Adra dan Adila duduk di pangkin bawah pokok rambutan itu. Puan Nora hanya memerhati dari tingkap rumahnya sahaja. Malas mahu masuk campur urusan anak muda itu.
"Apa yang jadi kak?" Soal Adra terus. Dari tadi dia sudah tidak sedap hati.
Adila tersenyum nipis. Entah kenapa dia rasa berat hati untuk beritahu hal sebenar.
"Raf ada datang jumpa Ara?" Soalnya semula.
"Tak ada. Mungkin dia dah lupakan Ara. Dia mana cintakan Ara. Lagipun dia tak tahu kampung Ara dekat mana." Jawab Adra sambil tertawa kecil sedangkan dalam hatinya berkecai dan remuk.
Dia mengharapkan lelaki itu datang mencarinya.
"Ara, akak bukan nak masuk campur and akak tak tahu siapa yang salah dalam masalah Ara... tapi Ara kena mengalah sebab Raf sebenarnya sangat memerlukan Ara. Dia perlukan seseorang untuk ada dekat dengan dia. Raf... dia dah macam bukan dia." Tutur Adila lembut.
Adra berpaling menatap wajah Adila. Hatinya sedikit tersentap dan terasa. Jika dia perlu menjaga perasaan Rafique, bagaimana pula dengan perasaannya?
"Ara tak tahu." Betul. Dia tak tahu dan dia buntu.
"Ara sayangkan Raf?" Soal Adila.
Adra diam. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Dia memejam matanya sekejap dan menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan perlahan.
"Macam mana kalau Ara minta cerai?" Nyata, soalan Adra itu mengejutkan segala urat saraf Adila. Dia tak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Adra.
"Astaghfirullahalazim... apa yang Ara cakap ni? Ara sedar tak apa yang Ara dah cakap?" Suara Adila sudah naik seoktaf. Dia terkejut. Menggigil badannya.
"Ara--- Ara tak tahu... dia tak pernah cintakan Ara. Ara je yang terhegeh-hegeh. Dia tak pernah datang untuk cari Ara. Maknanya.. dia memang tak sayangkan Ara, kak..." Adra sudah menangis teresak-esak. Dia sendiri tak tahu apa yang sudah merasuknya sehingga sanggup berkata begitu.
Adila menggeleng perlahan sebelum dipeluk Adra erat-erat.
"Ara, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan cepat ambil jalan mudah. Ara kena fikir betul-betul. Renung balik apa yang Ara dah cakap. Macam mana Raf nak cari Ara kalau dia sendiri tak tahu dekat mana Ara ada sekarang ni?"
"Dia boleh usaha cari kalau dia betul-betul sayangkan Ara dan anggap Ara isteri dia, bukan anggap Ara sebagai kawan." Luah Adra dalam esakan.
"Ara ingat pesan akak. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Ara minta nasihat ibu Ara." Pujuk Adila lembut. Dia tahu Adra sangat tidak stabil sekarang.
Dan Adra mengangguk perlahan.
✨✨✨
Petang itu, Adila meminta diri untuk pulang memandangkan dia tidak berapa gemar memandu pada waktu malam.
Adra mengeluh untuk kesekian kalinya. Kata-kata daripada Adila masih lagi terngiang-ngiang. Dia buntu. Buntu dalam mencari jawapan.
Dia tak tahu apa yang terjadi pada Rafique sebenarnya tetapi perasaannya kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang terjadi. Dan Adra juga terlupa untuk bertanyakan khabar tentang mama tadi.
"Ara termenungkan apa tu?" Soal Puan Nora lalu duduk di sebelah Adra.
Adra menggeleng sambil tersenyum nipis.
"Ibu, kalau Ara minta cerai dengan suami Ara, macam mana?" Soal Adra setelah sekian lama mereka berdiam diri.
"Ara, ibu tak tahu apa yang Ara tengah kusutkan dan ibu tak pernah kenal suami Ara. Tapi, Ara dah fikir masak-masak ke dengan keputusan Ara?"
Adra diam dan mengeluh berat.
"Ara, ibu tak nak Ara menyesal suatu hari nanti. Kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita tu ibarat akan mematikan jiwa kita. Bila dia dah sebati dalam hidup kita, kita tak akan mampu nak lepaskan macam tu je. Masa arwah abah pergi dulu, ibu rasa seluruh hidup ibu gelap. Segelap-gelapnya. Ibu tak tahu apa yang ibu rasakan dulu sampaikan ibu dah abaikan anak ibu sendiri. Ibu salahkan Ara ibarat ibu dah salahkan takdir yang dah tertulis. Dan sekarang, ibu menyesal sangat-sangat tapi dalam masa yang sama ibu bersyukur bila Ara sanggup maafkan ibu dan terima ibu balik." Luah Puan Nora tenang.
Adra memandang lama wajah ibunya. Kata-kata ibunya sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya sedar akan sesuatu.
"Jadi, ibu tak nak Ara menyesal bila Ara dah hilang sesuatu yang Ara sayang. Keputusan bercerai bukan keputusan yang bagus. Walau apa pun yang jadi, dia tetap suami Ara. Ara pasti dan sedia untuk kehilangan dia sedangkan Ara sayangkan dia?"
Adra seperti mahu meraung. Dia terasa bersalah. Amat bersalah. Dia rasa telah melakukan kesalahan yang amat berat.
"Tapi kenapa dia tak cari Ara?" Adra sudah tercebik-cebik.
"Mungkin ada sebab yang kita tak tahu. Kalau dia tak cari Ara jadi ibu nak tanya Ara pulak, kenapa Ara tak cari dia?"
Soalan daripada Puan Nora akhirnya membuatkan Adra menangis. Dia menangis semahu-mahunya. Dia bersalah. Dia terlalu pentingkan diri sendiri sedangkan dia tak tahu apa yang sedang terjadi kepada Rafique.
Vote and comments !
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...