DIA | 57

28.4K 858 9
                                        

Media:
Afiq.

"Afiq..."

"Assalamualaikum, Adra." Ucap Afiq lalu mematikan enjin motosikalnya. Dia tersenyum manis memandang Adra.

Adra keluar dari rumah dan berdiri di hadapan Afiq. "Walaikumsalam, Afiq. Awak buat apa kat sini?"

Tergelak Afiq mendengar soalan daripada Adra.

"Saja jalan-jalan pusing kampung. Tak sangka awak dah balik sini." Tutur Afiq dengan senyuman.

"Ibu saya kan sakit." Balas Adra tersenyum nipis.

Afiq mengangguk perlahan. "Bila awak sampai?"

"Tadi. Lily ambil. Emm, Afiq, saya nak masuk dululah."

"Okay. Tapi kita boleh jumpa lagi kan? Maksud saya, lepak sama-sama." Soal Afiq serba-salah.

Tetapi, Adra hanya balas dengan senyuman. "Saya masuk dulu. Assalamualaikum."

"Walaikumsalam." Jawab Afiq perlahan sebelum berlalu dari halaman rumah Adra setelah kelibat Adra hilang dari pandangan matanya.

Adra menghendap di sebalik langsir tingkap. Dia menghela nafas berat. Tak terfikir bahawa dia akan berjumpa dengan Afiq lagi.

"Ibu, ibu dah makan? Nak Ara masak tak?" Soal Adra lalu beralih ke arah Puan Nora yang masih duduk di tepi tingkap.

Perlahan Puan Nora mengangkat wajahnya. Lama dia merenung wajah Adra. Adra jadi takut pula.

"Tak nak." Jawab Puan Nora lalu berpaling semula ke luar.

Adra mendekati Puan Nora. Perlahan-lahan kepala Puan Nora diusap dengan penuh kasih. Dia tersenyum nipis.

"Ibu, Ara tak pernah bencikan ibu. Ara sayangkan ibu sangat-sangat. Ara tak pernah ambil hati pun selama ni." Ucapnya penuh sebak. Dia tertunduk seketika.

Melihatkan Puan Nora langsung tidak mengendahkan dirinya, terus dia bangkit dari duduknya dan berlalu ke dapur. Rasa tak sanggup berhadapan dengan keadaan ibunya yang begitu.

Dia tak sanggup kehilangan orang yang dia sayang buat kali kedua dalam hidupnya. Cukuplah abahnya dulu yang meninggalkannya.

✨✨✨

Kenduri arwah hanya diadakan di masjid berdekatan dengan taman perumahan banglo arwah Datin Mariam. Hajah Ameena hanya memberikan sejumlah wang kepada orang masjid untuk menguruskan majlis kenduri itu.

Keadaan di rumah arwah Datin Mariam kelihatan suram. Masing-masing duduk menyepi. Rafique berdiri di tepi kolam termenung. Dia sudah penat menangis jadi dia reda akan ketentuan Ilahi.

Hajah Ameena mendekati Rafique perlahan. Dia mengusap sedikit bahu Rafique yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

"Raf, Allah lebih sayangkan mama Raf." Ujarnya.

"Raf tahu umi. Tapi, Raf rasa ralat sangat sebab Raf tak dapat minta maaf dengan mama. Raf ni anak derhaka ke?" Soalnya, tenang.

"Ish, jangan cakap macam tu. Raf anak yang baik. Raf selalulah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mama, selalu melawat kubur arwah mama." Saran Hajah Ameena lembut.

Tersenyum Rafique mendengarnya. "In Shaa Allah sebab Raf rasa cara tu je yang boleh tebus semua kesalahan Raf pada mama."

Hajah Ameena menggosok belakang badan Rafique seolah-olah memberi semangat buat lelaki itu.

"Dari tadi umi nak tanya, mana Adra? Kenapa dari siang tadi umi tak nampak dia?" Soal Hajah Ameena sambil merenung wajah Rafique.

Rafique mengangkat kedua-dua bahunya tanda dia tak tahu.

"Raf pun tak tahu umi. Dia hilang tiba-tiba dari dekat hospital tadi. Sampai sekarang Raf tak nampak dia." Tutur Rafique dengan suara yang sudah bergetar.

"Raf... gaduh ke dengan Adra?" Soalan Hajah Ameena dibalas dengan gelengan.

"Raf tak tahu umi apa yang jadi. Raf masih berharap yang kejap lagi dia ada." Ujar Rafique lalu mengeluh perlahan.

"Jangan mengeluh. Berdoa minta Allah berikan petunjuk." Nasihat Hajah Ameena.

Dia sebenarnya tertanya-tanya, apa yang terjadi antara Rafique dan Adra? Dia turut tercari-cari Adra di merata tempat tapi batang hidung gadis itu pun tak nampak.

"Raf, aku balik dulu. Tu ada surat untuk kau, aku letak atas meja situ." Kata Carl yang entah bila muncul.

"Surat? Surat apa?" Soalnya pelik.

"Aku pun tak tahu sebab doktor yang bagi aku masa kat hospital. Dia kata kau punya." Balas Carl.

Dahi Rafique berkerut kemudian dia mengangguk sekali. "Okay, thansk bro."

"No problem, friend. We're bloodbrothers. Susah kau, aku tolong. Betul tak umi?" Kata Carl tersengih-sengih cuba menceriakan suasana.

"Betul aje." Balas Hajah Ameena tersenyum menggeleng.

Setelah Carl meminta diri untuk pulang, barulah Hajah Ameena, Adila dan Johan minta diri untuk pulang juga. Kini, tinggallah Rafique seorang diri bersama dengan kenangannya dengan Datin Mariam.

Jam yang sudah menginjak ke angka 12 malam itu membuatkan Rafique berlalu masuk ke dalam dan mengunci pintu. Baru sahaja dia ingin melangkah ke bilik tidur, matanya tertangkap surat yang dikatakan oleh Carl tadi. Terus dia bergerak ke situ.

Diambil kertas yang berlipat itu. Entah kenapa perasaanya tidak sedap dan berdebar-debar. Perasaan yang tidak enak sahaja.

Perlahan dibuka surat tersebut dan dia membaca setiap bait-bait ayat di situ dengan perasaan yang bercampur baur; sedih, marah, sebak dan kecewa bersatu dalam dirinya.

Kertas itu digenggam kuat sambil setiap ayat yang tertera di situ berlegar di kotak fikirannya. Hatinya saat ini, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya.

Akhirnya, dia menangis untuk kesekian kalinya.

Votes and comments also sorry kalau tak best and makin bosan :(

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang