DIA | 50

28.1K 815 5
                                        

Rafique dan Adra bergegas ke bilik rawatan ICU yang menempatkan Datin Mariam setelah mendapat panggilan daripada Pak Mat memberitahu bahawa Datin Mariam dikejarkan ke hospital.

Sampai sahaja di hadapan wad ICU tersebut, terus Rafique menerpa ke arah Dr. Azila yang merawat Datin Mariam.  

"Doktor, macam mana dengan mama saya?" Terus Rafique ajukan soalan kepada Doktor Azila.

"Datin masih lagi koma dan keadaan Datin agak stabil cuma belum sedar lagi. Kita tunggu jelah. Tapi, jangan risau. Everything will be okay." Kata Dr. Azila sambil tersenyum nipis.

Rafique menguak rambutnya ke belakang. Adra sedari tadi membisu sahaja. Dia masih sukar untuk percaya. Tadi sebelum dia diberitahu keadaan Datin Mariam, terkejut juga dia bila tiba-tiba Rafique menegurnya. Lebih terkejut bila mendapat tahu bahawa Datin Mariam dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Tapi syukur, keadaan Datin Mariam sudah stabil. Jadi, betullah apa yang Adra rasakan tentang Datin Mariam selama ini. Perasaan tidak sedap hati tentang Datin Mariam.

"Encik boleh melawat Datin. Saya pergi dulu." Ucap Dr. Azila kemudian berlalu.

Rafique seakan tiada daya untuk melangkah masuk. Dia terduduk di kerusi panjang yang ada di hadapan wad ICU. Tertunduk terkenangkan keadaan Datin Mariam.

"Abang..." Adra cuba memanggil dengan lembut.

"Mama..." automatik, Rafique menangis di bahu Adra. Terkejut Adra namun cepat sahaja tangannya naik mengusap kepala Rafique. Entah dari mana keberaniannya itu datang.

"Abang, janganlah nangis. Jom kita masuk tengok mama.." pujuk Adra tapi Rafique menggeleng.

"Abang tak boleh..." esak Rafique. Adra hanya mampu terkedu. Pertama kali dia melihat Rafique menangis begini. Rasa sebak mula menghurung hatinya.

Lama juga mereka berkeadaan begitu. Tidak lama selepas itu, barulah Rafique mula reda dengan tangisannya. Perlahan-lahan dia menjarakkan dirinya daripada Adra.

"Maaf, abang buat baju awak basah." Kata Rafique sambil mengerling baju pink Adra yang basah dengan air matanya tadi. Dia mengelap sisa air matanya. Rasa malu tiba-tiba.

"Tak apa. Ara tak kesah. Erm.. abang tak nak masuk?" Soal Adra teragak-agak.

Rafique menghela nafas perlahan-lahan sebelum dia menarik tangan Adra untuk masuk ke dalam wad Datin Mariam. Untuk kesekian kalinya, Adra seakan terpaku apabila Rafique menggenggam jarinya.

Semakin sebak Rafique melihat keadaan Datin Mariam yang dibantu oleh alat pernafasan itu. Entah kenapa, dia rasa menyesal apabila tidak sentiasa berada di sisi mamanya. Ini adalah kali kedua. Cuma situasi sekarang berbeza.

Adra menarik Rafique untuk duduk di dalam sofa yang disediakan di dalam wad khas untuk Datin Mariam. Tangannya masih lagi belum dilepaskan.

"Abang, Ara tahu apa yang abang rasa. Abang kena berdoa semoga mama cepat sedar dan sembuh macam biasa." Adra memberi kata-kata semangat.

Rafique memandang Adra sekejap. "Ab-- abang... dah lama tak berdoa.." ucapnya perlahan.

Adra sedikit terkelu sebelum dia mengukirkan senyuman manis buat Rafique. Jam pada dinding wad dikerling. Sudah masuk waktu Asar. Memandangkan dia belum solat Asar, ada baiknya dia mengajak Rafique untuk solat sama.

"Jom kita solat. Asar dah masuk dah ni." Kata Adra. Rafique memandang Adra lama. Dia dah lama tak berdoa dan dia dah lama tak menunaikan solat. Seakan baru tersedar betapa jahil hidupnya selama ini.

"Abang, jom." Adra masih lagi mengajak. Akhirnya Rafique akur dan mengikut Adra ke surau hospital.

Selesai sahaja menunaikan solat, Adra menunggu Rafique di kerusi berdekatan surau. Dari jauh sudah nampak kelibat Rafique yang berjalan ke arahnya.

"Dah? Okay jom." Baru sahaja Adra ingin bangun, tangannya ditarik Rafique untuk duduk semula. Rafique turut duduk di sebelahnya.

"Terima kasih. Terima kasih sebab awak, abang sedar semua kesilapan abang selama ni. Awak dah sedarkan abang. Terima kasih," ucapnya lembut.

Adra tersenyum mendengar. "Abang, abang patut berterima kasih dekat Allah sebab Allah yang sedarkan abang. Adra cuma bantu abang je."

Rafique tersenyum. Dia rasa tenang setelah menunaikan solat tadi dan meluahkan segala-galanya kepada yang maha Esa.

"Err, abang... yang pasal haritu.. Ara betul-betul minta maaf. Ara tahu Ara salah. Ara tak patut tanya soalan macam-macam dekat abang. Ara minta maaf sangat-sangat." Ucap Adra bersungguh-sungguh. Dia rasa inilah masa yang sesuai untuk dia memohon maaf.

"Tak apa, abang dah maafkan. Dahlah, lupakan pasal tu. Sekarang ni kita fokus pasal... kita."

Berkerut dahi Adra.

"Kk-- kita?" Rafique mengangguk.

"Abang rasa inilah masa yang sesuai untuk abang bag--"

Terbantut niatnya ingin meneruskan ayatnya apabila bunyi deringan telefon dari dalam beg Adra.

"Alamak, jap abang. Lily telefon." Kata Adra sambil menunjukkan telefonnya ke arah Rafique.

"Tak apa. Jawablah. Abang naik dulu nanti awak naik tau." Pesan Rafique. Adra mengangguk lalu segera dijawab panggilan Lily setelah Rafique beredar.

"Assalamualaikum," sapa Adra terlebih dahulu.

"Ara! Aku ada benda penting nak bagitahu kau!" Jerit Lily dari hujung talian. Berdesing telinga Adra dibuatnya.

"Kot ya pun.. jawablah salam aku dulu."

"Walaikumsalam." Jawab Lily laju. "Hmm.. ada apa ni telefon aku?" Soal Adra malas.

"Ara, aku kat kampung sekarang ni."

"Okay. Kenapa?" Soal Adra pelik.

"Ara, aku dapat tahu yang Pak Cik Fuad dah meninggal dunia. Kena pukul dengan ah long sampai meninggal. Dah seminggu."

Adra terdiam. Bagaikan tidak percaya. Dia tak tahu mahu rasa apa. Hari ini, macam-macam berita yang mengejutkan buat dirinya. Dan kali ini, Pak Cik Fuad meninggal. Innalillah... sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

"Hello, Ara? Woii!"

"Hah? Iya, ya..." jawab Adra gopoh.

"Tu satu. Yang keduanya..." Lily pula yang senyap. Adra menunggu untuk Lily menyambung semula ayatnya yang tergantung itu.

"Apa dia, Ly?" Soal Adra akhirnya. Terdengar deru nafas milik Lily di hujung talian.

"Ibu kau..."

Sambung next bab. Saja nak buat suprise. So, you guys rasa apa yang jadi?
Votes and comments okay! TQ 🤗

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang