Cahaya terang yang menerobos masuk ke dalam bilik tidur membuatkan Nadine terbangun. Cahaya terang itu betul-betul menganggu lenanya.
Matanya dikerdipkan beberapa kali. Cuba menyesuaikan keadaan matanya yang baru sahaja dikejutkan dengan cahaya itu. Namun, beberapa saat kemudian, matanya terbuntang luas apabila melihat keadaan di sekeliling bilik tidur itu.
Ini bukan bilik tidurnya! Bilik ini terlalu asing. Dan paling memeranjatkan Nadine ialah bila ada satu tangan sasa yang sedang terletak elok di atas perutnya.
Nadine cuak lalu dengan pantas dia bangkit dari pembaringannya. Sekali lagi dia terkejut apabila mendapati keadaannya yang tidak bersalut dengan seurat benang!
Dengan cepat dia mencapai segala pakaiannya yang dipakai malam semalam di atas lantai lalu menyarung ke tubuhnya.
Carl menyeh-nenyehkan matanya apabila terasa keadaan katil yang sudah ringan. Terus matanya tertumpu pada Nadine yang sedang tergesa-gesa itu.
"Nad," panggil Carl perlahan namun dapat didengari Nadine.
"Carl! Apa yang you buat kat I semalam, ha?! Macam mana I boleh ada dengan you?" Soal Nadine bertubi-tubi. Rasa nak menangis tapi ditahannya.
Carl sekadar melemparkan senyuman sambil matanya terpejam sekejap. Dia masih lagi berbaring di atas katil. Separuh badannya yang tidak berbaju itu terdedah apabila selimut sudah tidak menutup badannya itu.
"Thanks Nad for last night. I'm so lucky!" Ucap Carl. Senyumannya masih lagi terukir.
Nadine yang mendengar seakan jijik. "You dah gila Carl! Apa yang you dah buat dekat I?" Jerit Nadine yang seperti orang yang dirasuk itu.
Carl bangkit dari katil. Mujur dia memakai boxer, jadi tidaklah Nadine menjerit. Carl mendekati Nadine dan cuba meraih tubuh gadis itu namun sempat dihalang Nadine.
"Jangan dekat! You tahu tak yang Raf tak pernah ambil kesempatan dekat I! Dia hormat I sebagai seorang perempuan! Tapi, you? Apa yang you dah buat dekat I, Carl?!"
"Hei, hei, Nad. Relax okay. I can explain." Pujuk Carl namun Nadine cepat-cepat mengelak lalu berlalu pergi dari situ.
Carl tidak menahan sebaliknya dia terduduk di atas katil sambil meraup wajahnya.
✨✨✨
Rafique menarik lengan Adra kasar lalu dibawa ke belakang rumah. Sesekali dia menoleh kiri dan kanan, takut-takut kalau ada yang ternampak.
Adra mengusap lengannya yang memerah itu. Sakit woi!
"Abang Raf ni kenapa, ha?" Soal Adra marah. Dia memandang Rafique di hadapannya.
"Eh, budak. Apa yang kau hasut mama aku sampai mama aku cakap bukan-bukan dekat Nadine, ha?" Tuduh Rafique sambil memandang Adra tajam.
Kening Adra berkerut. Hasut apa pulak ni?
"Apa yang abang Raf cakap ni? Tiba-tiba nak tuduh. Dah tu tak reti nak bagi salam dulu ke sebelum terjah? Bukannya susah pun nak bagi salam. Tengok mulut Ara ni, Assalamualaikum. Ha, bukan susah pun." Sempat lagi Adra membebel panjang siap mengajar Rafique lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romans🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...