Selesai sahaja berbelanja, mereka singgah makan malam di sebuah kafe yang biasa dikunjungi Rafique. Sepanjang perjalanan mereka, Adra hanya berdiam diri. Dia masih lagi awkward dengan keadaan sekarang.
Adra cuma memesan chicken chop serta fresh orange memandangkan itu sahaja yang dia tahu. Kalau dilihat pada buku menu, boleh berbelit lidah seorang Adra. Nama makanannya memang pelik.
Adra sekadar diam sahaja. Rafique pula bermain telefon sementara menunggu makanan sampai.
Selang beberapa minit, barulah makanan yang dipesan tiba. Adra tidak terus makan sebaliknya memerhati Rafique makan terlebih dahulu. Dia segan. Inilah kali pertama mereka makan berdua begini. Dah macam pasangan kekasih pula. Dengan suasana kafe yang agak romantik itu betul-betul kena pada situasi mereka.
Rafique mencuri pandang ke arah Adra yang mengunyah perlahan potongan ayam. Dia perasan yang dari tadi Adra asyik menunduk sahaja. Diam pula tu.
"Abang nak rasa sikit chicken chop boleh tak?" Tanya Rafique sambil tersenyum. Terus terhenti kunyahan Adra. Lama dia memandang wajah Rafique yang masih lagi dengan senyuman itu.
Aku tak salah dengarkan?
"Boleh tak abang nak sikit?" Sekali lagi Rafique bertanya. Adra seakan baru tersedar. Entah kenapa, automatik dia mencampakkan potongan ayam yang masih lagi belum terusik ke dalam pinggan Rafique.
"Ha, ambillah. Tak usik lagi tu. Sedap ni," entah apa yang dikatakannya, betul-betul membuatkan Rafique terhibur.
"Kenapa awak gelabah semacam ni?" Soal Rafique bersama dengan tawanya. Pantas sahaja digeleng Adra.
"Banyak sangat ni awak bagi. Abang nak rasa sikit je sebab abang jarang order chicken chop dekat sini." Kata Rafique tanpa memandang Adra.
Adra pula sudah seperti patung cendana. Menggigil saja tangannya. Dia baru saja korek telinga semalam dan dia pasti yang dia masih belum pekak lagi. Jadi, betullah Rafique bahasakan dirinya 'abang'?
"Kenapa tak makan?"
Sekali lagi, barulah Adra tersedar dari terus menjadi patung. Dia tersengih. "Err... Ara-- Ddd-- Dah kenyang."
Rafique senyum sambil menggeleng. Kelakar bila melihat Adra gabra seperti itu. Nampak comel...
Adra melihat senyuman Rafique itu seakan mahu saja cair. Pertama kali Rafique senyum kepadanya. Yang penting, senyuman itu ikhlas dan nampak tenang. Rasa berbunga dalam hati. Dah kembang macam taman dah rasanya.
Adra sembunyi senyum sambil menghirup fresh orange. Rasa macam nak dengar lagi Rafique kata 'abang'. Nampak sweet je. Hai lah, hati... mohon tabah.
✨✨✨
Barang-barang yang dibeli itu terus sahaja dibawa oleh Adra masuk ke dapur. Dia menyusun setiap barang-barang yang dibeli ke tempat yang disediakan. Rafique pula sudah berlalu masuk ke bilik.
Sambil mengemas, terus ingatan Adra teringat tentang pertemuannya dengan Afiq di Econsave tadi. Rasa bersalah apabila dia perlu menipu. Dia teringat pula ketika waktu mereka bersekolah dulu, bagaimana Afiq cuba rapat dengannya. Betul ke Afiq ada hati padanya? Kalau betul, sampai sekarangkah perasaan Afiq pada Adra masih ada?
"Dah siap kemas?"
Disebabkan terkejut, plastik Maggi yang dipegang Adra terus terjatuh ke lantai. Spontan, Rafique dan Adra menunduk untuk mengambil plastik Maggi tersebut sehingga kepala mereka terhantuk pula.
"Aduh..." Adra menekap dahinya dengan tangan.
"Eh, sorry... sorry..." menggelabah Rafique dibuatnya. Sudahlah dia mengejutkan Adra, dia terhantuk kepala gadis itu pula. Lantas digosok-gosok kepala Adra perlahan-lahan.
"Sakit ea? Sorry tau abang tak perasan." Ucap Rafique. Tangannya masih lagi setia menggosok kepala Adra yang bersarung tudung itu. Namun, cepat-cepat Adra mengalihkan tangan Rafique di atas kepalanya itu.
"Tak apa, tak apa. Ara okay je. Tak sakit sangat pun." Padahal kepala Rafique itu keras macam batu! Hampir senoneng dibuatnya.
Rafique akur. Dia memerhati Adra yang membongkok mengambil plastik Maggi yang jatuh itu.
"Tak apalah. Biar abang kemas. Awak pergi masuk bilik, rehat." Kata Rafique. Nak tak nak, Adra ikutkan sahaja. Terus sahaja dia berlari masuk ke bilik lalu pintu dikunci.
Memerah wajahnya akibat perasaan malu yang teramat sangat. Masih terasa lagi lekapan tangan Rafique di atas kepalanya. Tersenyum-senyum Adra seorang diri.
Tapi, dia pelik. Kenapa Rafique berubah seratus peratus? Apatah lagi sekarang ini baik semacam saja. Kalau dulu, nak berbual pun susah. Kalau ada pun, waktu Rafique marahkan Adra. Perubahan Rafique terlalu mendadak. Dia suka Rafique berubah tapi dia seakan susah untuk percaya.
Mungkin, Rafique sudah sedar akan kesilapannya. Adra cuba berfikir positif. Walau apapun, dia bersyukur dengan perubahan itu. Semoga perubahan Rafique ini akan berterusan.
Ada yang senyum-senyum tak? HAHAHAxD
Sorry kalau tak best bab ni huhu
Yang penting, Dia dah ada balik!
Vote and commentsss jangan lupa 🌸
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...