DIA | 46

24.2K 846 6
                                    

Hampir tiga hari juga Rafique baru pulih daripada demam. Hari ini, dia sudah boleh masuk ke tempat kerja seperti biasa.

Rafique menilik jam tangan. Masih menunggu kehadiran Carl di dalam bilik pejabatnya. Carl kata, ada benda yang perlu diberitahu. Tak tahulah benda itu penting atau tidak.

"Sorry, Raf. Jalan jammed." Ucap Carl yang baru sahaja tiba. Dia menutup pintu dengan rapat sebelum duduk di hadapan Rafique. 

"Its okay. Ada benda apa yang kau nak bagitahu aku ni?" Soal Rafique terus.

"Kau sihat?"

Rafique tertawa halus. "Aku sihat je. Alhamdulillah."

Carl tersenyum nipis. "Baguslah. Ada orang jaga kau, kan."

Rafique hanya tersenyum senang. Tiba-tiba teringat pula wajah tenang Adra.

"Raf, ada benda yang aku kena bagitahu kau. Benda ni penting sangat. Aku rasa bersalah bila tak ceritakan benda ni dekat kau." Kata Carl serius sambil matanya memandang tepat ke wajah Rafique.

"Asal kau ni? Serious betul." Rafique ketawa halus sambil menggeleng.

Carl menarik nafas kemudian dihembus perlahan. Dia memang nekad sekarang ini. Dia tak kesah kalau Rafique mahu marahkan dirinya atau apa sahaja. Yang penting, dia dapat berterus terang.

"About Nadine."

Terus berkerut dahi Rafique mendengar nama itu. "Kenapa dengan Nad?"

Carl mengeluh sebentar. "Kami dah pernah terlanjur."

"What?!" Rafique menekan suaranya sedikit kuat. Seakan tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengari tadi. Rafique mengetap giginya. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram.

"Okay. Kau dengar dulu apa yang aku nak explain. Aku tak kesah kalau kau nak tumbuk aku lepas ni tapi aku nak kau dengar dulu apa yang aku nak bagitahu." Tekan Carl bersungguh-sungguh. Muka Rafique sudah kemerahan menahan marah.

"Aku yang salah sebab perangkap Nadine. Kami terlanjur. Aku perangkap dia sebab aku cintakan dia, Raf. Aku nak dia. Aku jadi tak puas hati bila kau yang dapat Nadine. Sedangkan, aku orang pertama yang jumpa dengan Nadine sebelum kau. Tapi, mungkin sebab kau anak orang kaya, jadi Nadine terus pandang dekat kau. Dia buang aku lepas dia dapat kau." Luah Carl terus.

Rafique menggenggam penumbuk. Terasa ringan sahaja tangannya itu untuk dilayangkan tepat ke wajah Carl. Namun, dia masih lagi waras.

Carl menyambung, "Setahun tak cukup untuk kau kenal siapa Nadine sebenarnya. Bila kau dah kahwin, aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab nanti aku akan dapat Nadine balik. Tapi dia tetap nak dekat kau and you guys still in the relationship even though you're married!"

Berombak dada Rafique mendengar pengakuan Carl. Matanya terpejam serapat-rapatnya. Dia seakan sukar untuk menerima.

"Jadi... jadi kau berdendam dengan aku sebab aku dapat Nadine? Macam tu?"

"Tak. Aku tak pernah berdendam dengan kau. Cuma aku tak puas hati bila Nadine buat aku macam ni. Dia patutnya sedar diri. Kau baik Raf. Nadine tu bukan perempuan baik. Dia tak layak untuk kau." Ucap Carl sambil menekan suaranya.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now