DIA | 24

20.6K 774 18
                                    

"Sabarlah, Nad. I tahu yang you stress sekarang ni." Pujuk Cindy. Risau dia apabila melihat Nadine yang dari tadi meneguk minuman keras itu. Mata Nadine turut merah.

"Cindy, you tahu tak apa yang I rasa sekarang ni? Tsk-- tsk-- sampai hati Raf buat I macam ni." Teresak-esak Nadine meluahkan apa yang sedang dia rasai sekarang. Bagaikan berkecai hatinya tatkala mengetahui yang Rafique sudah berkahwin. Dahlah tak bagitahu dia, tahu-tahu saja dah kahwin. Kalau bukan Carl yang mesej, mesti dia tak tahu.

Cindy masih lagi memujuk. Baran juga dia lepas apa yang Rafique buat dekat Nadine. Nadine ni cantik. Model pulak tu. Cindy menggeleng.

"Sudahlah, beb. Kau kena jumpa Raf and tanya dia betul-betul." Pujuk Cindy. Dia merampas gelas yang ada di tangan Nadine. Takut kalau Nadine mahu meminumnya lagi.

✨✨✨

Sarapan yang sudah siap dibuat oleh Adra sudah terhidang di atas meja. Nasi goreng dengan roti bakar. Simple tapi nampak menyelerakan.

Datin Mariam yang dari tadi duduk memerhatikan Adra membuat kerja, tersenyum puas. Suka dia melihat gaya gadis itu yang tidak kekok dalam melakukan kerja rumah.

"Mama nak makan apa? Ara boleh ambilkan," kata Adra sambil tersenyum.

"Mama nak roti bakar jelah." Lalu Adra meletakkan sekeping roti bakar di atas pinggan Datin Mariam.

"Mana Raf? Dia dah bangun?" Soal Datin Mariam tanpa memandang Adra.

"Err... belum rasanya. Biar Ara kejutkan," ucap Adra lalu bangkit dari duduknya namun sempat dihalang Datin Mariam.

"Biar je. Mungkin dia penat lagi kot." Kata Datin Mariam. Adra akur lalu kembali duduk. Dia menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut.

Selang beberapa minit, Rafique turun lalu menyertai mereka berdua bersarapan. Adra sedikit kekok apabila perlu menyediakan sarapan buat Rafique. Dia sekadar mengambil dua keping roti bakar buat lelaki itu.

"Lambat bangun?" Tanya Datin Mariam. Rafique sekadar tersenyum nipis.

"Oh ya, SPM Adra berapa? Lupa mama nak tanya."

"Err, 7A.." lambat-lambat Adra menjawab. Segan tiba-tiba.

Datin Mariam tersenyum lebar. "Bagus... nak sambung belajar tak?" Soal Datin Mariam. Adra memandang Datin Mariam dengan seribu persoalan. Lambat juga dia mengangguk.

Mestilah nak. Memang itu impian dia.

"Adra minat apa?" Tanya Datin Mariam lagi.

"Ara minat jadi cikgu sebab arwah abah pernah minta Ara jadi cikgu." Adra tersenyum kecil. Datin Mariam mengangguk-angguk. Rafique sekadar diam, tidak berminat untuk masuk campur.

"Mama pun minat cikgu. Tapi arwah ayah mama dulu suruh mama belajar bisnes. Jadi, mama terpaksalah ambil bisnes. Raf ni, mama suruh dia ambil bisnes juga, jadi nanti bolehlah dia uruskan butik mama dekat Johor. Tapi dia tak nak. Dia lebih minat nak buka pusat gym." Tersenyum Datin Mariam memandang Rafique.

Rafique cuba mengawal riak wajah. Lagi sikit je dia nak tersedak bila Datin Mariam tiba-tiba menyebut namanya. Adra sempat mencuri pandang Rafique di hadapan. Nak gelak tengok muka merah Rafique itu. Mesti nak cendol HAHAHAHAHA

"Minat, ma. Raf minat gym." Ucap Rafique perlahan. Sebal juga tiba-tiba dia dikaitkan sekali. Bunyi telefon berdering membantutkan niat Datin Mariam ingin bersuara apabila melihat Rafique yang sudah tergesa-gesa bangun dan berlalu ke depan. Adra turut memandang pelik.

Rafique datang semula, juga dengan keadaan tergesa-gesa. Dia pantas menyalam tangan Datin Mariam yang sedang terpinga-pinga.

"Kenapa ni Raf?" Soal Datin Mariam risau.

"Raf ada hal. Raf pergi dulu," ucap Rafique lalu berlalu dari ruang makan.

Adra. Dia teringin nak salam tangan Rafique iaitu tangan suaminya sendiri. Walaupun sebenarnya dia tahu yang Rafique sendiri tak mahu dia berbuat begitu.

✨✨✨

Rafique berebut-rebut masuk ke dalam apartment Nadine. Bila dia mendapat panggilan daripada Cindy yang menyatakan Nadine dalam keadaan kurang sihat, terus rasa risau menyelubungi dirinya.

"Cindy, mana Nad?" Soal Rafique waktu terlihat Cindy di ruang tamu. Cindy pula menghela nafas lega.

"Nasib baik you sampai awal. Dari semalam Nad asyik meracau nama you lepastu menangis sebut nama you. I sendiri tak tahu buat apa tu yang I call you." Kata Cindy. Dia membawa Rafique ke bilik Nadine.

Sayu hati Rafique melihat sekujur tubuh Nadine yang terbaring lemah di atas katil. Dia meraup wajahnya, sedar ianya salah dirinya sendiri. Cindy yang memerhati Rafique terus berlalu meninggalkan dua orang itu. Dia ingin memberikan ruang buat mereka berdua.

Rafique menghampiri katil Nadine dan terus mengusap perlahan kepala Nadine. Sesekali pipi gadis itu turut diusap.

Nadine terasa tidurnya terganggu. Apabila matanya dibuka, wajah yang dia rindui sudah ada di depan mata. Terus tubuh Rafique dipeluk sambil dia menangis teresak-esak.

"Raf......"

Rafique membalas pelukan Nadine. Hatinya turut dipagut sayu. "Ya, sayang... I kat sini.." pujuk Rafique.

"Raf... mana you pergi selama ni? I... I rindu you.." ucap Nadine dalam esakannya. Wajah Rafique di depan ditatap penuh rindu. Rafique memberikan senyuman manis. Dia mengusap wajah Nadine.

"I'm sorry, baby. I janji yang I takkan tinggalkan you lagi." Pujuk Rafique.

"Raf, betul ke you dah kahwin?"

Soalan Nadine itu telah mematikan seluruh urat saraf Rafique. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus keluar.

"Macam mana you tahu?"

"Tu tak penting, Raf... I cuma nak tahu betul ke tak?" Soal Nadine. Air matanya terus mengalir.

"Yes, baby. Tapi ni semua permintaan mama I. Jadi, I terpaksa ikut demi mama. Tapi, percayalah yang I langsung tak ada rasa apa-apa lepas kahwin dengan perempuan tu." Kata Rafique.

"Siapa perempuan tu? Kenapa you tak tolak permintaan mama you? Habis I macam mana?" Bertalu soalan yang keluar dari mulut Nadine. Dia menggoncangkan lengan Rafique meminta agar lelaki itu segera menjawab.

"You tak perlu tahu siapa perempuan tu. That girl is not important for us. Apa yang penting, I tetap ada untuk you. I tetap cintakan you. Okay, sayang?" Rafique masih lagi memujuk.

Nadine tersenyum nipis lalu terus tubuh Rafique diraih ke dalam pelukan sekali lagi.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now