Mariam sedang terbaring termenung memandang luar rumah. Sliding door memang terbuka untuk memberikan Datin Mariam sedikit cahaya dan udara.

Pak Mat menapak masuk ke dalam bilik. Hajah Ameena, Adila dan Adra masih menunggu di luar bilik.

"Datin, cuba tengok siapa yang datang." Kata Pak Mat. Datin Mariam perlahan-lahan menoleh ke muka pintu. Bibirnya cuba berbicara namun tidak berapa jelas.

"Aaa--- Aamm--"

"Ya, Datin. Hajah Ameena. Hajah, masuklah. Datin excited jumpa Hajah agaknya." Gurau Pak Mat. Tanpa menunggu lama, Hajah Ameena menuju ke katil saiz queen yang menempatkan Datin Mariam.

"Assalamualaikum, Datin." Ucap Hajah Ameena sambil tersenyum. Adila dan Adra di sebelah turut tersenyum.

"Sss-- sspe?" Tangan kanannya cuba digerakkan untuk menunjuk dua orang gadis di sebelah Hajah Ameena.

"Ni Adila. Anak perempuan saya. Ni Adra. Anak angkat saya." Hajah Ameena memperkenalkan mereka. Terharu Adra apabila Hajah Ameena memperkenalkannya sebagai anak angkat. Sekurang-kurangnya, dia tidak dianggap sebagai tetamu asing.

"Ccc-- ccanntik--" sungguh payah Datin Mariam ingin bercakap apatah lagi bibirnya terherot sedikit di sebelah kiri. Hajah Ameena mengangguk sambil mengusap lengan Datin Mariam perlahan. Pak Mat awal-awal lagi sudah keluar dari bilik. Ingin memberi ruang buat mereka berempat.

"Aaa-- Aameenna, aww-- awwakk... j-j-jagaa s-ssaaaya." Didekatkan telinganya kepada Datin Mariam. Ingin mendengar butir bicara yang kurang jelas daripada Datin Mariam.

Setelah Hajah Ameena mendapat tangkap apa yang dikatakan Datin Mariam, dia memandang Adila dengan Adra sekejap. Adila sebenarnya tak berapa jelas cuma dia buat-buat faham saja.

"Iya, Datin. Boleh. Datin rehatlah. Saya keluar dulu ya. Nanti saya datang balik." Ujar Hajah Ameena lembut. Mereka keluar dari bilik tidur Datin Mariam.

"Umi, Datin cakap apa? Dila tak berapa fahamlah." Soal Adila apabila mereka sudah keluar. Hajah Ameena tidak menjawab. Malah, dia mencari Pak Mat.

"Mat, sini jap." Panggil Hajah Ameena. Pak Mat yang ada di luar segera masuk ke dalam rumah.

"Ada apa, Hajah?"

"Selama Datin sakit, siapa yang jaga Datin?" Soal Hajah Ameena yang terus membuatkan Pak Mat terdiam. Mereka duduk semula di sofa tadi.

"Saya dengan Fira yang jaga. Dah lebih seminggu Datin Mariam sakit dan waktu tu jugalah saya dengan Fira yang jaga. Isteri saya nak jaga tak dapat sebab dia kerja juga." Kata Pak Mat.

"Anak Datin takkan tak jaga? Ke dia tak tahu yang mama dia sakit?" Soal Hajah Ameena masih tak puas hati. Bila teingatkan anak lelaki Datin Mariam yang dia jaga dari kecil, terus berbulu hatinya.

"Dia tahu cuma dia tak ada dekat sini. Tapi dia kata nanti dia balik jenguk Datin."

Hajah Ameena mengeluh. Anak zaman sekarang...

"Selama ni dia tak jenguk lagilah?"

Pak Mat menggeleng lemah. Adila dan Adra sekadar berdiam diri sahaja. Tak mahu ikut campur.

"Datin minta saya jaga dia. Sebab tulah saya tanya Mat macam-macam." Hajah Ameena membuang pandang ke luar rumah.

"Tak apa, Hajah. Lagipun, Datin pun pernah bagitahu saya masa dia mula-mula sakit tu, dia kata dia rindu dengan Hajah. Dia kata dia dah lama tak jumpa Hajah. Saya tak tahu nak bagitahu Hajah macam mana masa tu tapi nasib baiklah masa saya pergi beli barang saya terserempak dengan Johan." Pak Mat membuka cerita. Memang waktu itu dia rasa serba salah apabila Datin Mariam selalu saja menyebut nama Hajah Ameena. Tapi mujurlah dia terserempak dengan Johan dan nasib baik dia masih ingat lagi muka Johan.

Timbul rasa kasihan dalam hati Hajah Ameena. Tiba-tiba dia rasa yang dia ingin membantu Datin Mariam. Mungkin ini salah satu cara untuk dia membalas budi baik wanita yang lebih kurang sebaya dengannya itu.

"Saya kasihan dekat Datin. Kenapalah anak dia tak balik cepat-cepat jenguk mama dia?" Ucap Hajah Ameena sambil menggelengkan kepala. Pak Mat sekadar diam saja. Dia pun ada terfikir benda yang sama juga.

Adra diam sahaja. Apatah lagi dia memang tak ada kena mengena dalam perkara ini. Datin Mariam sendiri dia tidak kenal tapi dia kesian juga dekat Datin Mariam. Separuh badan lumpuh.

Sorry kalau bab ni macam bosan sikit 😭 sis takdak idea 😭🙏

Btw, siapa yg nak tahu watak Adra dengan watak-watak lain? 🙈

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now