DIA | 13

23.5K 966 11
                                        

Media:
Rafique Iman.

"Doktor, macam mana keadaan mama saya? Makin okay atau tak?" Tanya Rafique sewaktu dia menghantar Doktor Imran iaitu doktor peribadi yang merawat Datin Mariam ke muka pintu.

Doktor Imran mengeluh perlahan. "Seperti yang kita tahu, Datin Mariam menghidap angin ahmar jenis Hemorrhagic iaitu pendarahan dalam otak yang menyebabkan Datin Mariam lumpuh separuh badan dan sukar untuk bertutur."

"Apa doktor? Hemorrhagic? Sorry, saya tak faham."

Doktor Imran tersenyum nipis. "Jadi maksudnya Encik Raf tak tahulah yang Datin Mariam menghidap stroke Hemorrhagic?" Soal Doktor Imran dan ternyata, soalan daripada doktor lelaki itu betul-betul membuatkan Rafique sentap. Terus dia menunduk.

"Okay, macam nilah, Encik Raf. Sebenarnya, pihak hospital mencadangkan supaya Datin Mariam ditahan di wad untuk memudahkan kami memantau keadaan Datin Mariam. Tapi, waktu hari pertama Datin Mariam disahkan menghidap stroke, Datin Mariam minta untuk dibawa pulang ke rumah sebab kata Datin, dia lebih selesa kalau dirawat di rumah. Jadi, kami pihak hospital terpaksa akur bagi menghormati keputusan Datin Mariam sebab tu saya ditugaskan untuk datang memeriksa Datin Mariam setiap minggu." Panjang lebar Doktor Imran memberi penjelasan. Rafique menghela nafas berat kemudian perlahan-lahan dia mengangguk.

"Thanks doc. Apa-apa nanti saya akan contact doktor dan saya akan bincang dengan mama macam mana."

Doktor Imran sekadar mengangguk kemudian tersenyum. Sempat dia menyentuh bahu Rafique barulah dia berlalu dari situ.

Rafique termenung sekejap. Dia pernah dengar tentang penyakit angin ahmar jenis Hemorrhagic. Setahunya, angin ahmar jenis itu perlukan pembedahan. Rafique memejamkan mata. Terasa segala beban kesalahan itu betul-betul menyesakkan dadanya. Dia memang bersalah.

"Abang Raf," perlahan sahaja suara Adra. Dari tadi dia sudah berdiri di belakang lelaki itu cuma lelaki itu saja tidak menyedari kehadirannya.

Rafique menoleh. Dia memandang Adra tanpa perasaan. "Ada apa?"

"Umi panggil Abang Raf dekat dalam." Tanpa membalas ayat Adra, terus sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan Adra yang terkulat-kulat di situ.

"Ceh, berlagak. Senyum pun tak ada. Tapi tetap handsome." Bebel Adra. Kemudian, dia tergelak sendirian.

✨✨✨

Setelah puas memujuk Datin Mariam, akhirnya Datin Mariam akur untuk ditahan di wad supaya senang untuk dipantau pihak hospital. Dan disebabkan itu juga, keputusan telah dibuat oleh Rafique untuk melakukan pembedahan ke atas Datin Mariam sebelum keadaan kesihatannya semakin rumit.

"Raf, apa kata doktor?" Soal Hajah Ameena. Dia dan Adra tadi menunggu di ruang menunggu di hadapan wad Datin Mariam sementara Rafique berjumpa Doktor Imran untuk perbincangan lanjut.

Rafique mengambil tempat di sebelah Hajah Ameena. Matanya merenung pintu wad Datin Mariam.

"Mama akan dibedah. Mungkin esok." Jawab Rafique perlahan namun masih boleh didengar oleh Hajah Ameena.

"Allahuakbar," ucap Hajah Ameena sedikit terkejut. Sebak dadanya.

"Doktor cakap, otak kiri mama bengkak jadi doktor buat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat selamatkan mama. Kita tak ada pilihan lain, umi. Kalau ada pun, mungkin akan jadi lagi buruk." Tanpa Rafique sedar air matanya mengalir perlahan. Kepalanya disandarkan pada dinding tempat dia duduk.

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang