Sudah dua hari berlalu tentang kejadian Datin Mariam menampar Nadine. Dalam dua hari itu juga, hubungan Adra dan Rafique semakin keruh. Adra buntu. Tak tahu salah siapa. Salah dirinya mungkin? Dua hari itu jugalah Rafique langsung tidak menegurnya malah pandang wajahnya pun tidak. Hina sangat ke dia pada mata Rafique.
Dia rindu waktu Rafique sudi berbual dengannya walaupun cara lelaki itu agak kasar. Dia rindukan suara Rafique. Dia perlu minta maaf walaupun pada hakikatnya, Adra tidak salah langsung.
Adra keluar dari bilik setelah seharian duduk terperap. Dia mahu berjumpa dengan Rafique. Dia mahu minta maaf.
Rafique sedang menonton siaran bola sepak. Adra berjalan mendekati sofa yang diduduki Rafique itu. Dia berdehem perlahan. Rafique sedar akan kehadiran Adra tapi dia sekadar buat tak tahu sahaja.
"Abang..." seru Adra. Rafique masih buat tak tahu tapi Adra pasti yang lelaki itu dengar.
"Abang, Ara minta maaf kalau Ara selalu sangat susahkan abang. Ara tahu abang benci Ara. Tapi, Ara tak pernah ada niat jahat dekat abang atau mama. Ara betul-betul minta maaf."
'Kalaulah abang tahu kisah hidup Ara sebelum ni, abang kesiankan Adra ke?' Ayat itu hanya mampu disambung di dalam hati. Melihat Rafique yang tidak memberi apa-apa reaksi, terus Adra duduk bersimpuh di bawah betul-betul berdekatan dengan kaki kiri Rafique.
"Abang, Ara minta maaf. Ara tahu salah Ara. Kalau abang nak benci Ara, bencilah. Tapi janganlah buat Adra macam tunggul dalam rumah ni." Rayu Adra. Dia cuba meraih hujung seluar Rafique tetapi Rafique pantas menepis.
"Kau memang layak jadi tunggul pun. Kau jangan ingat selama ni aku layan kau, kau fikir aku dah baik dengan kau, dah boleh terima kau. Kau jangan perasan sebab sampai bila-bila aku tak akan terima kau. Sampai sekarang, aku tak pasti dengan kau. Aku tak tahu kau ni siapa. Entah anak pungut mana yang umi pungut. Muka kau ni, muka paling aku meluat nak tengok. Tak ada selera." Walaupun suara Rafique itu perlahan, tidak menengking, tetapi ianya cukup memberi kesan yang maha hebat dalam diri Adra.
Adra tidak dapat menahan air matanya daripada gugur. Matanya berkaca-kaca memandang Rafique. Sakit hatinya dihina begitu.
"Hina sangat ke Ara dekat mata abang? Abang tak pernah tahu kisah hidup Ara dan abang tak pernah bagi peluang untuk Ara jelaskan siapa Ara sebenarnya. Yang abang tahu cuma nak hina Ara. Abang letak maruah Ara dekat bawah telapak kaki abang ke?" Adra tidak kisah. Selama ini dia lemah, dibiarkan lelaki itu hina dirinya sesuka hati. Kali ini, tidak. Walau apapun yang terjadi, dia akan pertahankan dirinya.
Rafique ketawa mengejek. Dipandang wajah Adra yang sudah basah dengan air mata. "Ceritalah. Ceritalah siapa kau tu sebenarnya. Manalah tahu aku boleh naikkan sikit maruah kau yang ada dekat bawah telapak kaki aku ni. Mesti hidup kau tu dulu sadis kan. Budak-budak macam kau ni kuat drama. Ingat sikit siapa kau tu sebenarnya."
"Abang, selama ni Ara sabar dengan perangai abang. Ara pekakkan telinga bila abang hina Ara. Kalau abang tak suka Ara, benci Ara, kenapa abang setuju nak kahwin dengan Ara?"
