Rafique menepuk mulutnya beberapa kali. Dia tersandar pada pintu. Bukan itu yang dia mahu ucapkan pada Adra. Dan dia tak tahu kenapa dia boleh berkata kasar dengan Adra. Rambut diraup kasar.
Rasa serba salah pula bila buat Adra begitu. Sudahlah mengada-ngada mahu merajuk bagai. Tapi hal semalam, dia memang terasa sangat dengan soalan Adra.
Bila difikirkan balik, ada betul juga soalan Adra itu. Pasti gadis itu pelik dengan sikapnya yang selalu sahaja tiba-tiba. Tapi dia pula yang melebih-lebih.
"Kesian Adra," terlepas juga ayat itu daripada mulutnya. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya.
Kalau ikutkan semalam, dia mahu memperbaiki lagi hubungan mereka. Dia mahu berterus terang tentang perasaan sebenarnya terhadap gadis itu. Perasaan cinta dan sayang yang muncul entah bila masa itu. Dia sendiri tak sedar bila perasaan itu muncul. Tapi dalam waktu yang sama dia takut kalau hal sebenar dia berbaik dengan Adra merupakan sebab simpatinya terhadap Adra bakal mengecewakan Adra.
Tapi itu dulu. Sebelum dia benar-benar jatuh cinta kepada gadis itu. Sekarang, dia memang dah jatuh cinta dekat Adra. Bila mengingatkan tentang Nadine, terus hatinya berbulu geram. Marah. Berani betul Nadine datang ke rumahnya.
Dia tahu kesan luka di dahi Adra pasti angkara Nadine. Nampaknya Nadine memang sudah melampau. Rafique mengepal penumbuknya. Dia tak boleh berdiam diri. Dia takut kalau Nadine mengapa-apakan Adra lagi.
✨✨✨
Lengan Nadine ditarik kasar. Nadine menjerit kecil. Namun dia tersenyum selepas itu apabila melihat wajah yang dirinduinya sudah ada di hadapan matanya.
"Hai, sayang. You miss me?" Nadine menyoal manja.
Rafique merengus. Menyampah tiba-tiba. Disebabkan mereka berada di kawasan orang ramai, terus ditarik lengan Nadine ke kawasan parking yang agak lengang. Terus dilepaskan lengan Nadine dengan kasar setelah dicengkam kuat.
"Auch, baby. Sakitlah." Adu Nadine manja. Dia menggosok lengannya itu.
Rafique tidak berkata apa. Pandangan tajamnya tertunak pada wajah selamba Nadine. Pelik. Sekelip mata sahaja, rasa cintanya buat gadis itu selama ini seolah-olah lenyap begitu sahaja dan diganti dengan rasa benci yang teramat sangat.
"Kenapa you tarik I ke sini? You nak bawa I lari ea? You nak kahwin dengan I ke?" Soal Nadine yang begitu teruja.
"Nad, you dengar sini baik-baik ea. I want you to stay away from my wife. Don't you ever touch her." Gertak Rafique dengan keras.
Tapi, Nadine tidak gentar. Malah dia ketawa seolah-olah Rafique sedang membuat lawak.
"Oh my god, Raf... You betul-betul sayangkan budak tu kan? I tak sangka. Dulu, bukan main menyampah lagi you dengan dia. Sekarang, you sayang pulak dekat budak tu. You tahu tak sebenarnya you ni dah kena guna-guna dengan budak tu!"
PANGGG!!
Berpinar-pinar mata Nadine setelah ditampar Rafique. Dia memegang pipi kanannya yang terasa perit.
"Kau jangan berani cakap bukan-bukan pasal Adra. Ni baru sikit aku bagi kau. Aku boleh bagi kau lebih lagi kalau kau nak." Ugut Rafique seakan sudah hilang sabar.
Nadine tersenyum sinis.
"You ingat I takut ke dengan ugutan you tu. I tak takutlah. Tapi, I tak kesah kalau you dah tak cintakan I atau tak sayangkan I lagi but.... I just want to remind you that I will do anything for you until you kneel in front of me," Ucap Nadine perlahan sambil tersenyum sinis.
