DIA | 37

23.6K 898 29
                                    

"Ara... rindunya umi dekat Ara," tubuh Adra dipeluk erat. Hampir 3 bulan dia tidak bertemu dengan Adra. Inipun mujur Adila yang membawanya ke rumah Rafique.

"Ara pun rinduuuuuuu.... sangat kat umi."

"Eh, dah dah. Sampai esoklah tak habis program jejak kasih ni." Perli Adila. Adra dan Hajah Ameena tersengih. Betullah kata Adila. Dah macam program jejak kasih. Masing-masing masih lagi berdiri di muka pintu.

"Masuklah umi, Kak Dila." Jemput Adra. Adra berlalu ke dapur untuk membuat air. Setelah itu, dibawa dulang air ke depan dan diletakkan di atas meja.

"Jemputlah minum umi, Kak Dila. Kalau tahu yang umi dengan Kak Dila nak datang, Ara dah masak sedap-sedap dah." Kata Adra sambil tersenyum lebar. Gembira bila yang tersayang datang menjenguknya.

"Tak payah susah-susah Ara. Kami datang bukan nak makan pun," balas Adila sambil menghirup teh panas.

"Em, nak makan tak? Ara masak sambal udang hari ni." Pelawa Adra dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.

"Aik, tu kan favourite Rafique. Cehh...." Adila sudah mula mengusik. Tersipu-sipu Adra dibuatnya.

"Abang Raf suruh masak sambal udang hari ni." Kata Adra dengan muka merahnya. Malu oi bila kena usik macam ni!

Adila dan Hajah Ameen saling berpandangan sambil tersenyum penuh makna. "Ara dah okay dengan Raf?" Soal Hajah Ameena.

"Alhamdulillah, okay sangat. Abang Raf dah tak macam dulu lagi." Ujar Adra. Walaupun pada awal pernikahan, susah untuk Rafique menerima Adra, tapi lama-kelamaan lelaki itu sudah mampu terima. Malah, sudah 3 bulan pernikahan mereka dan setakat ini, perubahan positif daripada Rafique menampakkan hasil.

"Lepas ni, dapatlah umi timang cucu." Usik Adila.

"Ish, akak ni..." semakin berona merah pipi Adra. Rasa macam nak sorok muka bawah meja pula.

Tersenyum saja Hajah Ameena melihat mereka berdua. Yang paling dia gembira apabila melihat Adra yang semakin bahagia itu. Dia bersyukur apabila setiap doanya yang dititipkan buat Adra, dimakbulkan.

"Ara hidangkan makanan ea?" Adra sudah mula bangun untuk ke dapur namun cepat-cepat Adila menghalang.

"Eh, tak payah. Nanti habis sambal udang tu, kempunan encik abang awak..." Adila ketawa kecil selepas itu. Adra sudah terduduk semula. Malunyaaaaa!!

"Jangan dilayan sangat Kak Dila ni. Cemburulah tu sebab dia tak kahwin lagi." Kali ini, Hajah Ameena pula membalas usikan Adila.

"Apa ni umi? Dila pula." Terus memuncung Adila. Hajah Ameena ketawa sambil menggeleng. Adra pula suka bila Hajah Ameena memback-upnya.

"Tak payahlah Ara susah-susah nak hidangkan makan. Lagipun, umi dengan Kak Dila dah makan sebelum datang sini." Ujar Hajah Ameena. Adra sekadar mengangguk saja.

"Ara tak bosan ke duduk rumah? Kalau akaklah kan, dah bosan dah sebab tepu.. tak tahu nak buat apa," kata Adila.

"Bosan jugalah. Bila Ara nak kerja, abang Raf tak bagi."

"Baguslah macam tu. Raf boleh tanggung Ara. Dia mampu. Sebaiknya, dengar je apa kata suami." Pesan Hajah Ameena.

"Ya, umi..."

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now