"... kenapa Ara tak cari dia?"
Terngiang-ngiang soalan daripada Puan Nora dua hari lepas. Adra buntu. Dia sendiri terfikir ada benarnya apa yang dikatakan ibunya tapi kalau dia yang cari Rafique, sudikah lelaki itu terima dia semula?
Ah, kenapa lelaki itu tak pernah cari dia?
"Hai, Adra..." sapa Afiq. Entah bila dia sampai. Adra terus berdiri dan mengelap air mata yang mengalir supaya Afiq tidak perasan.
"Hai, awak buat apa kat sini?" Soal Adra. Afiq berjalan mendekati Adra lalu duduk di pangkin itu. Namun Adra masih lagi berdiri.
"Awak menangis?" Soal Afiq tanpa memandang Adra.
"Taklah. Mana ada." Cepat Adra menjawab.
"Awak ada masalah ke?" Soal Afiq, prihatin.
Adra menggeleng perlahan. Takkan sesekali dia ceritakan masalahnya kepada Afiq. Dia tak mahu orang lain tahu tentang masalahnya. Cukuplah dia seorang sahaja yang lalui.
"Ibu awak sihat?"
"Sihat."
Mereka diam semula. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Adra jadi tidak selesa apatah lagi berdua-duaan begini dengan Afiq.
"Adra, ada benda yang saya nak bagitahu awak." Ujar Afiq. Adra diam menunggu ayat seterusnya daripada lelaki itu.
"Saya cintakan awak."
Adra terpana dan tercengang. Luahan hati Afiq terlalu mendadak baginya. Dia sudah tidak senang hati. Gelisah.
"Afiq.. sa--"
"Adra, awak tahukan dari sekolah saya sukakan awak. Saya dah lama tunggu awak. Dan bila awak dah ada depan mata saya, saya tak akan lepaskan awak. Dan saya yakin awak pun ada perasaan yang sama macam saya kan?" Luahan Afiq benar-benar membuatkan Adra terkesima.
"Afiq, saya ta--"
"Awak tak perlu cakap apa-apa. Saya akan jadikan awak isteri saya bila awak dah bersedia nanti." Afiq tersenyum. Terasa lapang dadanya tatkala meluahkan isi hatinya.
Tubir mata Adra terasa panas. Bukan dia terharu tetapi dia tak tahu mahu bereaksi bagaimana.
"Afiq, maaf... semua ni terlalu mendadak buat saya. Saya--"
"Mendadak? Maksud awak?" Potong Afiq.
"Dengar dulu apa yang saya nak cakap!" Nada Adra sudah naik. Berombak dadanya menahan getar.
"Saya tak pernah kata yang saya cintakan awak, Afiq. Saya memang sukakan awak, tapi sebagai kawan. Dan saya memang terhutang budi dengan awak sebab awak banyak tolong saya. Tapi, saya tak pernah cintakan awak."
Sakit. Hati Afiq sakit tatkala mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Adra. Hatinya bagai disiat-siat.
"Jadi, selama ni... awak memang tak ada perasaan dekat saya? Walau sikit pun? Adra, saya ikhlas cintakan awak... sepenuh hati saya. Saya sanggup buat apa saja untuk awak. Atau awak, dah ada orang lain?" Soal Afiq. Langkahnya sudah semakin mendekat dengan Adra.
Adra mengundur ke belakang apabila melihat Afiq semakin dekat dengannya.
"Adra..."
Serta merta Adra menoleh ke tepi. Langkah Afiq turut terhenti. Dia turut menoleh. Adra tercengang melihat figura yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Lama Adra merenung wajah itu. Wajah yang selalu dia rindui. Wajah yang selalu dia minta untuk datang mencarinya. Dan kini, wajah itu sudah ada di depan matanya. Air mata semakin galak mengalir.
"Abang... abang Raf..." ucap Adra perlahan. Dia seakan tak percaya yang Rafique sudah ada di depannya.
"Siapa lelaki ni?" Soal Afiq. Adra terlupa yang Afiq masih lagi ada dengannya. Dia menoleh semula memandang ke arah Afiq lalu menoleh ke arah Rafique semula. Berharap apa yang dia nampak bukan mimpi dan ternyata ia bukan mimpi. Rafique masih lagi berdiri statik di tempatnya.
"Afiq, awak selalu tanya saya pasal cincin ni," Adra mengusap cincin permata yang terletak elok di jari manisnya. "Cincin ni ialah makna yang saya dah berkahwin. Saya dah kahwin, Afiq. Saya minta maaf sebab saya tak pernah berterus-terang dengan awak. Ada sebab saya buat macam tu."
Afiq terundur ke belakang. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia terdiam seribu bahasa. Lidah kelu untuk berkata-kata.
Adra memandang Rafique semula. Dia melangkah mendekati Rafique. Juraian air mata semakin laju membasahi pipinya. Lama dia merenung wajah itu. Mata mereka bersambung, lama.
"Abang Raf, terima kasih sebab sudi datang jumpa Ara. Sudi cari Ara sampai sini." Sebak dia menuturkan ayat itu. Matanya mulai kabur dengan air mata.
Rafique memandang Adra dengan penuh rasa kerinduan. Jika bukan sebab Adila yang beritahu alamat rumah Adra, pasti sampai sekarang dia tercari-cari.
Adra lihat Rafique seperti tidak terurus. Lelaki itu seperti bukan lelaki yang dia kenal sebulan lalu. Banyak perubahan yang berlaku terhadap Rafique.
"Adra... abang---"
"Abang Raf tak perlu cakap apa-apa." Tersedu-sedan Adra berkata. Dia tertunduk cuba meredakan hati yang berdebar hebat.
Rafique rasa... dia rasa seperti mahu saja memeluk Adra erat. Seerat-eratnya. Betapa bahagianya dia tatkala melihat wajah Adra.
"Ara ada satu permintaan. Dan Ara harap abang tunaikan." Pinta Adra setelah reda dengan tangisannya.
Rafique berdebar-debar. Dia takut apa yang diceritakan Adila bakal menjadi kenyataan. Dia tak mahu lepaskan Adra. Dia terlalu sayangkan Adra. Terlalu cintakan Adra. Dia tak mahu kehilangan gadis itu buat kali yang kedua. Cukuplah sekali.
"Apa dia, Adra?" Soalnya, berdebar-debar.
Adra memandang Rafique tanpa senyuman. Lama dia menatap wajah itu dengan rasa bersalah. Apa pun, dia perlu bagitahu Rafique apa yang sedang dia rasakan sekarang.
Dia tak mahu terus terseksa lagi.
Okay guys, DIA dah hampir tamat. Tinggal satu lagi part. Which is, part tu akan menggunakan ADRA'S POV.
Part last tu nak saya update hari ni atau esok atau takyah update? Hahaha
Jangan lupa vote and comments ! :)
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...