Sejak dia melihat anak lelaki Datin Mariam di dalam gambar, terus wajah itu yang selalu ada dalam mindanya. Kadang-kadang, dia boleh tersenyum sendiri.
Angau betul!
"Berangan apa tu?"
"Oh mak kau!" Latah Adra. Adila ketawa terkekek-kekek sambil menekan perut. Kelakar bila melihat aksi Adra melatah dengan muka terkejutnya.
"Akak!" Marah Adra. Terbantut kerjanya yang sedang mengacau air itu.
"Ara tulah. Berangan sampai tak sedar akak dah lama berdiri sebelah Ara." Kata Adila, masih lagi dengan sisa tawanya itu.
Adra menarik muka. Tak sangka perbuatannya tertangkap Adila. Malu sangat sampai tak tahu nak sorok muka dekat mana.
Dia mencuci sudu yang digunakan tadi. Kemudian dia duduk di kerusi meja makan. Adila turut berbuat benda yang sama. Dia memandang wajah Adra yang merah. Mungkin menahan malu.
"Eh, kenapa pipi adik akak ni blushing?" Usik Adila sambil mencuit pipi Adra.
"Mana ada! Akak ni pandai-pandai je. Mana ada Ara blushing!" Jawab Adra sedikit kalut. Sekali lagi Adila ketawa.
"Cuba cakap dengan akak, Ara berangan apa tadi?" Masih lagi dengan soalan yang sama. Adra menjeling Adila di sebelah.
"Ara tak beranganlah. Ara tengah ambil feel nak kacau air ni." Dalih Adra sambil bibirnya terjuih ke arah cawan air milo yang dibuatnya sebentar tadi.
"Alah, cakaplah. Takkan dengan akak nak berahsia."
Adra mengeluh perlahan sebelum lambat-lambat dia ukirkan senyuman. "Akak tahu pasal anak Datin Mariam?"
"Em, tahu. Kenapa?" Soal Adila semula. Berlapis-lapis dahinya mendengar soalan Adra.
Yelah, tiba-tiba tanya pasal anak Datin Mariam."Dia... handsome, kan?" Soal Adra sambil tersenyum.
Adila terdiam. Kemudian, dia ketawa untuk yang kedua kali. Kali ini, siap dengan tepukan pada meja makan. Ni kalau Hajah Ameena dengar, mahu kena bebel dia nanti.
Terus mati senyuman Adra. Dia memandang Adila yang sedang seronok ketawa. "Kenapa akak ketawa?"
"Ara lah. Rupanya, pasal anak Datin ke sampai Ara termenung siap senyum sorang-sorang tadi."
Adra mengangguk perlahan. Adila cuba menghentikan tawanya. "Tapikan, macam mana Ara tahu pasal anak Datin tu?"
"Datin bagitahu tadi. Akak kenal rapat ke dengan anak Datin tu?"
Adila memandang hadapan. "Kenal. Kenal sangat. Dari kecil kenal tapi dia tu sombong, berlagak. Tapi masa akak kecillah. Bila dah besar ni tak tahulah perangai dia macam mana." Kata Adila.
Adra meng'oh'kan sahaja.
"Akak suka dia?"
"Siapa? Anak Datin tu? Eei, memang taklah. Lagipun akak dah ada buah hati." Jawab Adila lalu tersengih-sengih.
Mulut Adra ternganga luas. "Akak dah ada buah hati? Siapa, siapa? Kenapa Ara tak tahu?" Soalnya bertalu-talu. Excited kemain!
"Eh, mana boleh bagitahu. Rahsia." Adila menjongketkan keningnya.
"Ala, tak acilah. Takkan dengan Ara nak berahsia?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Storie d'amore🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...