DIA | 16

21.3K 873 13
                                        

"Datin nak apa-apa tak? Ara boleh ambilkan." Tanya Adra. Waktu itu, dia membawa Datin Mariam keluar ke halaman rumah banglo mewah itu. Datin Mariam kata dia inginkan udara segar.

Datin Mariam menggeleng sambil tersenyum. Adra turut tersenyum lalu dilabuhkan duduknya di kerusi yang ada di situ. Kolam renang tidaklah terlalu jauh daripada mereka. Lebih kurang 10 kaki dari tempat Adra duduk.

"Ara umur berapa?" Soal Datin Mariam.

"Dah nak masuk 18 tahun." Balasnya lalu Adra ketawa kecil. Tiba-tiba jadi segan. Cehh...

"Oh, muda lagi. Saya ingat dah 20 tahun." Kata Datin Mariam. Adra sekadar tersengih.

Tak nampak macam budak-budak ke muka aku ni? Huuuu~

"Ara dah ada boyfriend?" Kali ini, soalan Datin Mariam sedikit menjerat Adra. Nasib baiklah dia tak minum air sekarang, kalau dia tengah minum air, mahu tersembur air tu.

Cepat-cepat Adra menggeleng. Kedengaran tawa halus daripada Datin Mariam.

"Saya ingat dah ada boyfriend tadi. Biasanya, budak seumur awak ni dah ada boyfriend."

"Tu diorang. Saya tak, Datin. Saya masih single but not available gitu." Ucap Adra ceria.

"But not available? Sebab?"

Adra memandang Datin Mariam sekejap. Kemudiam, dia tersenyum tipis. "Dalam hati saya ni cuma ada arwah abah saya je. Arwah abahlah boyfriend saya, hero saya. Sebab tu lah saya tak fikir pasal boyfriend semua ni." Kata Adra tenang.

Datin Mariam merenung wajah bersih Adra. Nampak keikhlasan pada wajah gadis itu tatkala bersuara. Dia yakin ada sesuatu yang Adra sembunyikan di sebalik sikap cerianya itu.

"Kalau ada orang melamar awak, awak terima tak?" Tanya Datin Mariam.

Sempat Adra ketawa.

"In Sha Allah, kalau dah sampai jodoh saya, terima jelah. Tapi, saya muda lagilah Datin." Jawab Adra lalu memandang Datin Mariam di sebelahnya.

"Tak apa. Umur tu sekadar angka je. Sekarang, tak kisah dah umur berapa, boleh je kahwin."

Tapi saya tak nak kahwin lagi! Lainlah kalau Datin sudi nak kahwinkan saya dengan anak Datin.

Gedik ea kau, Ara!

Adra cuma tersengih. Dia hanya mampu membalas dalam hati sahaja. Kereta jenis Audi R8 hitam milik Rafique masuk ke dalam perkarangan rumah. Dari jauh Adra sudah nampak yang Rafique tidak berseorangan. Datin Mariam turut memandang.

Rafique dan Nadine berjalan menghampiri mereka berdua. Setelah mendapat pandangan maut daripada Rafique, cepat-cepat Adra meminta diri lalu masuk ke dalam rumah. Tak sempat Datin Mariam ingin menghalang.

"Mama buat apa dekat luar ni? Bahayalah." Kata Rafique. Risau. Nadine di sebelah sekadar berdiam diri.

"Saja. Mama bukannya sorang pun. Tadikan ada Adra. Dia yang teman mama." Balas Datin Mariam. Sempat dia menjeling ke arah Nadine. Gadis ini. Gadis inilah yang dia intip dulu. Sekarang, barulah dia ada kesempatan untuk berjumpa secara berdepan dengan gadis ini.

"Pandai ke tak budak tu jaga mama? Suka hati je bawa mama keluar." Marah Rafique.

"Bukan salah Adra pun. Mama yang nak sangat duduk luar. Duduk dalam tak seronok." Balas Datin Mariam dan sekali lagi dia menjeling Nadine di sebelah meminta Rafique menjelaskan tujuan dia membawa Nadine bersamanya.

"Em, ma. Kenalkan. Ni Nadine. My one and only girl in my heart." Sempat Rafique menjeling manja Nadine di sebelah. Nadine menghulurkan tangan menyalam Datin Mariam. Lambat-lambat Datin Mariam menyambut.

"Habis tu mama ni bukan your one and only in your heart ke?" Datin Mariam membalas semula. Kali ini, wajahnya tidak lagi tersenyum. Dari dulu, dia tidak berkenan dengan gadis itu. Dia tahu perangai Nadine. Dan sudah tentu dia tak mahu gadis itu menjadi sebahagian dalam hidup anaknya nanti.