"Eh, perempuan. Kau tolonglah sedar siapa kau tu. Kau ingat aku teringin nak kahwin dengan kau. Kalau bukan sebab mama, tak inginlah aku. Sebab kau, mama benci Nadine. Kau ni malang tahu tak?" Rafique terus-terusan menghina tanpa menghiraukan Adra yang sudah teresak-esak menangis.
Dengan lemah, Adra cuba bangkit berdiri. Tak dibalas kata hinaan Rafique tadi. Langkahnya longlai ingin menuju ke bilik. Matanya kabur.
"Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?"
Kata-kata hinaan ibunya dulu terus terlayar di kotak minda. Kejadian di mana dia dihina ibu sendiri. Di mana dia hampir diperkosa oleh ayah tirinya. Disebabkan itu juga, dia dihalau oleh ibunya sendiri. Kemudian, dia difitnah oleh ayah tirinya.
Adra terjelepok jatuh di atas lantai tanpa sempat sampai ke bilik tidurnya. Kepalanya pusing tiba-tiba. Sakit. Dan akhirnya Adra pengsan di situ.
Rafique menoleh ke belakang. Sedikit terkejut apabila melihat tubuh Adra yang terbaring di atas lantai. Rafique tersenyum sinis. Terus televisyen dimatikan dan dia berlalu naik ke atas membiarkan Adra terbaring tidak sedar di situ.
✨✨✨
"Kau biarkan dia pengsan dekat lantai tu? Kau langsung tak tolong dia ke Raf?" Soal Carl seakan tak percaya. Apa yang diceritakan Rafique sebentar tadi betul-betul mengejutkan dirinya.
Rafique tersenyum sinis. "Aku biar jelah. Tak payah nak tolong sangatlah. Tengok muka dia je aku dah menyampah. Lagi nak tolong angkat dia, memang taklah." Rafique berkata angkuh. Ingatnya, gadis itu pura-pura pengsan, tapi selepas 30 minit dia di dalam bilik, dia keluar semula dan gadis itu masih terbaring dalam posisi yang sama ketika dia masuk ke bilik sebentar tadi. Pagi tadi barulah gadis itu tidak lagi baring di situ. Mungkin sudah sedar.
"Tak baik Raf. Dia isteri kau. Kau kena treat her as your wife. Even kau tak cintakan dia, kau kena layan dia elok-elok." Nasihat Carl itu diketawakan.
"Treat her as my wife? Are you insane? Dia tak layak. Budak tak habis sekolah macam tu, heh!"
"Macam mana kau tahu dia tak habis sekolah? Bukan ke kau kata dia SPM 7A. So, apa kaitan tak habis sekolah? Kau tu yang tak habis sekolah." Selar Carl. Geram dengan tingkah Rafique.
"Yang kau nak baran tak pepasal ni kenapa? Kau nak sangat layan dia macam isteri kan, kau layanlah dia." Marah Rafique.
Carl mengeluh berat. Susah cakap dengan orang keras kepala macam Rafique ini. "Aku bukan nak tunjuk baik, tapi aku tak suka bila kau layan dia macam tu. Kau hina dia. Kau tahu ke kisah hidup dia? Kau tuduh dia anak pungut, kau tak fikir ke perasaan dia? Mana tahu dia ada mak ayah then kau kata dia anak pungut. Come on, Raf. Buka hati kau tu sikit untuk dia. She's your wife."
Rafique mendengus kasar. "Lantak dialah. Bukan aku pukul dia pun."
Carl mengalah. Malas mahu nasihat lagi. Semua nasihat yang diberi langsung tidak diambil. Malah, masih mahu menangkan diri sendiri yang ternyata salah.
Macam mana? Boleh saya teruskan lagi ke? Atau stop je? Huhu
Jangan lupa vote and comments tau XD
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...
![Cintai Aku. [ complete ]](https://img.wattpad.com/cover/136895959-64-k870412.jpg)