Usapan lembut pada pipinya membuatkan Adra tersedar dari tidurnya. Melihat senyuman Rafique yang betul-betul berada di hadapan wajahnya menyebabkan Adra bingkas duduk.
"Eh, abang." Ucap Adra sambil menggosok matanya perlahan.
Rafique tersenyum. "Kenapa tidur sini? Tunggu abang?"
Adra membalas senyuman Rafique.
"Taklah. Ara tertidur tadi. Tak perasan boleh terbabas sampai abang balik." Balas Adra. Matanya melirik ke arah jam dinding. Sudah pukul 1.45 pagi.
"Tidurlah kat bilik. Sakit nanti badan awak tidur kat situ." Kata Rafique. Dia masih lagi melutut di lantai.
"Alah, bukan Ara tidur atas lantai pun... Kan Ara tidur atas sofa."
"Ada je nak menjawab." Tersengih saja Adra. Rafique sudah mula bangkit ingin berlalu.
"Abang," panggil Adra.
"Kenapa? Nak abang dukung awak masuk bilik ke?" Soal Rafique nakal.
"Hishhh... tak adanya. Ara rindu mama." Ucap Adra terus. Rafique tersenyum nipis.
"Awak nak jumpa mama ke?"
Laju saja Adra mengangguk.
"Esok boleh?" Hampir melompat si Adra. Gembira bukan main lagi.
"Terima kasih abang! Ara sa--" cepat saja Adra menutup mulut. Hampir terlepas.
"Sa apa?" Soal Rafique. Adra menggeleng. Rafique pula gelak. Macamlah Rafique tak tahu yang Adra nak cakap apa.
"Okaylah. Abang masuk tidur dulu." Kata Rafique lalu berlalu menapak tangga.
"Bye, abang! Good night!" Ucap Adra separuh menjerit. Rafique sekadar membalas dengan mengangkat tangannya sahaja.
✨✨✨
Seawal pagi, mereka sudah sampai ke rumah banglo Datin Mariam. Adra baru nak buat kejutan untuk Datin Mariam, rupanya Rafique dah pun bagitahu yang mereka nak datang. Tak jadilah suprise tu.
"Adra sihat?" Soal Datin Mariam selepas lama memeluk menantu kesayangan.
"Alhamdulillah... mama sihat tak?" Soal Adra pula.
"Samalah mama... sihat juga." Balasnya tersenyum. Mereka sama-sama menapak ke ruang makan.
"Mama buat semua sarapan ni?" Soal Rafique seakan tak percaya.
"Aahlah. Tak percaya?"
"Bukan tak percaya cuma mama tak perlu nak masak banyak-banyak macam ni. Mama pun tak berapa nak sihat." Kata Rafique.
"Mama okay jelah. Jangan risau." Balas Datin Mariam. Rafique menggeleng.
"No. Nanti Raf ambil maid untuk bantu mama."
"Eh, mama tak nak. Mama tak sukalah kalau ada maid." Bantah Datin Mariam. Rafique mengeluh. Dia mengalah sajalah.
"Tak apa, ma. Ara boleh tolong mama." Sampuk Adra.
"Ha, boleh juga. Adra tinggal dengan mama jelah. Nanti mama ada kawan."
Adra tersenyum lebar. "Boleh, boleh. Ara pun bosan duduk rumah."
"Eh, amboi. Awak lupa ke awak dah ada suami?" Soal Rafique tiba-tiba.
Pantas sahaja Adra menoleh lalu tersengih. "Eh, aahlah. Lupa pulak," Adra buat-buat tepuk dahi.
Datin Mariam... tersenyum senang hati. Tak sangka yang mereka sudah berbaik begini. Boleh bergurau sesama sendiri. Lapang dadanya.
Lama juga dia tak berjumpa dengan Adra dan Rafique. Hampir 2 bulan selepas kejadian dia menampar Nadine. Selama itulah, Rafique merajuk dengannya. Tak bercakap malah bertemu dengannya pun tidak. Hari ini, anak lelakinya itu menegurnya seperti biasa. Malah, hari ini juga dia sudah nampak kemesraan yang ditunjukkan Rafique dan Adra.
"Mama?" Teguran Adra mengembalikan Datin Mariam ke alam nyata.
"Mama fikir apa?" Soal Adra.
"Tak, mama tak fikir apa pun. Makanlah." Terus saja Datin Mariam menukar topik.
"Macam mana dengan gym?" Soal Datin Mariam kepada Rafique.
"Macam biasa. Okay je." Jawab Rafique.
Datin Mariam sekadar mengangguk. Seakan buntu apabila tiada topik mahu dibualkan bersama dengan Rafique.
"Adra nak ikut mama pergi spa tak hari ni?" Tanya Datin Mariam dengan senyuman.
"Spa? Em, Ara ikut je." Balas Adra lalu ketawa kecil.
"Dekat sana nanti, Adra boleh minta apa je. Mama bayarkan. Nanti makin sayang Raf dekat Adra."
Terus tersedak Adra mendengar ayat terakhir itu. Rafique pula tersenyum nipis. Datin Mariam berkerut.
"Best, best!" Balas Adra entah apa-apa. Dia mencuri pandang ke arah Rafique.
"Yelah. Raf nak ikut?"
Cepat saja Rafique menggeleng.
"Tak naklah. Daripada pergi spa, baik pergi gym." Balasnya selamba.
"Tapi, jangan lambat-lambat. Nanti Raf balik dari gym, nak terus bawa balik Adra sekali." Sambung Rafique.
"Bagi Adra tidur sinilah. Bukan selalu..." kata Datin Mariam seakan merayu.
"Tempat isteri di sisi suami kan?" Aik, keluar kuasa veto nampaknya si Rafique Iman ni!
Hampir tergelak Adra mendengar ayat Rafique. Dia mengejek Rafique. Buat-buat geli. Padahal suka bila Rafique cakap macam tu.
"Baru nak pinjam menantu mama." Balas Datin Mariam sambil memandang Adra.
"Next time bolehkan mama?" Putus Rafique.
Datin Mariam tersenyum saja. Adra pula mengangkat bahu. Arahan encik suami tak boleh nak bantah. Huhu...
Sorry kalau boring... :)
Votes and comments. TQ!
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...