Sudah seminggu hubungan antara Adra dan Puan Nora semakin rapat dan itu mendatangkan sinar baru buat Adra.
"Ara, ibu nak tanya satu soalan boleh?" Soal Puan Nora ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.
"Tanyalah..."
"Semalam ibu nampak Ara menangis. Dah tiga hari ibu nampak Ara menangis tiap-tiap malam. Ara ada masalah?" Soal Puan Nora lembut.
Terhenti suapan Adra. Dia tertunduk sebelum mengangkat kepalanya semula dan melemparkan senyuman nipis.
"Tak-- tak adalah ibu. Ara okay." Jawabnya.
"Ara, ibu tahu Ara ada masalah. Ara masih marahkan ibu? Ara masih tak boleh terima ibu, ya?" Soal Puan Nora. Suaranya sudah bertukar sayu.
Pantas Adra menggeleng. Digenggam jemari ibunya.
"Taklah ibu. Ibu jangan fikir bukan-bukan. Ara tak pernah marah ibu pun."
"Habis kenapa Ara menangis? Kalau ada masalah, cerita kat ibu." Ujar Puan Nora.
Adra diam. Memang betul dia selalu menangis dua tiga hari ini. Dia terlalu rindukan Rafique. Terlalu rindu.
"Ibu dah siap makan?" Adra terus menukar topik dan bangun dari duduknya.
"Cincin tu. Cincin apa?" Soalan Puan Nora mematikan perbuatan Adra.
Adra memandang Puan Nora dengan ekor matanya. Puan Nora masih lagi tidak tahu tentang status dirinya sekarang. Adra duduk semula dan merenung wajah ibunya.
"Ibu... kalau ibu nak tahu, Ara dah kahwin." Perlahan saja suaranya di hujung ayat. Dia menunggu reaksi daripada Puan Nora namun orang tua itu masih lagi beriak tenang. Tiada tanda-tanda dia terkejut dengan kenyataan Adra.
"Jadi, sebab ni lah yang Ara selalu menangis tu?" Soal ibunya dengan senyuman. Adra sedikit terkejut dengan reaksi ibunya.
"Ibu... ibu tak marah?" Soalnya teragak-agak.
Puan Nora menggeleng lalu mengusap rambut Adra. "Buat apa ibu nak marah? Tak ada sebab. Jadi, tak nak kenalkan ibu dengan menantu ibu ke?"
Adra tertunduk sekali lagi. Tak tahu macam mana nak ceritakan hal sebenar.
"Dia tak cintakan Ara, bu. Ara je yang terhegeh-hegeh dekat dia. Ara kahwin dengan dia pun sebab mama dia yang minta Ara kahwin dengan dia." Ucap Adra lirih bersama mata yang sudah bergenang.
Tanpa dia sangka, perkahwinannya bersama dengan Rafique sudah masuk setahun.
Wajah Puan Nora berubah. Tak sangka begini yang anaknya perlu hadapi. Kalaulah dia dapat putarkan semula masa dan dapat membetulkan semula keadaan, pasti semua ini tak akan berlaku.
"Ara, ibu minta maaf..." ucap Puan Nora sambil teresak perlahan. Adra mendongak memandang ibunya.
"Minta maaf? Ibu tak salah apa-apa pun." Adra mengelap air mata yang mengalir di pipi Puan Nora.
"Kalaulah ibu reda dengan semua benda ni dulu, mesti Ara takkan jadi macam ni. Ibu berdosa, Ara... ibu bersalah dengan Ara... bersalah dengan abah..." Puan Nora mula mengongoi menangis mengenangkan kisah dulu.
Terus tubuh ibunya diraih ke dalam pelukan. Dia cuba untuk bertahan. Walau pada hakikatnya, dia tidak sekuat itu.
"Ibu... Ara tak pernah salahkan ibu dan ibu tak pernah salah. Benda lepas, biar je lepas. Sekarang, Ara cuma nak ibu je. Ara nak ibu selalu ada dengan Ara. Setiap masa, setiap hari." Adra tersenyum sambil menyeka air mata di pipi Puan Nora.
Dan Ara perlukan Abang Raf jugak...
✨✨✨
Sejak tadi telinga Adra mendengar orang memberi salam lalu dia bergegas ke ruang atas untuk melihat siapa yang datang.
Melihat sahaja wajah yang ada di depan matanya, serta-merta Adra terus memeluk tubuh itu.
"Kak Dila..."
"Ara sihat? Akak minta maaf sebab dah ganggu Ara." Ucap Adila. Adra langsung sahaja menggeleng sambil tersenyum.
"Masuklah. Akak sorang je?" Soalnya sambil mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.
"Aah, akak sorang je. Umi tak tahu pun akak datang jumpa Ara." Ujar Adila setelah melabuhkan duduknya.
"Macam mana akak tahu rumah Ara?" Soal Adra terus. Pelik juga dia. Setahunya, dia tidak pernah memberitahu alamat rumahnya kepada Adila.
"Akak paksa Lily bagitahu Ara dekat mana. Ara jangan marah Lily ea..."
Adra mengangguk dan tertawa kecil.
"Ara, siapa datang tu?" Sapa Puan Nora yang baru sahaja keluar dari bilik.
Adra mengajak Puan Nora duduk di sebelahnya sambil tersenyum manis.
"Ibu, ni Kak Dila. Kak Dila lah yang tolong Ara selama ni." Ucap Adra.
Adila terus bersalaman dengan Puan Nora. Dia masih lagi teringat dengan cerita Adra ketika mereka mula-mula bertemu dulu.
"Terima kasih sebab tolong jagakan Ara. Mak cik dah banyak buah silap dekat Ara." Ucap Puan Nora dengan nada yang sedikit sebak.
"Tak apa, mak cik. Benda dah lepas..." balas Adila tersenyum nipis.
"Duduklah dulu. Biar mak cik buatkan air." Ujar Puan Nora seraya bangun dari duduknya.
"Eh, ibu. Tak apa. Biar Ara yang buat." Adra sudah berura-ura mahu bangun namun dihalang oleh Puan Nora.
"Ara duduk je berbual. Biar ibu je yang buat." Balas Puan Nora. Adra akur apabila ibunya sudah menghilang ke dapur.
"Kenapa Ara lari?" Soal Adila tiba-tiba. Adra sedikit terpana. Lidahnya seakan kelu.
"Akak tanya, kenapa Ara lari? Kalau Ara nak balik kampung, kenapa tak bagitahu kami semua? Ara dah buat semua orang risau. Tiba-tiba je menghilang." Luah Adila.
Adra tertunduk. Dia tahu yang dia bersalah.
"Ara terpaksa, kak. Ara tak nak kecewa. Tu je." Balasnya perlahan.
Adila mengeluh perlahan.
"Ara... Ara tahu tak lepas Ara hilang, macam-macam yang jadi."
Adra terkejut. Lama dia merenung wajah Adila yang suram itu. Hatinya berdebar-debar.
"Ma-- maksud akak?"
"Kita bual dekat luar boleh?" Pinta Adila. Dan Adra terus mengangguk laju.
Hatinya semakin berdebar-debar setelah melihat wajah Adila. Dia mula risau. Risaukan umi, risaukan mama dan juga dia risaukan Rafique.
Harapnya, tiada apa-apa yang berlaku.
Vote and comments !
So how? DIA dah tinggal berapa bab je lagi. Saya akan cuba update selalu. Lately, saya busy sikit so memang tak ada masa nak update.
Sorry :)
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...