DIA | 55

27.4K 887 11
                                    

Rasa sakit di hati hanya Tuhan yang tahu. Betapa hancurnya hati tatkala dia mendengar segala pengakuan Rafique walaupun bukan di hadapannya, tetapi tetap memberikan kesan yang teramat dalam.

Selesai menulis sebuah nota kemudian diletakkan di atas meja bersebelahan katil Datin Mariam, pandangannya tertumpah buat Datin Mariam.

"Mama... tskk--tskk.. terima kasih.. terima kasih atas segalanya. Ara minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau.. tsk--tskk.. Ara ada buat salah.. Ara tak mampu jadi isteri yang baik buat abang Raf. Terima kasih sebab mama... tskk--tskk.. mama sudi terima Ara..." kemudian, dicium lama dahi Datin Mariam. Segera diseka air matanya yang mengalir deras.

Terus langkah diatur laju keluar dari wad itu. Adra tidak lalu di kawasan Rafique, malah dia sanggup mengambil jalan yang jauh sedikit supaya dapat mengelakkan diri daripada Rafique. 

Perkahwinan tanpa cinta yang dibina hampir 6 bulan itu cukup membuatkan Adra rasa macam-macam. Selama apa yang dia pendam, seolah tak dapat untuk ditahan lagi. Walau rasa cintanya utuh buat lelaki itu, namun rasa kekecewaannya yang teramat dalam itu mengaburi rasa cintanya.

Mungkin ini yang tertulis untuk Adra. Tiada istilah bahagia dalam hidup Adra dari dulu hingga sekarang. Walau rasa bahagia itu pernah muncul tetapi ia hanya sekejap.

Terus nombor telefon Lily didail. "Hello, Ly. Tolong ambil aku sekarang dekat Hospital Kuala Lumpur. Ambil cepat, Ly." Teresak-esak Adra sambil kakinya diatur laju untuk keluar dari perkarangan hospital. Pandangan orang lalu lalang tidak dihiraukan.

"Ra, kau okay tak ni? Kenapa kau macam nangis je ni?" Soal Lily kalut.

"Tolong ambil aku cepat. Aku dah tak sanggup tunggu lama-lama dekat sini." Rayu Adra untuk kesekian kalinya.

"Oh, okay okay. Dalam 20 minit aku sampai." Beritahu Lily. Mujur sekarang dia ada di Kuala Lumpur memandangkan dia mengikut kakaknya semalam.

Adra menapak tanpa menoleh ke belakang lagi, jauh dari hospital. Keputusan ini dirasakan tepat untuk dirinya sekarang. Dia nekad. Dia akan pulang ke kampung. Walau apapun yang terjadi, dia akan sehabis nekad.

Rasa kecewa masih lagi terasa. Dia fikir selama ini, Rafique berbaik dengannya disebabkan lelaki itu sudah sedar akan status dan tanggungjawabnya. Rupanya, selama ini hanyalah rasa simpati dan belas kasihan yang mendorong Rafique untuk berbaik dengannya.

Bukan itu yang Adra mahu. Dia mahu Rafique berbaik dengannya atas sebab lelaki itu sedar siapa dirinya walaupun peratus untuk lelaki itu sayangkan dirinya mungkin 0.01 peratus. Tetapi, sekurang-kurangnya bukan atas dasar simpati. Sesungguhnya, Adra benar-benar rasa kecewa.

Walaupun pada akhirnya, lelaki itu mengaku yang dia cintakan dirinya tapi entah kenapa Adra sendiri tak yakin dengan kata-kata Rafique. Dia tak akan sesekali meletakkan harapan setinggi langit terhadap Rafique. Dia masih ingat lagi pesan lelaki itu. Dan walaupun lelaki itu sudah mengaku cintakan dirinya, tetapi dia tetap kecewa.

Bunyi hon kereta memeranjatkan Adra. Setelah melihat wajah Lily, terus dia masuk ke dalam kereta Kancil milik Lily. Adra diam tanpa membunyikan sepatah kata.

"Ara, kau kenapa? Aku risaulah..." ujar Lily yang sememangnya tampak risau itu.

"Aku nak balik rumah aku. Aku nak jumpa ibu." Balas Adra, dingin. Lily  sekadar mengangguk. Terus dipandu kereta menuju ke kampung mereka.

✨✨✨

"Doktor, pesakit bilik 110 dalam kritikal." Kata seorang jururawat tergesa-gesa. Suasana di bahagian itu agak kecoh.

Rafique dan Carl yang mendengarkan itu terus bangun. Dada Rafique berdebar-debar setelah terdengar tentang nombor bilik yang disebut jururawat tadi.

Nombor 110 merupakan bilik Datin Mariam.

Tidak menunggu lama, terus Rafique berlari mendapatkan Dr. Azila yang ingin masuk ke bilik Datin Mariam.

"Maaf, Encik Raf. Tolong tunggu luar." Ucap Dr. Azila serius. Rafique terpaksa akur.

Dalam hatinya, tidak putus-putus dia berdoa untuk mamanya. Debaran di dada semakin memukul hebat.

"Raf, kau duduklah dulu." Pujuk Carl perlahan namun tidak dihirau Rafique.

Seketika, Rafique tersedar. "Adra... mana Adra? Kau nampak dia tak?"

Terus digeleng Carl. Rafique menyebak rambut ke belakang. Masih menanti doktor dan jururawat di dalam.

Tidak lama selepas itu, Dr. Azila keluar dari wad. Rafique terus sahaja berdiri. Dadanya semakin berdebar apabila melihat wajah suram Dr. Azila.

"Kami minta maaf, Encik Raf. Kami dah cuba sehabis baik. Allah lebih sayangkan Datin Mariam."

Bagaikan petir yang berdentum, terus Rafique longlai dan jatuh melutut di atas lantai. Segera Carl memaut bahu Rafique. Rafique seakan terkesima. Dia kehilangan kata-kata.

"Saya jumpa kertas ni dekat atas meja. Mungkin milik Encik Raf." Dihulur sekeping kertas yang berlipat itu kepada Carl.

"Saya pergi dulu. Ada perkara yang saya perlu uruskan." Pamit Dr. Azila kemudian beredar dari situ.

"Ma-- mama! Mama!" Jerit Rafique seakan orang yang dirasuk. Terus sahaja Carl menahan tubuh Rafique yang mahu menghentak tubuhnya ke dinding. Rafique teresak-esak. Dia sudah kehilangan orang tersayang.

"Raf, sabar, Raf! Ingat Tuhan."

"Ya Allah..." pilu. Terhinjut-hinjut bahu menahan esakan. Saat ini, dia hanya mahukan mamanya. Seribu rasa penyesalan di hati bagaikan menghantui dirinya. Dia tidak sempat berbuat baik dengan mamanya. Dia tidak sempat meminta maaf dengan mamanya. Yang pasti, dia mahu menebus segala silapnya. Namun, Tuhan lebih menyayangi Datin Mariam.

Suasana di situ turut hiba. Masing-masing terdiam. Hanya bunyi esakan daripada Rafique. Hiba dan pilu.

'Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali.'

Votes and comments. TQ🙃

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now