DIA | 35

26.6K 894 19
                                        

Maka bermulalah kisah Rafique yang cuba nak berbaik dengan Adra. Tapi akan ada part yang betul-betul buatkan Adra rasa broken sangat bila dia rasa yang Rafique dah mula terima dia. Dan time tu juga, Afiq muncul. Tapi bukan dalam bab ni, okay.

So enjoy...

Rafique berjalan mendekati pintu bilik Adra yang terbuka sedikit. Dia cuba mengintai di sebalik bukaan itu. Kelihatan Adra sedang duduk di bangku meja belajar sambil merenung sekeping gambar yang ada pada tangannya.   

"Abah, Ara rindu sangat dekat abah. Ara ada satu benda nak bagitahu abah ni. Kan Ara dapat result cemerlang SPM kan, Ara ingat Ara nak sambung belajar nanti. Ara nak jadi cikgu. Tapi buat masa ni, Ara tak dapat nak sambung sebab Ara nak cari duit sendiri. Ara dah tak nak dah susahkan sesiapa." Adra mengusap sekeping gambar milik abahnya. Walaupun gambar itu sudah sedikit lusuh, yang penting wajah abahnya masih terlihat jelas. 

Rafique mencuri dengar kata-kata Adra. Dia sedikit tersentuh. Mungkin gadis itu selalu luahkan perasaannya pada sekeping gambar yang tidak bernyawa itu.

"Abah tahu tak, sampai sekarang abang Raf masih marahkan Ara. Ara dah cuba nak berbaik dengan abang Raf tapi abang Raf tak layan juga. Ara sendiri tak tahu kenapa Ara ni sukakan dia. Ara cintakan abang Raf walaupun abang Raf tu benci kat Ara. Tapi, hari-hari Ara berdoa dan berharap supaya Allah lembutkan hati abang Raf satu hari nanti. Ara dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Abah dah jauh dengan Ara,"

Rafique tersandar pada dinding luar bilik tidur Adra. Dia memejamkan matanya. Setiap kata-kata Adra itu betul-betul membuatkan hatinya ingin menangis. Dia tak kisah kalau gadis itu sukakan dia, tapi dia sedih apabila gadis itu meluahkan perasaan pada sekeping gambar. Gadis itu memang keseorangan.

Dengan langkah lemah, dia berjalan menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya. Ayat-ayat Adra itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Betapa mulianya hati Adra. Barulah Rafique sedar bahawa dia perlu menjaga gadis itu sepenuhnya. Walaupun dia tidak cintakan gadis itu, tapi dia akan jaga Adra. Segala tekadnya untuk tidak bahagiakan Adra segera diusir jauh. Sekarang, dia ada tekad baru. Dia perlu bahagia  gadis itu.

Adra menyimpan gambar milik arwah abahnya di tempat biasa. Dia keluar dari bilik tidur dan menyingkap langsir pada dinding kaca untuk melihat kereta Rafique di perkarangan. Rupanya lelaki itu sudah pulang.

"Oh, mak kau!" Latah Adra separuh menjerit tatkala dia berpusing ke belakang semula. Mana taknya. Rafique berdiri tegak di tangga sambil memandangnya dengan pandangan tajam. Segera diusap dadanya bagi menenangkan diri sendiri.

"Ish, abang ni. Ara ingat hantu Korea manalah sesat dalam rumah ni. Bila abang balik? Sorrylah, Ara tak perasan abang balik." Adra tersengih.

Rafique bergerak ke arah sofa. Remote televisyen diambil lalu televisyen dionkan. "Kau asyik terperap je dalam bilik mana tak perasan aku dah balik." Gumam Rafique namun Adra masih lagi boleh menangkap apa yang dikatakan Rafique.

"Hihi.. sorrylah. Abang dah makan? Tapi Ara tak masak hari ni sebab bahan untuk masak semua dah habis." Kata Adra yang masih lagi tercegat berdiri.

"Apa motif kau tanya aku dah makan kalau dah tahu kau tu tak masak?" Soal Rafique sambil menjeling Adra. Adra mempamerkan sengihannya.

"Kenapa tak cakap yang bahan dapur dah habis?" Soal Rafique menyebabkan Adra tersentak sedikit.

