"Ada something ke yang buat you tersenyum-senyum ni?" Tegur Cindy yang sudah duduk di sofa sambil memegang mug di tangannya.
Nadine menoleh ke arah Cindy dengan senyuman. "Well, I dah dapat plan baru." Kata Nadine. Cindy mula tertanya-tanya.
"Wait, wait. Plan apa ni? Kenapa I tak tahu?" Soal Cindy. Mug diletakkan di atas meja. Fokusnya kini terarah ke arah Nadine yang terbaring di sofa.
"Plan untuk hapuskan orang tua tak guna tu. I dah mula benci dengan orang tua tu. Tunggulah dia nanti. Dia belum kenal siapa Nadine." Nadine tersenyum sinis. Cindy semakin bingung.
"I tak fahamlah, Nad. You nak hapuskan siapa pula ni?" Soal Cindy. Nadine tidak menjawab malah dia semakin tersenyum. Baginya, Cindy tak perlu tahu tentang rancangannya.
Dia yakin yang rancangannya ini akan berhasil tidak lama lagi. Dan bila berhasil, bolehlah dia berbahagia dengan Rafique nanti. Bila teringatkan tentang kandungannya, Nadine semakin tersenyum jahat. Sebenarnya, dia tidak mengandung pun. Dia tipu Carl supaya dia dapat memperbodohkan lelaki itu.
'Kesian you Carl kena tipu hidup-hidup dengan I. So sad...' Nadine ketawa jahat dalam hati.
✨✨✨
Rafique melangkah masuk ke dalam restoran Adila di mana tempat pertemuannya bersama dengan Lily. Melihatkan Adila yang sudah menunggu di tempat yang sama ketika tempoh hari, terus Rafique ke situ.
Di sebelah Adila, terdapat seorang gadis bertudung yang turut sama memandangnya. Lily tersenyum.
"Lily?" Soal Rafique dan Lily mengangguk. Mereka terus duduk di tempat masing-masing. Rafique duduk berhadapan dengan Lily manakala Adila di sebelah Lily.
"Err, betul ke encik ni suami Adra?" Soal Lily. Sewaktu diberitahu Adila bahawa Adra sudah berkahwin, Lily memang terkejut. Seakan tak percaya dengan apa yang didengarnya.
Rafique mengangguk perlahan. Akhirnya, dia sendiri yang melanggar janji bahawa tiada siapa yang perlu tahu tentang perkahwinan mereka tetapi nampaknya Lily sudahpun tahu.
"Panggil je saya Raf." Kata Rafique dan Lily mengangguk. Pelayan datang untuk menghantar minuman buat Lily. "Kau nak minum apa-apa tak?" Soal Adila kepada Rafique. Namun, lelaki itu menggeleng tanda tidak.
"Boleh kita mula sekarang?" Soal Rafique setelah pelayan restoran itu berlalu.
"Boleh."
"Okay macam ni. Actually, saya nak tahu semua kisah Adra yang awak tahu. Saya perlu tahu tentang dia." Kata Rafique. Lily terus memandang Adila di sebelahnya. Seakan sukar mengerti dengan cara permintaan Rafique itu. Kata suami tapi takkan kisah hidup isteri sendiri tak tahu?
"Lily cerita je. Nanti yang lain tu akak ceritakan nanti." Kata Adila. "Oh, okay kak."
Lily memandang Rafique di depan. Lelaki itu sangat berharap supaya dia segera menceritakan kisah hidup Adra.
"Dari kecil Ara tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Abah dia meninggal masa umur dia 7 tahun. Meninggal sebab cuba nak selamatkan Ara yang hampir nak lemas. Sejak dari hari tu, ibu dia terus benci dekat Ara. Bagi ibu dia, Ara tu ibarat bawa malang. Tak pernah nak senangkan dia. Ibu dia kahwin lain lepastu. Sampailah Ara besar, Ara selalu je kena marah, kena tengking dengan ibu dia. Ara tak nak pun macam tu, tapi dia terpaksa hadap semua tu. Walaupun Ara tak pernah cerita dekat saya, tapi saya tahu apa yang Ara lalui." Lily menghentikan penceritaannya sebentar. Dia termenung mengenang kenangan ketika dia masih bersekolah dulu.
"Ara memang baik. Dia pendiam tapi dia tak pernah susahkan sesiapa. Bagi dia, dalam hidup dia cuma ada arwah abah dengan ibu dia je walaupun dia tahu ibu dia tu memang benci sangat dia. Lepas kitorang habis periksa, saya kena ikut mak cik saya stay KL dan kitorang terputus hubungan macam tu. Sampailah saya balik kampung, waktu tu Ara dah tak ada dekat rumah dia. Bila saya tanya dekat ibu dia, ibu dia langsung tak bagitahu. Bila saya tanya ayah tiri dia, ayah tiri dia kata yang dia larikan diri ikut lelaki. Sedangkan, Ara tak pernah ada kawan lain selain saya. Walaupun Afiq selalu cuba nak dekat dengan Ara, tapi Ara tak pernah layan."
"Afiq?" Soal Rafique tatkala mendengar nama seorang lelaki itu. Lily menunduk sekejap. "Afiq tu suka Ara masa sekolah. Tapi Ara tak suka dia."
"Then, apa jadi?"
"Sampailah saya jumpa Ara semula masa dia keluar dengan Kak Dila haritu. Saya bagitahu Ara semua yang ayah tiri dia cakap. Tapi Ara tetap sabar walaupun dia tahu apa yang ayah tiri dia cakap tu langsung tak betul. Ara dah biasa hidup sorang. Dia jarang cerita masalah dia dekat saya dulu, tu pun kalau saya paksa cerita, barulah dia nak cerita."
Rafique terpejam. Sekarang barulah dia percaya. Gadis itu, dia menyimpan beribu kesedihan. Disembunyikan rasa sedih itu di sebalik senyumannya. Mendengar sahaja setiap kisah hidup Adra, hatinya bagaikan terusik. Rasa sebak mula menghurung diri.
Barulah dia sedar, betapa salahnya dia yang selalu menghina gadis itu tanpa mengetahui apa-apa tentang Adra. Sehinggakan, Adra seperti hilang sabar dengan setiap kata hinaan yang selalu orang sekelilingnya lemparkan padanya.
"Raf, aku minta kau jagalah Ara baik-baik. Sekarang, dia cuma ada kau je dalam hidup dia. Dia tanggungjawab kau. Kau patut jaga dia, lindung dia. Jangan lukakan hati dia lagi. Cukuplah dulu dia tersisih bila ibu kandung dia buang dia. Dia perlukan kau. Kau yang paling dekat dengan dia sekarang ni." Adila cuba memberi Rafique kata-kata semangat.
Lama Rafique termenung memandang ke luar restoran. Seakan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan.
"Kalau awak tak cintakan dia, sekurang-kurangnya sayanglah dia macam sahabat. Dia tak kuat macam apa yang kita nampak." Lily pula bersuara.
Rafique melepaskan keluhan. Setiap kata-kata Lily dan Adila disimpan betul-betul di dalam otaknya. Dia akan cuba. Cuba berbaik dan mungkin dia boleh mengubah tanggapannya terhadap Adra setelah dia berfikir yang selama ini Adra mempunyai niat yang tidak baik.
"Tolong rahsiakan pertemuan ni daripada sesiapa termasuk Adra." Kedua-duanya mengangguk setuju dengan arahan Rafique.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...