Dengan langkah yang lemah, Adra melangkah masuk ke dalam wad Datin Mariam. Dia duduk melabuhkan duduknya di sofa. Dia masih sukar untuk percaya dengan apa yang Lily beritahunya tadi.
Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Satu-satu perkara terjadi pada dirinya. Apatah lagi mengenai ibunya. Serta merta dia teringat akan perbualannya dengan Lily sebentar tadi.
Flashback.
"Ibu kau..." sebut Lily perlahan. Seakan serba salah.
"Ke-- kenapa dengan ibu aku, Ly?" Soal Adra gagap.
"Ibu kau dah tak kenal siapa aku, siapa kami semua. Ibu kau macam ada dalam dunia dia sendiri. Dia macam trauma.. entahlah Ra, aku tak tahu nak cakap maca mana."
"Ya Allah..." terus ditekap mulutnya dengan telapak tangannya. Air matanya jatuh satu persatu. Ditahan tangisnya daripada terburai.
"Ara... ibu kau selalu sebut nama kau. Dia nak kau balik Ara. Baliklah. Jenguk ibu kau. Dia perlukan kau. Dia dah tak ada sesiapa lagi..." Lily turut menahan esakan. Seakan tak mampu meneruskan lagi apatah lagi teringat keadaan Puan Nora.
"Aku... aku tak boleh, Ly. Ibu bencikan aku." Adra sudah teresak-esak. Tidak dikesah langsung manusia-manusia yang lalu dihadapannya.
"Ara, kau tak boleh macam ni... ibu kau perlukan kau. Aku... tak sampai hati tengok keadaan ibu kau..." pecah juga tangisan Lily di hujung talian.
Adra turut tidak dapat menahan lagi. Dia menangis semahu-mahunya. Wajahnya sudah terasa panas. Terbayang wajah ibunya yang penuh kebencian terhadap dirinya. Ya Allah...
"Ly... aku tak nak balik. Aku tak boleh Ly. Lagipun mama suami aku masuk hospital. Aku kena jaga mama." Kata Adra sambil cuba meredakan tangisannya.
"Tak apa, Ara. Aku faham kau. Aku tahu kau perlukan masa. Buat masa ni, biar aku dengan mak aku yang jaga ibu kau. Tapi, bila kau dah sedia nak balik, kau bagitahu aku cepat-cepat. Aku akan ambil kau."
Adra mengangguk laju seakan Lily berada di hadapannya. "Terima kasih, Ly. Aku tak tahu nak balas apa Ly. Kau dah banyak tolong aku."
"Kau kawan aku, Ra. Kau perlukan aku. Kau jangan risau. Ingat pesan aku." Dan Adra terus mengiyakan pesanan Lily.
Bukan dia tak mahu pulang, cuma dia tak sanggup. Di kampung itulah, pelbagai kisah perit yang perlu dia tanggung. Sejarah hitam yang hampir memusnahkan dirinya...
Bunyi pintu tertutup mematikan lamunan Adra. Tersedar yang air matanya mengalir perlahan di pipi, terus Adra seka cepat. Dia melemparkan senyuman buat Rafique.
"Abang dari mana?" Soal Adra sekadar berbasa-basi. Sebenarnya, dia mahu menghilangkan rasa sedih yang bertandang dalam hati.
"Abang telefon Carl. Bagitahu yang mama masuk hospital." Balas Rafique lalu melabuhkan duduk di sebelah Adra.
Adra menghela nafas perlahan.
"Malam ni biar abang teman mama. Kejap lagi abang hantar awak balik." Ujar Rafique.
"Tak payahlah. Ara pun nak teman mama. Kalau boleh Ara nak selalu ada dengan mama." Jawab Adra.
"Dengan abang tak nak selalu juga ke?" Sempat lagi Rafique mengusik. Adra tersenyum kelat.
"Abang harap mama akan sedar cepat. Abang nak minta maaf dengan mama. Abang dah terlampau banyak sakitkan hati mama. Abang tak pernah jaga hati mama. Abang ni anak tak guna kan?" Luah Rafique tiba-tiba.
Adra yang mendengar seakan mahu menangis lagi. "Abang... jangan cakap macam tu. Ara yakin bila mama sedar mesti mama akan gembira tengok abang ada depan mata mama." Kata Adra seakan memberi kata-kata semangat buat lelaki itu.
"Abang pun harap benda yang sama. Abang dah terlampau banyak lukakan hati mama. Abang nak tebus balik kesalahan abang, abang nak jaga mama." Balas Rafique.
Adra sekadar mengangguk. Tak ada jawapan untuk membalas semula.
✨✨✨
Terasa tubuhnya digoncang, perlahan matanya terbuka. Melihatkan Rafique sudah ada di depan matanya, serentak Adra bangun.
"Dah pagi ni. Jom kita balik dulu. Mandi, sarapan lepastu datang sini balik." Kata Rafique.
"Mama dah sedar?" Soal Adra. Rafique menggeleng lambat. "Belum."
Adra berdiri lalu berjalan mendekati Datin Mariam yang masih lagi terbaring tidak sedarkan diri. Digenggam jari-jemari milik Datin Mariam. Kemudian diusap perlahan kepala Datin Mariam.
"Mama, Ara balik dulu. Ara janji lepas ni Ara akan datang balik jenguk mama tau." Ucap Adra sebelum melabuhkan bibirnya pada dahi Datin Mariam. Terus wajah ibunya menerpa di ruang minda.
"Sayang..." panggil Rafique di sebelah.
Bergetar hati Adra dibuatnya. Merona merah pipinya. Tanpa memandang Rafique, terus Adra keluar dari wad diikuti Rafique di sebelah.
Sampai di kereta, terus masing-masing masuk ke dalam perut kereta. Kedua-duanuya senyap setelah kereta sudah berada di lebuh raya.
Disebabkan rasa janggal, terus Adra berdehem. Rafique mengerling sekilas.
"Abang... Ara nak tanya sesuatu boleh? Tapi Ara harap abang tak marah kalau Ara tanya." Ujar Adra sambil memandang Rafique yang fokus memandu itu.
"Tanyalah..."
"Kenapa abang putus dengan Kak Nadine?" Soal Adra teragak-agak. Fikirnya, Rafique tidak akan menjawab ataupun akan marahkan dirinya tetapi tidak.
"Rahsia dia dah terbongkar. Selama ni abang tak tahu perangai sebenar dia, tapi lepas apa yang abang nampak dengan mata kepala abang sendiri, abang tak boleh terima. That's why we broke up." Kata Rafique tenang.
Adra senyum saja. Rasa lega tiba-tiba.
"Kenapa? Awak tak suka abang putus dengan Nadine ke?" Soal Rafique yang kedengaran seperti mengusik itu.
"Suka... eh, tak, tak... bukan.. bukan. Maksud Ara--"
Terlepas tawa Rafique melihat Adra menggelabah begitu. Nampak comel saja gadis itu. Adra memuncung apabila rasa diri dipermainkan.
"Nak abang cium ke mulut tu?" Soalan berani mati daripada Rafique membuatkan Adra terus sahaja menutup mulutnya dengan telapak tangannya.
Makin besar tawa Rafique. Adra termalu sendiri.
Ada tak sesiapa yang masih tak faham jalan cerita ni dari bab 1 sampai sekarang? Kalau ada bagitahu tau.
Votes and comments ! TQ ❤️
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...
![Cintai Aku. [ complete ]](https://img.wattpad.com/cover/136895959-64-k870412.jpg)