DIA | 29

22.1K 844 5
                                        

Adra bernyanyi kecil. Entah kenapa hari ini dia rasa macam bersemangat. Semangat yang lain macam. Roti bakar yang sudah siap disediakan itu hanya tinggal untuk dimakan sahaja. Adra masih lagi menunggu Rafique untuk turun bersarapan.

"Abang! Jom sarapan." Panggil Adra. Rafique nak tak nak, dilencongkan juga kakinya ke ruang makan. Roti bakar diambil lalu disua terus ke dalam mulut.

"Bismillahirahmanirahim..."

Terus tersedak Rafique apabila mendengar Adra membaca doa makan. Walaupun gadis itu membaca dengan perlahan tetapi tetap dan jelas pada pendengarannya.

Rafique mengusap dada sendiri. Dia menjeling Adra di hadapan yang sedang memandang pelik ke arahnya.

"Abang okay tak ni?" Soal Adra. Rafique mengangguk pantas. Dia mengunyah roti perlahan-lahan.

"Abang, hari ni Ara nak keluar dengan Kak Dila boleh?" Soal Adra setelah mereka diam agak lama.

"Keluarlah. Kan aku dah kata buat hal masing-masing." Balas Rafique. Adra memuncungkan bibirnya sekejap. Tak apa. Rafique tak nampak.

"Terima kasih." Ucapnya.

Rafique bangkit apabila selesai bersarapan. Ucapan terima kasih Adra langsung tak dijawab. Terus dia melangkah keluar.

Adra sedikit terasa. Namun, beberapa minit kemudian, Rafique kembali semula ke dapur. Adra mendongak memandang Rafique.

"Dila tahu ke rumah ni?" Soal Rafique.

"Ha? Eh, entah ek.." jawab Adra sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba, Rafique meluku kepalanya.

"Aduiii..." Adra mengaduh sakit. Tapi tak adalah sakit mana.

"Siap cepat, biar aku hantar kau pergi rumah umi."

Adra seakan tidak percaya. Bersinar matanya. "Betul ke?!"

Rafique mengeluh. "Yelah. Cepatlah sikit," gesa Rafique. Terus Adra mengemas meja makan dan berlalu ke bilik untuk bersiap.

"Okay, dah." Adra keluar dari rumah setelah selesai mengunci pintu. Rafique yang bersandar pada kereta sambil bermain telefon terus mendongak memandang Adra. Entah kenapa, dia seakan terpaku sesaat apabila melihat Adra. Gadis itu nampak comel walaupun dengan pakaian yang tidak mewah dan biasa-biasa sahaja.

Adra yang perasan akan pandangan Rafique sedikit gugup. Dia melihat penampilannya. Manalah tahu dia pakai baju terbalik ke?
Tapi, okay saja. Dia cuma mengenakan t-shirt hijau lengan panjang dan kain serta tudung bawal berwarna cream.

"Abang?" Seru Adra perlahan. Barulah Rafique tersedar. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Bengang!

"Baju Ara tak lawa ke?" Soal Adra polos.

"Kau pakai apapun mana lawa," jawab Rafique selamba lalu masuk ke dalam perut kereta.
Adra mencebik, "Eleh, sebenarnya nak cakap aku ni lawa..." bebelnya sendiri kemudian barulah dia masuk ke dalam kereta.

Di dalam kereta, mereka diam seribu bahasa. Malah, radio pun Rafique tidak buka. Adra sudah kebosanan.

Hari-hari bosan, bahaya juga budak ni!

"Tak menyusahkan abang ke hantar Ara pergi rumah umi?" Soal Adra memecahkan kesunyian antara mereka.

"Diam jelah. Banyak tanya pula." Balas Rafique tanpa memandang Adra. Terus Adra mengunci mulutnya rapat-rapat. Tak nak cakap atau tanya apa-apa lagi.

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang