Media:
Nur Adra.Tepat jam 7 pagi, Datin Mariam dimasukkan ke dalam dewan pembedahan dan Doktor Imran memberitahu bahawa pembedahan ini merupakan major operation. Rafique, Hajah Ameena, Adra, Adila dan Pak Mat turut berada di hospital. Masing-masing memberi kata-kata semangat buat Rafique.
Tepat jam 11 tengah hari, berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Selesai sahaja pembedahan, terus Rafique berjumpa dengan Doktor Imran yang baru sahaja keluar dari dewan pembedahan.
Datin Mariam selamat menjalani pembedahan dan sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor. Tetapi, Datin Mariam masih lagi tidak sedarkan diri. Kemungkinan besar, mengambil masa hingga 3-4 hari untuk Datin Mariam sedar. Rafique reda.
Doktor Imran memberitahu bahawa sel-sel otak di bahagian otak kirinya telah mati dan ada 3 kemungkinan yang akan jadi pada Datin Mariam iaitu tidak dapat mengingat siapa dirinya dan ahli keluarganya, boleh mengingat tetapi cepat lupa dan akhir sekali mengalami masalah pertuturan.
Perasaan sedih terus menghurung hospital ketika itu. Seakan tak percaya dengan apa yang diberitahu Doktor Imran. Apa yang Rafique harapkan ialah semoga mamanya akan mengingat dirinya dan semua orang.
Buat masa sekarang memang dia jarang pulang ke rumah. Dia hanya bermalam di hospital sementara Hajah Ameena turut sama membantu menjaga Datin Mariam.
"Raf, doa banyak-banyak. Semoga mama cepat sedarkan diri. Raf kena banyak berdoa untuk mama." Nasihat Hajah Ameena. Waktu itu, mereka duduk di ruang menunggu memandangkan doktor tidak membenarkan terlalu ramai yang masuk ke dalam bilik Datin Mariam.
Rafique mengangguk lemah. Baginya, ini semua salah dia. Salahnya apabila Datin Mariam jadi begini. Apa yang dia harapkan sekarang ialah supaya Datin Mariam cepat-cepat sedar dan dia ingin segera memohon maaf.
✨✨✨
Nadine menapak masuk ke dalam pusat gym milik Rafique. Dari semalam dia cuba menelefon Rafique, namun sampai sekarang panggilannya tidak diangkat. Wajah pertama yang dia cari di pusat gym itu sudah tentulah Carl, kawan baik Rafique.
"Hye, pretty. How are you?" Soal Carl sambil merenung Nadine di hadapannya.
Nadine tidak menjawab malah matanya terus meliar ke sekeliling. Manalah tahu Rafique ada di situ.
"I cari Raf. Dia ada sini?"
Carl berpeluk tubuh. Senyumnya senget sedikit sambil badan disandarkan di meja kaunter. "Well, as you look now, Raf tak ada dekat sini. Mama dia baru je habis operation. You tak tahu ke?"
Nadine membalas pandangan Carl. "I tahu cuma I call dia banyak kali, tapi dia langsung tak angkat. I risau." Jawab Nadine sambil dahinya dikerutkan.
"Biasalah tu. Dia kan tengah jaga mama dia. I sendiri tak dapat nak call dia." Kata Carl. Kemudian, dia menarik tangan Nadine lalu bergerak di satu sudut yang ada kerusi dan meja di situ. Nadine yang agak terpinga-pinga terus mengikut langkah Carl.
Carl mendudukkan Nadine di kerusi lalu barulah dia duduk di kerusi berhadapan dengan gadis secantik Nadine.
"Apa you ni? I nak baliklah." Protes Nadine. Baru sahaja dia ingin bangkit dari duduknya, cepat-cepat Carl menghalang.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...