"Mama tetap nombor satu dalam hati Raf. Jomlah, ma. Kita masuk." Baru sahaja Rafique ingin menolak kerusi roda Datin Mariam, cepat-cepat Datin Mariam menghalang. Tanda dia tidak mahu masuk ke dalam.

"Kenapa ma? Mama nak duduk luar?" Soal Rafique.

"Why not?" Jadi, terpaksalah Rafique ikutkan sahaja.

"Raf nak masuk dalam dulu. Nad, you duduklah dulu borak dengan mama I." Kata Rafique lalu dia berlalu masuk ke dalam meninggalkan Nadine yang kekok di situ. Tanpa dipelawa, dia duduk di kerusi sebelah tempat Adra duduk tadi. Tak berani nak duduk sebelah Datin Mariam.

"Aunty sihat?" Soalnya memulakan perbualan.
Datin Mariam memandangnya sekejap.

"Macam yang awak tengok saya sekarang. Alhamdulillah, saya sihat sebab ada orang yang jaga saya dengan baik. Dah lama kenal Raf?" Soal Datin Mariam. Bibirnya langsung tidak mengukir senyuman.

"Lama juga. Dalam setahun." Balas Nadine.

Datin Mariam mengangguk. Dia memandang ke dalam sekejap sebelum memandang Nadine di hadapan.

"Awak nampak tak perempuan yang tadi dengan saya?" Soal Datin Mariam dan Nadine lambat mengangguk.

Datin Mariam tersenyum penuh makna. "Dia tu bakal menantu saya."

Nadine berkerut. Setahu dia, Rafique cuma anak tunggal atau sebenarnya Datin Mariam ada anak lain selain Rafique?

"Yeke? Bakal menantu anak aunty yang mana satu? Abang Raf ke?" Soal Nadine tanda dia ingin tahu.

Datin Mariam ketawa. "Kata dah kenal anak saya setahun, takkan tak tahu yang Raf tu anak tunggal. Saya ni mana ada anak lain, Raf sorang je anak saya."

Terus mati senyuman Nadine. Seakan dapat menangkap apa yang mahu disampaikan Datin Mariam.

"Mm-- maksud aunty, perempuan tadi tu--" tak dapat dia teruskan ayatnya.

Datin Mariam mengangguk sambil tersenyum. "Ya, dia bakal isteri Raf. Bakal menantu saya juga." Dengan senyuman penuh makna daripada Datin Mariam, berjaya mematikan segala urat saraf Nadine.

✨✨✨

Usai sahaja pulang dari rumah Datin Mariam, Rafique terus menghantar Nadine pulang. Sepanjang perjalanan, Nadine diam sahaja. Bukan dalam kereta, malah sejak di rumahnya lagi. Rafique mencuri pandang Nadine di sebelah.

"Sayang, are you okay? Kenapa senyap je ni?" Soal Rafique lembut. Nadine mengeluh.

"Kenapa you tak bagitahu I yang you dah ada bakal isteri?" Sengaja perkataan 'bakal isteri' itu ditekankan.

"Mestilah I dah ada. You lah bakal isteri I. Kenapa ni? I ada buat salah ke?" Rafique masih lagi tidak berpuas hati. Fokusnya sedikit terganggu antara memandu dan memandang cinta hati di sebelah.

"You jangan nak tipu I. Jangan nak twist pula." Marah Nadine. Dia berpeluk tubuh. Muka dimasamkan.

"Hei, hei. Kenapa ni? I twist apa pula?"

Nadine ketawa sinis. "Kenapa you tak cakap yang you dah ada bakal isteri? Perempuan tadi tu bakal isteri you kan?" Terus Nadine menyoal. Langsung dia tidak memandang Rafique di sebelah. Sakit betul hatinya tadi. Macam dimalukan.

"Apa you merepek ni? Siapa yang cakap?" Soal Rafique tak puas hati.

"Mama you yang kata. Dahlah, Raf. I penatlah nak bercakap pasal ni lagi. Sakit tahu tak hati I."
Bengang. Itu yang Nadine rasakan sekarang.

Rafique mengeluh berat.

"Okay. I hantar you balik. I rasa emosi you tu tak stabil. Nanti kita bincang lagi." Pujuk Rafique. Dia cuba mengusap kepala Nadine namun pantas Nadine menepis.

Rafique sekali lagi mengeluh. Tak sangka yang mamanya sanggup berkata begitu pada Nadine. Dan Rafique semakin pasti bahawa ini semua mesti disebabkan budak perempuan itu. Entah apa yang dia racun kepala mamanya. Tunggulah dia nanti.

Rafique mengepal penumbuknya.

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang