DIA | 38

22.5K 834 13
                                    

Selesai sahaja mengemas dapur, Adra tak tunggu lama untuk terus masuk ke bilik. Ditinggalnya si Rafique di ruang tamu seorang diri.

"Aduhh, memalukan betullah!" Ditampar kedua-dua pipinya apabila masih lagi terasa kebas. Alah, tu kan ayat je lagipun Rafique kata gurau. Rilek sudah...

Dihempas badannya pada tilam empuknya. Macam nak nangis pun ada juga. Bukan apa, Adra ni sejenis yang mudah saja gelabah lagi-lagi dengan keadaan begini. Kan dah tak tenang jadinya.

"Kalau awak yang abang bawa tidur, boleh?"

Aduhai, tersenyum pun iya juga Adra ni. Sukalah tu. Mengada betul. Malam itu, lenalah dia tidur nampaknya...

✨✨✨

Bunyi ketukan bertalu-talu pada pintu membuatkan Adra cepat berlari ke depan untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, terus terkelu lidahnya.

"Hai, Raf ada?" Soal Nadine tanpa senyuman. Dipandang Adra atas bawah.

"Ada. Tengah breakfast." Balas Adra.

Terus sahaja Nadine berlalu masuk ke dalam rumah. Tak dihirau langsung Adra yang sudah tercengang dengan perbuatannya itu. Cepat sahaja Adra menutup pintu dan berlalu ke ruang makan.

"Darling..." ucap Nadine meleret. Dipeluk leher Rafique yang sedang menjamu sarapan itu.

"Eh, Nad. You buat apa kat sini?" Soal Rafique yang nyata memang terkejut dengan kehadiran Nadine secara tiba-tiba.

Adra baru sahaja ingin duduk di sebelah Rafique, tempat biasa yang selalu dia duduk ketika makan tapi Nadine pantas menolak gadis itu dan terus duduk di sebelah Rafique. Adra tak mampu berbuat apa-apa. Dia berlalu dan masuk ke bahagian dapur. Tak mahu melihat mereka berdua tapi telinganya ini degil sangat nak dengar perbualan pasangan itu.

"I datang jumpa you lah. Lama ea you tak jumpa I... Kenapa? You dah tak cintakan I?" Soal Nadine sambil sebelah kening dijongketkan.

"Taklah. I busy kan. You macam tak biasa pula dengan I.."

Nadine mencebik.

"Busy with your wife ea?" Perli Nadine.

Rafique mengeluh. "Sayang, I still love you, okay.. jangan fikir bukan-bukan." Perlahan Rafique berkata.

"Then, prove it." Cabar Nadine.

"You nak I buktikan apa?" Soal Rafique. Nadine tergelak halus.

"Kahwin dengan I then I know that you still love me," balas Nadine manja. Rafique diam tidak membalas.

"You nak sarapan? I ambilkan," tanya Rafique.

Nadine memerhati sarapan yang ada di atas meja. Nasi goreng dan air teh panas.

"Tak pernah you nak makan berat-berat macam ni kalau sarapan. You terpaksa ke makan semua ni?" Soal Nadine sedikit kuat. Saja mahu menyakitkan hati Adra.

"Taklah... I jujur yang I suka Adra masak. Dia masak semua sedap. Thats why I tak kisah sekarang ni..." balas Rafique, ikhlas.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now