"Perempuan gila!"
Terus berubah wajah Nadine. Dia seakan tak boleh menerima perkataan gila yang disebut Rafique sebentar tadi.
"I tak gilalah! You yang gila!" Jerit Nadine sehingga orang yang lalu di situ melihat ke arah mereka.
"See? You're crazy, Nad. Just accept the fact." Sengaja Rafique mendera mental Nadine sebelum berlalu meninggalkan Nadine yang seakan sudah gila itu.
"You tunggu Raf! You akan menyesal tak lama lagi!" Jerit Nadine kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling.
✨✨✨
Datin Mariam membelek pokok bunganya yang tumbuh mekar. Tersenyum dia sendirian. Sepanjang berada di rumah, dia sekadar menghabiskan masanya dengan menanam pokok-pokok bunga di sekitar laman rumah.
Matanya memandang ke arah sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang masuk ke perkarangan rumahnya. Berkerut dahinya.
Datin Mariam sekadar menunggu di tempatnya berdiri, menanti pemandu kereta itu untuk keluar.
Apabila pemandu itu keluar dari perut kereta, hampir terbuntang biji matanya melihat gerangan itu. Terus darahnya mendadak naik.
Nadine tersenyum melihat Datin Mariam. Langkahnya diatur mendekati Datin Mariam yang sedang berdiri memerhatinya seolah mahu menelannya di laman bunga itu.
"Hai, aunty. Oh, aunty spend time dengan pokok bunga ke?" Soal Nadine ramah.
Datin Mariam memeluk tubuh memerhati lagak Nadine yang sudah berdiri di hadapannya. "Ada apa kau datang sini?"
"Aunty memang habiskan masa dengan pokok bunga je ke? Mana menantu kesayangan aunty? Tak datang jenguk aunty ke?"
Soalan Nadine itu mendatangkan rasa menyampah yang teramat sangat dalam diri Datin Mariam.
"What is your problem?"
Nadine ketawa kecil. "Nothing. I just want to visit my future mother in law. Why? Is it wrong?" Tanya Nadine sinis.
"Jangan bermimpilah. You're not allowed to come to my house. Beraninya kau datang tunjuk muka kau dekat sini? Sekali lagi aku tanya, apa kau nak sebenarnya?" Soal Datin Mariam sambil memandang Nadine tajam.
"Actually, I want to tell you something. But I don't know how to..." saja dibiarkan ayat tergantung itu bagi menantikan reaksi Datin Mariam di hadapannya.
"Apa yang kau nak cakap ni?" Keras nada Datin Mariam.
"I mengandung. Anak Rafique."
Bagaikan petir yang menyambar. Seperti ada batu yang menghempap dirinya, berombak dada Datin Mariam mendengar kata-kata Nadine.
Tiba-tiba, dia memegang dadanya. Terasa sakit. Terlalu sakit sehingga dia tidak mampu bernafas dan bersuara.
"Raf tak nak bertanggungjawab lepas apa yang dia dah buat. Dia buang I lepas dia dapat apa yang dia nak. Dia layan I macam sampah. Sampai hati Raf kan..." Nadine semakin mencucuk Datin Mariam. Tersenyum sinis dia melihat Datin Mariam yang seolah-olah bergelut dengan rasa sakit itu.
Dan dada Datin Mariam pula semakin mencucuk-cucuk rasanya. Terus Datin Mariam rebah tidak sedarkan diri.
Nadine tertawa kuat. Dia puas hati melihat Datin Mariam begitu. Terlalu puas hati.
"Hmm, kesian kau. Senang je aku nak hapuskan kau kan... kau salahkan anak kau. Dia tak bagi aku sentuh budak kampung tu tapi dia tak ada cakap pulak tak bagi aku sentuh kau. So, yeah... semoga tenang ya orang tua." Serentak itu Nadine ketawa kuat dan berlalu pergi dari situ.
Sorry kalau bosan! So, what do you think about Nadine? Dia gila ke?
Dont forget to votes and comments! TQ ✨
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...