Sudah lebih kurang seminggu Adra tinggal bersama dengan keluarga Hajah Ameena dan dalam waktu itu juga, dia sudah boleh membiasakan dirinya dengan suasana 'keluarga' barunya itu. Mereka sudah menganggap Adra seperti keluarga sendiri walaupun pada hakikatnya mereka langsung tidak mempunyai sebarang ikatan keluarga.
"Kak Dila, ni order untuk meja nombor 8." Ujar Adra lalu menyelitkan kertas di bahagian atas kaunter. Hari ini, pelanggan agak ramai, tak seperti kebiasaannya. Mungkin hari cuti.
Restoran Asam Pedas Umi memang terkenal dengan sarapan pagi serta asam pedas ikan pari dan ikan merah. Adra tersenyum. Setakat ini, dia dapat lupakan peristiwa hitamnya walaupun bukan secara keseluruhan. Sejak dia tinggal dengan Hajah Ameena, hidupnya betul-betul berubah. Kalau dulu dia susah nak rasa bahagia yang betul-betul bahagia, tapi sekarang Adra dah boleh panjatkan rasa syukurnya pada Allah.
Tapi, bohonglah kalau Adra kata yang dia tak rindukan ibunya di kampung? Sejujurnya, dia terlalu rindukan Puan Nora sedangkan dia tahu Puan Nora pasti tak ada rasa rindu itu. Adra sudah lali dan dia sudah penat.
"Ha, termenung!" Sergah Johan. Dari tadi dia perhatikan Adra yang sedang termenung. Oh ya! Johan pula sudah boleh menerima Adra dalam keluarga itu walaupun kadang-kadang dia rasa cemburu juga bila Hajah Ameena dan Adila melebihkan Adra daripada dia. Dia anak bongsu. Mestilah dia nak manja-manja juga.
"Eh, mana ada!" Adra tersengih. Dia membetulkan tudungnya. Tudung yang dipinjam daripada Adila. Yelah, tudungnya cuma ada tudung sarung hitam yang selalu dia pakai. Yang lain semuanya ada di kampung.
"Eleh, padahal teringat dekat boyfriend," Johan mengusik. Adra menggeleng sambil dahinya berkerut.
"Adra, tolong hantar makanan ni dekat meja nombor 8 tadi." Ucap Adila. Adra pantas mengambil dulang berisi dua pinggan makanan lalu dibawa dengan perlahan.
Sampai sahaja di meja nombor 8, dia meletakkan dua pinggan nasi goreng kampung itu berhati-hati. Setelah itu, dia kembali semula ke dapur. Hajah Ameena yang sedang duduk di kerusi dipandang.
"Umi okay? Nak Adra ambilkan air?" Soal Adra. Hajah Ameena menggeleng.
"Tak apa. Umi nak rehat jap sementara tak ada order untuk masak." Balas Hajah Ameena. Adra tersenyum.
Nasib baiklah restoran Hajah Ameena ada menyediakan nasi putih dan lauk campur. Tapi, kadang-kadang ada juga pelanggan yang memesan makanan selain daripada nasi campur.
Adra kembali semula ke hadapan. Keadaan sudah mulai lengang. Ramai pelanggan yang sudah pulang. Hanya tinggal beberapa sahaja.
Adila meletakkan telefonnya di atas meja apabila Adra sudah duduk di sebelahnya. "Penat?"
"Taklah. Tak tahu nak buat apa. Tu yang Adra duduk kejap."
"Tak apa, duduk je. Tak ada orang marah pun." Adila ketawa kecil.
"Erm, akak dah lama nak tanya Adra." Soal Adila. Adra memandang Adila sekejap.
"Tanya apa, kak? Kenapa macam serius je?"
"Tak adalah serius mana pun. Cuma akak nak tanya, Adra memang nama Adra je ke? Atau ada nama lain? Maksud akak nama penuh."
