DIA | 19

20.2K 860 7
                                    

Media:
Rafique 😍
(Man's not hot? Em)

Langkah kaki dilajukan. Dia cuba mengejar langkah Nadine namun gadis itu terlalu pantas berjalan. Tanpa berputus asa, dia kejar juga gadis itu lalu lengan Nadine ditarik dari belakang.

"Apa ni Raf?" Soal Nadine kasar. Sebolehnya, dia tak nak jumpa Rafique buat masa ini. Sebabnya, satu - dia masih marahkan Rafique tentang tempoh hari. Atau lebih senang dia masih merajuk. Dua - dia malu berhadapan dengan Rafique setelah apa yang berlaku pada dia tiga hari yang lepas. Dia tak sanggup nak ingat balik memori hitam itu.

"Why, Nad? Why you being like this? I'm sorry about that." Keluh Rafique. Dia rasa betul-betul bersalah sangat.

Nadine sedar bukan salah Rafique. Rafique menjadi mangsa keadaan. Rafique memang tidak tahu apa-apa tentang itu. Tapi Nadine, dia lebih selesa untuk mendiamkan diri.

"Please, Nad. Say something." Gesa Rafique. Bagai hilang nyawa bila gadis pujaannya itu diam seribu bahasa. Tanpa menunggu lama, tubuh Nadine dirangkul erat. Nadine tidak terkejut malah perlahan-lahan dia membalas pelukan Rafique. Dia menangis.

Rafique dengar bunyi esakan Nadine. Dia membiarkan. Digosok belakang tubuh Nadine bagi memberi sedikit ketenangan buat gadis itu.

Setelah agak lama berpelukan, Nadine melepaskan pelukannya sekaligus pelukan Rafique turut terlerai. Dia mengelap air matanya dengan belakang tapak tangan.

"You maafkan I?" Soal Rafique sambil merenung wajah Nadine.

"Tak semestinya I balas pelukan you, I nangis dekat you, I akan maafkan you. I'm still mad at you. Its hard for me to accepted what your mom said to me." Balas Nadine tidak memandang Rafique. Tangannya masih digenggam Rafique.

"Okay. I bagi you masa lagi. You ambillah masa berapa lama sekali pun, asalkan you dapat maafkan I. I minta maaf bagi pihak mama I." Ucap Rafique bersungguh.

Nadine mengangguk. Kemudian dia berlalu meninggalkan Rafique di situ tapi Rafique sempat menarik lengannya semula. Nadine membuat muka menyampah.

Sejujurnya, dia rindukan Rafique. Rasa seperti ingin dikucup wajah itu. Tapi dia tahu Rafique bukan senang-senang boleh dicium sesuka hati. Pelukan tadi pun kira dia beruntung. Kalau tidak, jangan haraplah.

"Lunch dengan I?" Pelawa Rafique. Nadine mengangguk lambat. Terus melebar senyuman Rafique.

✨✨✨

Adra dan Adila masuk ke pusat beli belah IOI Mall. Memandangkan hari ini restoran tutup, jadi Adila mengajak Adra keluar berjalan-jalan bagi mengisi masa lapang mereka. Lagipun, semenjak Adra tinggal dengan mereka, belum lagi Adra keluar berjalan di sekitar Kuala Lumpur ini.

Mereka masuk ke setiap butik yang ada di pusat beli belah itu. Walaupun tidak terlalu banyak barang yang dibeli, tapi sekadar mencuci mata, tak salahkan?

Adra pula banyak membeli tudung. Tu pun Adila yang bayar. Naik segan Adra dibuatnya. Bukannya biasa-biasa harga tudung yang dibeli itu.

"Ara!"

Langkah Adra dan Adila terhenti sebaik sahaja nama panggilannya dilaung kuat dari belakang. Segera Adra menoleh. Dari jauh, kelihatan seseorang sedang berlari lalu memeluknya.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now