Adra menyangkut kain telekung di tempat biasa. Kemudian, sejadah disangkut pula pada badan kerusi. Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang, Rafique sudah pun bersandar pada pintu sambil berpeluk tubuh.
"Abang, dah lama ke abang kat situ?" Soal Adra yang masih terkejut. Mahu taknya... dahlah waktu Maghrib macam ni. Rafique boleh pula bersandar macam tu.
"Lama jugak." Rafique menapak masuk ke dalam bilik Adra lalu melabuhkan duduknya pada birai katil. Adra tersenyum pelik. Dia duduk di kerusi sambil memandang Rafique.
"Tadi balik naik apa?" Soal Rafique.
"Lily yang hantar." Entah kenapa, rasa janggal tiba-tiba apatah lagi berduaan begini di dalam bilik. Bukan tak biasa cuma kali ini lain daripada yang biasa.
"Abang nak minta maaf," ujar Rafique. Adra semakin pelik. Sikap Rafique pelik pula tiba-tiba. Takkan kena sampuk hantu kot?
"Minta maaf... untuk?"
Rafique senyum sedikit. "Minta maaf pasal dalam kereta haritu. Mungkin ayat abang dah buat awak terluka."
Lama juga Adra diam sebelum dia tertawa kecil. "Ohh.. pasal tu. Tak apalah. Ara tak ambil hati pun. Lagipun Ara masih lagi berpijak pada bumi yang nyata."
"Maksud awak?"
Adra tersenyum. "Ara tahu bila-bila masa abang akan lepaskan Ara. Ara tak nak jadi penghalang abang dengan Kak Nadine. Sebab Ara, abang terpaksa tanggung ni semua kan?" Entah kenapa, hatinya sakit sendiri saat menuturkan ayat itu.
"Abang tak tahu. Abang memang cintakan Nadine dan abang mungkin akan kahwin dengan dia tapi abang tahu abang tak boleh salahkan awak seratus peratus. Walaupun mula-mula memang abang salahkan awak." Luah Rafique.
Bagai tersiat-siat hatinya saat ini. Setiap ayat yang keluar dari mulut Rafique bagaikan pisau yang menusuk hatinya. Apa yang Rafique katakan itu memang terbukti bahawa tak ada sekelumit pun perasaan yang ada pada Rafique buat dirinya.
Dia cuba untuk senyum. "Jadi... ab-- abang akan kahwin dengan Kak Nadine?"
Rafique tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum nipis. Entah kenapa, sukar untuk dia memberi kata putus. Memang dia terlalu cintakan Nadine. Gadis itu cinta pertamanya. Tapi, Adra ialah isterinya. Isterinya yang sah. Dia sendiri tak faham dengan perasaannya sendiri.
"Awak sukakan abang?" Soal Rafique.
Adra terkedu seketika. Bila terkedu, mulalah dia rasa gelabah. Terpejam matanya seketika. "Kenapa abang tanya soalan yang abang dah tahu jawapannya?"
"Sebab abang nak dengar dari mulut awak sendiri."
"Abang tahukan yang Ara memang sukakan abang. Dari awal Ara nampak abang, Ara memang suka abang. Tapi... Ara suka je. Tak lebih dari tu." Terpaksa pula dia tipu perasaannya sendiri. Sedangkan lebih daripada itu perasaan Adra terhadap Rafique.
Radique ketawa halus. "Macam mana tu?"
Adra tersengih. "Alahh, abang tak payah fikir pun pasal perasaan Ara. Tak penting. Apa yang penting sekarang ni, berita dah nak start." Adra mula bangkit dari duduknya.
"Apa kena mengena berita pulak ni? Bukan ke awak tak suka tengok berita?"
"Eh, siapa kata. Ara sukalah. Lagi-lagi dah nak PRU ni." Balasnya selamba.
"Amboi... awak tu tak cukup umur lagi nak fikir semua ni. Baru 18 tahun." Rafique menggeleng.