"Ni dah tahukan," jawabnya selamba. Rafique menjeling sekali lagi. Pandai menjawab sekarang ni.

"Asyik jeling je abang ni. Nanti juling mata tu tak tahu." Gurau Adra.

"Biarlah. Dah, kau pergilah bersiap. Kita pergi belanja barang dapur." Ujar Rafique yang sudah bangkit berdiri.

Adra yang mendengar arahan Rafique terus berdesup berlari masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Rafique menggeleng sambil tersenyum melihat telatah Adra.

✨✨✨

Mereka sampai di Econsave pada jam 8.30 malam. Adra terasa awkward apabila berjalan di sebelah Rafique. Apatah lagi semua mata memandang ke arah mereka. Tapi, sebenarnya mereka sedang memandang Rafique. Tak dinafikan yang Rafique nampak kacak dengan t-shirt putih berjenama Polo tersarung kemas pada tubuh tegapnya.

Mereka masuk ke bahagian penyimpanan makanan sejuk beku. Rafique mencapai dua paket nugget ayam lalu diletakkan ke dalam troli yang disorong Adra. Sesekali dia mencuri memandang Adra yang sememangnya tidak perasan akan perbuatannya itu.

Rafique melihat ke dalam troli yang sudah hampir penuh itu. Dia berfikir sejenak mengingati semula barang yang perlu dibeli.

"Ada apa-apa lagi tak nak beli?" Soal Rafique kepada Adra.

"Em... tak ada rasanya sebab semua macam dah cukup."

Setelah selesai membuat bayaran, mereka mula berjalan keluar tetapi Rafique meminta Adra menunggunya sementara dia ke tandas.

"Tunggu sini jap. Aku nak pergi toilet." Terus dia berlalu meninggalkan Adra. Kerusi yang disediakan di satu ruang itu dituju. Terus Adra labuhkan duduknya di situ.

"Assalamualaikum, Adra kan?"

Adra mengangkat kepalanya tatkala namanya diseru. Seorang lelaki yang tersenyum ke arahnya membuatkan Adra berkerut. Lama diamati wajah itu. Macam kenal.

"Walaikumsalam, err..."

"Saya Afiqlah. Kawan sekolah awak dulu. Tak ingat?" Soal Afiq teruja. Tak sangka yang dia akan bertemu dengan seorang gadis yang dulunya pernah bertakhta dalam hatinya.

Adra cuba mengingat. "Oh! Ya. Ingat."

Afiq ketawa kecil. Wajah itu masih lagi comel seperti dulu. Wajah ini tidak pernah padam dalam ingatannya malah hatinya sama.

"Dah lama tak jumpa awak. Datang dengan siapa ni?" Soal Afiq.

"Saya datang dengan su--" terus Adra tertunduk. Hampir sahaja dia terlepas. Dia masih ingat lagi tentang amaran Rafique yang tak mahu sesiapa tahu tentang perkahwinan mereka.

"Su? Siapa tu?" Soal Afiq pelik. Adra tersengih. "Saya datang dengan kawan saya. Su nama dia. Dia pergi mana entah. Tu yang saya tunggu dia dekat sini." Tersengih-sengih Adra berkata.

"Oh, ingatkan suami tadi sebab awak pakai cincin." Kata Afiq.

Gulpp! Adra tertelan liur. Terus disembunyikan tangan kanannya ke belakang. "Saya saja je pakai cincin ni."

"Tahu sebab sekarang perempuan memang suka sangat pakai cincin walaupun diorang belum kahwin atau bertunang, kan."    

Adra sekadar mengiyakan sahaja. Dia masih lagi menantikan Rafique. Berak batu agaknya.

"Okaylah, Adra. Saya kena gerak. So, boleh saya nak nombor telefon awak?" Pinta Afiq. Adra cepat-cepat menggeleng.

"Saya minta maaf, Afiq. Saya tak pakai telefon." Kata Adra dan Afiq cuma tersenyum sambil mengangguk faham.

"Tak apa. Kalau macam tu, saya pergi dulu. Jumpa lagi. Bye."

"Bye." Adra menarik nafas lega. Barulah dia dapat bernafas dengan tenang sekarang ini.

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang