Seperti biasa macam semalam, Adra akan mengikut Hajah Ameena ke rumah Datin Mariam. Adila pula sekadar menghantar mereka lalu akan ke restoran memandangkan Johan seorang sahaja yang menjaga.
Bunyi deruman kereta di luar banglo Datin Mariam sedikit membuatkan Hajah Ameena menghentikan tingkahnya yang sedang mengelap badan Datin Mariam.
"Ara, cuba tengok siapa yang datang." Kata Hajah Ameena. Adra mengangguk lalu keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama rumah.
Sebuah kereta jenis Audi R8 hitam menyapa pandangan Adra. Dia memandang di sebalik daun pintu. Tatkala pemandu kereta mewah itu keluar dari perut kereta, terus ternganga Adra dibuatnya. Bagaikan sedang bermimpi, dia menampar pipi kirinya.
"Kenapa dalam gambar handsome, nampak depan-depan lagi handsome?" Bisik Adra sendirian. Dia tersenyum sambil memeluk daun pintu memandang figura Rafique yang sedang berjalan mendekatinya.
Rafique yang sedar akan pandangan Adra yang sedang tersengih itu, sekadar menjeling lalu berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menegur gadis itu.
Adra memandang belakang tubuh Rafique. Sesaat, barulah dia tersedar yang dia terlebih gedik di hadapan lelaki itu. Cepat-cepat dia beristighfar.
Rafique masuk ke bilik tidur mamanya. Memang Datin Mariam lebih selesa untuk tidur di bilik di tingkat bawah berbanding di tingkat atas.
Hajah Ameena yang sedang menyelimutkan Datin Mariam yang sudah tertidur itu mendongak memandang pintu. Sangkanya Adra, rupanya Rafique.
Rafique senyum sekilas. Sayu hatinya tiba-tiba tatkala melihat Datin Mariam terbaring lemah di atas katil. Rupanya, memang betullah yang mamanya sedang sakit. Rasa bersalah semakimn menghimpit.
"Raf," panggil Hajah Ameena. Rafique tersedar. Dia menapak perlahan mendekati Datin Mariam yang sedang lena. Sayu sungguh hatinya.
"Umi, umi sihat? Dah lama Raf tak jumpa umi." Ucap Rafique lalu menyalam tangan tua Hajah Ameena.
"Alhamdulillah. Umi sihat. Dah besar dah Raf. Raf sekarang kerja?" Tanya Hajah Ameena sekadar berbasa basi. Dia memandang anak muda di hadapannya itu dengan penuh kasih. Dari kecil, memang dia sudah kenal dengan perangai Rafique. Manja dan keras kepala. Maklumlah, anak tunggal.
"Raf sekarang ada buka gym. Umi, macam mana umi boleh jadi macam ni?" Soal Rafique. Dia memang tak tahu. Waktu dia bertengkar dengan Datin Mariam, mamanya itu kelihatan sihat.
Atau mamanya jadi seperti itu disebabkan dia?
Kedengaran Hajah Ameena mengeluh kecil. "Umi pun tak tahu. Ni pun Pak Mat yang bagitahu Johan pasal Datin. Kalau tak, sampai bila-bila umi tak tahu yang Datin sakit. Lepas umi jumpa Datin, Datin minta umi jaga dia. Raf tak balik jumpa umi ke sampai Raf tak tahu apa yang jadi dekat umi?" Selar Hajah Ameena. Selain daripada Datin Mariam, Hajah Ameena sudah dianggap seperti ibunya sendiri memandangkan semasa dia kecil, Hajah Ameena yang lebih banyak meluangkan masa dengannya berbanding mamanya dan arwah papa Rafique.
Rafique terdiam seribu bahasa. Dia tahu yang Hajah Ameena sedang marahkan sikapnya. Tapi, bukan salah dia seratus peratus.
"Sebelum ni, Raf gaduh dengan mama. Lepastu, Raf terus tak balik rumah jumpa mama." Rafique memandang mamanya. Tangan tua itu digenggam.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...