Orang ramai mula meninggalkan kawasan kubur memandangkan hari sudah masuk ke petang. Ramai yang mengucapkan takziah buat Rafique.
Rafique masih lagi duduk berteleku di hadapan kubur arwah Datin Mariam. Perasaannya kosong. Tidak pasti sama ada ianya realiti atau fantasi.
"Raf... sabar. Kau kena reda. Kau kena kuat." Nasihat Carl sambil bahu Rafique ditepuk perlahan. Dia turut terkesan dengan kehilangan Datin Mariam yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
Rafique tertunduk. Bagaimana dia mahu kuat sedangkan dia berseorangan sahaja sekarang. Dari tadi fikirannya teringatkan Adra. Tiba-tiba sahaja gadis itu menghilang sejak di hospital. Pelbagai persoalan mengasak fikirannya sekarang.
"Kau ada nampak isteri aku?" Soal Rafique tanpa berpaling ke arah Carl.
"Tulah. Dari tadi aku tak nampak wife kau." Balas Carl. Terdengar keluhan yang dilepaskan Rafique.
"Raf, jom balik. Hari dah nak petang dah ni." Tegur Hajah Ameena yang sedari tadi memerhatikan Rafique.
Perlahan Rafique mengangguk. "Umi baliklah dulu. Kita jumpa kat rumah." Ujar Rafique.
Hajah Ameena mengangguk sahaja. Perlahan dia meninggalkan kawasan kubur. Sebenarnya, ada soalan yang perlu dia tanyakan kepada Rafique tapi melihat keadaan lelaki itu terbantut niatnya untuk bertanya.
"Kau tunggu dalam kereta jelah. Nanti aku datang." Kata Rafique lagi. Carl akur sahaja. Dia tahu Rafique mahukan ruang untuk bersendirian.
Setelah Hajah Ameena dan Carl sudah beredar, barulah Rafique mengangkat mukanya. Batu nisan yang tertulis nama Datin Mariam diusap penuh sayu.
"Ma... tak sangkakan mama tinggalkan Raf cepat macam ni? Mama tak sayangkan Raf lagi ke?" Ucapnya. Ayat itu sudah banyak kali berulang dari mulutnya sejak di hospital.
"Mama maafkan semua kesalahan Raf tak? Raf banyak buat salah dengan mama. Raf tak sempat minta maaf dengan mama..." Setelah ditahan air matanya dari tadi, tumpah juga akhirnya.
Digenggam batu nisan itu sambil dia tersedu-sedan. Dia sukar untuk terima. Dia tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.
Setelah mengumpul kekuatan, akhirnya Rafique bangkit meninggalkan kawasan itu dengan perasaan sedih yang menggunung.
✨✨✨
Adra termenung melihat rumahnya yang sudah dia tinggalkan hampir 8 bulan itu. Perasaan sayu menyerbu tangkai hatinya. Jauh di sudut hati, betapa dia rindukan semuanya.
"Ara... kau okay tak ni?"
Adra menoleh ke arah Lily dengan linangan air mata. Dia mengangguk perlahan. Langkah diatur ke pintu rumah yang terbuka luas itu. Kata Lily, maknya ada di rumah menjaga Puan Nora.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, matanya terus menangkap keadaan Puan Nora yang sedang duduk termenung di tepi tingkap. Wajah ibunya kelihatan tenang. Tak semena-mena, air matanya semakin banyak bercucuran. Terus dia berlari menerpa ke arah ibunya.
"Ibu... maafkan Ara bu. Ara rindu ibu sangat..." dipeluk tubuh Puan Nora sambil dia teresak-esak. Perlahan dilepaskan pelukan itu apabila sedar yang pelukannya tidak dibalas.
"Kk-- kau siapa?" Soal Puan Nora. Dahinya berkerut tanda pelik. Semakin teresak Adra dibuatnya.
"Ni Ara bu... Ara..." jawabnya sambil dadanya ditekan menunjukkan bahawa dialah Ara.
Puan Nora menggeleng laju. "Bukan. Kau bukan Ara. Anak aku dah benci aku tahu tak? Aku nak Ara. Aku nak minta maaf dengan dia. Aku banyak buat salah dekat dia..." kali ini, Puan Nora yang menangis. Disebut nama Ara berulang kali.
"Ni Ara, bu..." bagai tak daya Adra menuturkan ayatnya. Dia tertunduk lemah. Menangisi keadaan ibunya yang begitu.
"Ara, kau duduklah dulu. Nanti kau sakit pulak." Teguran daripada Lily akhirnya berjaya membuatkan Adra bangun dan duduk di kerusi ruang tamu. Tidak sanggup dia melihat keadaan Adra begitu. Kasihan.
"Aku tak sanggup tengok ibu macam tu..." ucap Adra sayu. Dia melihat ibunya yang sedang menangis sambil namanya tidak henti-henti meniti di bibir itu.
"In Shaa Allah, ibu kau akan sihat. Kau kena jaga ibu kau. Kalau ada apa-apa, kau boleh minta tolong dengan aku." Pujuk Lily sambil diusap bahu Adra. Adra tersenyum nipis.
Pandangannya tumpah pada seraut wajah ibunya yang sembab itu. Hatinya sedih. Walaupun dulu dia dihina ibu sendiri dan dihalau keluar dari rumah, seburuk mana pun itu tetap ibunya. Ibu yang melahirkannya ke dunia ini. Adra tak pernah salahkan ibunya atas apa yang berlaku dulu. Walau hakikatnya terasa sakit diperlakukan begitu. Dia reda kerana itu adalah bahagiannya di muka bumi ini.
"Aku dengan mak aku balik dululah. Mak aku ada yasinan ni." Kata Lily.
"Ly... kalau ada orang tanya aku kat mana, jangan bagitahu tau. Kau cakap je tak tahu. Sama ada umi, Kak Dila atau suami aku sekali pun, aku mintak kau jangan bagitahu diorang." Rayu Adra sambil menggenggam jemari Lily.
"In Shaa Allah, Ra. Kau ada masalah ke? Kau gaduh dengan suami kau?" Soalan Lily itu dibalas dengan gelengan.
Dia masih belum bersedia untuk membuka cerita. Kalau ikutkan, Lily pun ada salahnya juga dalam hal ini kerana telah menipunya. Tapi, dia tahu Lily hanya buat benda yang dirasakan betul sahaja.
"Nanti apa-apa, aku telefon kau ea. Terima kasih banyak Ly sebab banyak bantu aku."
"Tak ada hal lah." Balas Lily dengan senyuman. Dia mula bangkit menuju ke pintu rumah.
"Cik Ros, terima kasih sebab sudi tolong Ara." Ucap Adra lalu diraih tubuh Puan Ros iaitu ibu Lily ke dalam pelukan.
"Sama-sama. Cik tak kesah pun. Cik dah anggap Ara macam anak cik sendiri." Balas Cik Ros lalu diusap pipi Adra perlahan.
"Kitorang balik dululah. Ingat, ada apa-apa bagitahu terus." Pesan Lily sebelum meninggalkan halaman rumah Adra.
Adra memerhati kereta Lily yang sudah mula menjauh itu. Baru sahaja dia ingin menutup pintu, namanya dilaung tiba-tiba. Terus Adra menoleh ke bahagian jalan.
"Afiq..."
Maaf kalau tak best 🙏
And sorry sebab ambil masa yg lama utk update :')
Jangan lupa votes and comments ;)
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...