DIA | 43

23.3K 874 12
                                    

"Okay, Nad. You can rest dulu. After this, we continue our photoshoot."

Nadine mengangguk. Air mineral yang dihulurkan Cassy disambut lalu diteguk perlahan. "Thanks, Cassy."

Baru sahaja dia ingin bergerak ke bilik persalinan, tiba-tiba lengannya ditarik kuat dan dia dibawa ke kawasan yang agak tersembunyi dari orang ramai.

"Carl! You buat apa kat sini?" Soal Nadine kalut. Terkejut dia apabila mendapati Carl yang menarik lengannya tadi. Sudahlah kuat dia tarik, habis merah lengannya.

"Berani you tipu I ea?" Soal Carl kasar. Nadine beriak pelik kemudian dia ketawa kecil.

"You dah kenapa tiba-tiba tuduh I tipu you?" Soalnya. Dia berpeluk tubuh memerhati Carl di hadapan.

"You kata you mengandung? Mana bukti?" Carl menekan suaranya.

Nadine ketawa mengejek. Tak sangka rahsianya terbongkar cepat. "Yes. I memang tak mengandung. I tipu you. Macam mana? Best tak kena tipu dengan I? Mesti you runsing fikir pasal ni kan?" Nadine seolah-olah mengejek.

Carl mengetap giginya. Dia rasa diperbodohkan.

"Apa motif you sebenarnya ni?"

Nadine ketawa lagi. "I tak ada motif apa-apa. I just want to be happy with Rafique and I will do anything for him."

"Stay away from Raf. You know he's married. Just... let him go. You can find someone better than him."

"Wohhh... so, you want to say that you're that someone better for me? Oh, come on Carl. I'll never be with you. Never." Nadine tersenyum sinis.

"I akan kahwin dengan Raf. Tak lama lagi. So, kad kahwin I dengan dia akan sampai depan you. Okay, darling." Sambung Nadine. Sempat Nadine mengusap pipi Carl sambil tersenyum mengejek.

"You jangan lupa. Datin Mariam tak suka you. You should know who you're." Kali ini, Carl pula tersenyum sinis. Berubah terus muka Nadine. Panas telinganya mendengar nama Datin Mariam.

"Just. Wait. And. See." Balas Nadin keras.

"You jangan berani buat macam-macam, Nad. Kalau I dapat tahu, I tak akan teragak-agak untuk bagitahu Raf apa yang jadi antara kita." Ugut Carl.

Nadine semakin geram. Terus dia berlalu dari situ meninggalkan Carl dengan perasaan marah yang membuak-buak.

Nadine masuk ke dalam toilet. Dia memandang wajahnya pada pantulan cermin. Jari digenggam kuat.

"Kurang ajar, Carl. Berani kau ugut kau. Kau belum kenal aku siapa. Tak apa. Kita tengok siapa yang akan bertindak dulu." Nadine tersenyum sinis.

Dalam mindanya sudah terbayang rancangan jahatnya. Kemudian, dia ketawa jahat.

✨✨✨

Sejak dua tiga hari ini, Adra asyik termimpikan tentang Datin Mariam. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi. Selalu sahaja dia berasa tidak sedap hati bila memikirkan Datin Mariam.

Namun, bila dia mula terfikirkan negatif, cepat sahaja Adra usir jauh-jauh. Kalau boleh dia tak mahu berfikir yang bukan-bukan. Disebabkan tak mahu rasa ini terus berlanjutan, terus sahaja dia luahkan kepada Adila.

"Tak ada apalah, Ara. Mimpi kan mainan tidur."

Macam itulah yang Adila beritahunya semalam ketika Adra menelefon Adila. Tapi, walau Adra cuba sedapkan hati, nanti ada sahaja yang tidak kena.

"Awak okay tak ni?"

"Hah?" Hampir terlepas sudu pada pegangan Adra akibat sergahan daripada Rafique.

"Tak... tak ada apa." Balas Adra sambil tersenyum. Usai dia mengacau air teh, sudu tadi diletak ke dalam singki. Jag air teh tadi dibawa ke meja makan.

"Habis tu kenapa termenung?" Soal Rafique. Dia memandang Adra pelik.

"Tak ada apalah." Balas Adra cuba meyakinkan Rafique. Dia mengambil pinggan Rafique lalu mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan itu.

"Oh, ya. Hari ni abang balik lambat sikit. Jadi awak tak payah tunggu abang." Ujar Rafique.

"Nak date dengan Kak Nadine lah tu." Getus Adra dalam hati.

"Abang ada nak jumpa client. Katanya, nak pinjam gym abang untuk student dia." Kata Rafique.

"Fuhh... boleh baca isi hati orang ea dia ni..."

"Okay." Balas Adra pendek. Dia mula menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Abang, dekat sini senang tak nak dapat teksi?" Soal Adra.

"Senang jugaklah. Kenapa awak tanya?" Soal Rafique. Berkerut dahinya.

"Saja tanya. Manalah tahu Ara bosan duduk rumah, nanti kalau Ara nak pergi mana-mana bolehlah Ara naik teksi je."

"Oh.. kalau nak dapat teksi, kena jalan depan sikit. Kena tunggu dekat bustop depan sana tu." Rafique memandang Adra dengan penuh tanda tanya. "Kenapa abang tengok awak lain macam ea?"

Terhenti suapan Adra. Dia memandang Rafique tidak berkelip. "Lain macam? Mana ada. Ara tanya jelah."

"Okay... erm, isikan abang bekal nasi goreng ni boleh tak?" Rafique tersengih.

"Tiba-tiba je. Selalu tak."

"Nasi goreng awak sedaplah. Takut rindu nanti. Isikan ea..." Rafique merayu. Dah macam budak kecil.

Adra ketawa melihat kelakuan Rafique. "Boleh. Tapi kena makan cepatlah sebab takut basi nanti."

"Tak apa. Tahulah abang nanti."

"Sekarang ni abang yang lain macam. Demam ke?" Spontan, terus dilekapkan belakang tangannya ke dahi Rafique.

"Tak.. sejuk je." Komen Adra.

"Buat lagi sekali." Pinta Rafique tiba-tiba. Dahi Adra berkerut serta merta.

"Buat apa?"

"Letakkan tangan dekat dahi ni lagi sekali. Macam best pulak." Rafique tersengih.

Adra tercengang. "Sah ni demam. Demam kus kus." Terus sahaja Adra beredar dari meja makan.

Tak boleh dilayan sangat Rafique tu, hati dia ni mengada sikit. Nanti makin banyaklah dia jatuh hati nanti.

Votes and comments 🌸

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now