"Oh, ingat apalah tadi. Nama penuh Adra, Nur Adra. Tapi keluarga panggil Ara je."
"Ara? Ara Johari ke?" Gurau Adila.
Adra ketawa. "Taklah. Nama tu arwah abah yang panggil. Jadi, lekat sampai sekarang." Ceria Adra bercerita.
Adila mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mulutnya membuat bentuk 'o'. "Lepas ni akak panggil Ara jelah. Boleh?"
Adra ketawa kecil lalu mengangguk. "Boleh je. Lagi Ara suka!"
✨✨✨
"Umi, tadi Jo jumpa Pak Mat." Ujar Johan sewaktu makan malam. Hari ini, restoran tutup awal sedikit berbanding hari biasa.
"Pak Mat mana pula ni?" Soal Hajah Ameena pelik.
"Pak Mat driver Datin Mariam. Takkan umi tak ingat."
Dan barulah Hajah Ameena meng'oh' panjang sambil kepalanya terangguk-angguk. "Ingat, ingat. Sihat dia?"
"Alhamdulillah sihat. Cuma tadi Pak Mat ada bagitahu Jo yang Datin kena angin ahmar. Sekarang tak dapat jalan. Separuh badan dia lumpuh. Nak cakap pun tak berapa jelas."
Hajah Ameena yang mendengar terkejut. Apatah lagi Adila turut terkejut sama. Kecuali Adra kerana dia tidak tahu apa-apa. Dia cuma menjadi pendengar sahaja.
"Ya Allah, habis tu macam mana tu? Siapa jaga Datin?" Soal Hajah Ameena, dia risau sebenarnya. Datin Mariam itu merupakan bekas majikannya. Dulu, sebelum arwah suami Hajah Ameena meninggal, Hajah Ameena sempat bekerja menjadi orang gaji di rumah Datin Mariam. Kira-kita 7 tahun yang lepas. Tapi, setelah suami Hajah Ameena meninggal, dia terus berhenti kerja dan terus terputus hubungan dengan Datin Mariam. Tapi, dia masih ingat lagi jasa baik Datin Mariam kepada keluarganya sampai sekarang apabila Datin Mariam membantu Adila dan Johan untuk bersekolah.
Johan mengangkat bahu. "Entah, Jo pun tak tahu. Pak Mat cuma cakap tu je."
Adila memandang Hajah Ameena. "Umi, apa kata kita pergi melawat Datin. Kesian Datin. Ada ke yang jaga dia dekat rumah tu? Takkan Pak Mat pula."
"Yelah. Umi pun risau juga. Esok kita pergi melawatlah. Esok kedai tutup." Kata Hajah Ameena. Tampak yang dia sungguh risaukan Datin Mariam.
"Esok Ara ikut sekali tau." Ujar Adila kepada Adra yang dari tadi senyap sahaja. Adra mengangguk.
"Ara? Cehh, nak jadi Ara Johari lah tu. Setelah, ku dimiliki, kau lebur segala kata dan janj--"
"Ish, kau ni. Pergi usik Ara buat apa. Tumbuk karang," marah Adila. Johan merungut. Baru nak fefeeling nyanyi lagu Bunga.
Adra tersenyum sahaja. Dia tak kisah pun malah dia suka.
"Eh, sudah. Tak baik depan rezeki bergaduh." Tegur Hajah Ameena apabila melihat Adila dan Johan yang saling jeling-menjeling. Dua orang ini kalau berjumpa memang asyik nak bergaduh saja.
"Kenapa panggil Ara?" Soal Hajah Ameena. Dia memandang Adra dengan penuh kasih sayang.
"Memang tu nama panggilan Ara, umi." Jawab Adra lalu tersengih.
"Lepas ni kalau panggil Ara, nak nyanyi dululah," Johan masih lagi mengusik. Adra tertunduk malu. Johan memang perangai gila-gila!
Jom nyanyi lagu Bunga by Ara 🤣😝
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romansa🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...