"Eh, yeke? Ingatkan dah 28 tadi..." selamba saja jawapan Adra. Perbincangan serius tadi seolah-olah lenyap begitu saja.
"Perli abang ea?" Adra tersengih.
"Macam manalah abang nak lepaskan awak..."
"Hah? Abang cakap dengan siapa? Bisik-bisik pulak." Soal Adra pelik. Dia dengar yang Rafique seperti ada berkata sesuatu, tapi dia tak dengar dan kurang jelas.
"Abang mengumpat awak. Dahlah, abang keluar dulu." Selamba Rafique keluar dari bilik tidurnya.
"Oi, abang! Sejak bila jadi pakcik bawang ni?" Jerit Adra sambil melihat belakang badan Rafique yang sudah menapak tangga itu.
"Sejak kenal awaklah!"
"Aik, kita pulak."
Adra menutup pintu bilik. Perlahan-lahan dia mendekati tilam lalu duduk di atas katil. Dia tak lupa tentang perbualan tadi. Sebenarnya, dia cuba mengelak daripada terus berbincang tentang tadi. Dia tak mahu dia menangis nanti. Apatah lagi depan Rafique.
Adra termenung sendirian. Seandainya... dia akan dilepaskan Rafique, agaknya apa akan jadi pada dirinya nanti? Untuk pertama kali, dia jatuh cinta pandangan pertama kepada Rafique. Jujur, dia tak pernah rasa mencintai seseorang itu seperti dia mencintai Rafique.
Kalau satu hari nanti, dia memang akan dilepaskan, mampukah dia? Sedangkan, berbicara soal ini pun dia tak sanggup.
Tapi, Adra tahu yang dia perlu menerima hakikat yang Rafique memang tak cintakan dia. Mereka bersatu pun sebab Datin Mariam. Bukan sebab masing-masing jatuh cinta. Perkahwinan ini pun sudah menghampiri 4 bulan. Masih terlalu awal untuk semua ini.
✨✨✨
Rafique duduk tersandar pada sofa di biliknya. Dia tak pasti dengan apa yang dia tuturkan. Betulkah dia tak mampu lepaskan Adra? Jadi, apa makna perasaannya terhadap Adra?
Kusut dia memikirkannya. Perkahwinan tanpa cinta ini memang sukar. Dipaksa pula tu. Dia berbaik dengan Adra disebabkan masa silam gadis itu. Malah, gadis itu sangat menghormati dirinya. Tak pernah sekalipun Adra menuntut apa-apa hak yang sepatutnya dituntut oleh seorang isteri.
Sejujurnya, dia sangat senang dengan Adra. Gadis itu ceria tapi dalam masa yang sama tersimpan seribu luka yang perlu dia tanggung. Dia selesa bila dengan gadis itu sekarang. Cuma... dia masih buntu dengan perasaannya sendiri.
Dia cintakan Nadine tapi dalam masa yang sama dia mula senang dan selesa dengan Adra. Haih... susahnya jadi lelaki kalau macam ni. Rafique mula mengeluh.
Thank you for 8k reads ✨❤️
Terima kasih banyak-banyak semua sebab support cerita ni 😭 serious talk, tanpa korang, mungkin DIA tak akan sampai bab 42.Saya pernah rasa putus asa untuk teruskan DIA. Bila idea tak ada, memang hancur jadinya sampai saya tak update DIA selalu. Dan untuk bab ni pun sama... saya paksa juga untuk kerah idea banyak-banyak. Sekarang ni memang saya tengah STUCK!
Apa pun, terima kasih sekali lagi, without you, im nothing :)
Untuk bab 42 ni, im really sorry if tak memuaskan dan rasa tak best langsung sebab saya memang tengah kering idea. But, saya cuba untuk korang.
Terima kasih, terima kasih lagi dan lagi...❤️
Next bab, tonight. In Shaa Allah ;)
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...