DIA | 4

26.9K 1.1K 21
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir untuk dia bergelar seorang pelajar. Memandangkan hari ini adalah subjek Sains Pertanian, Adra dan Lily duduk di tempat biasa untuk mengulang kaji pelajaran. Peperiksaan pula lama lagi nak mula.

Sedang mereka mengulang kaji, seseorang datang lalu mengambil tempat kosong di sebelah Adra. Perlahan Adra mengangkat muka.

Afiq tersengih memandang Adra. Dia mengeluarkan buku Sains Pertanian lalu diletakkan di atas meja batu itu.

"Aik, tiba-tiba nak study dengan kitorang, dah kenapa?" Tegur Lily pelik. Yelah, selalunya mereka berdua sahaja.

"Saja. Tak boleh ke?" Soal Afiq selamba.

"Eleh, ni mesti kau nak usha Adra, kan?" Teka Lily sambil ketawa. Adra yang mendengar namanya disebut terus mencubit peha Lily.

"Auch, sakitlah, Adra!"

Adra sempat memandang Afiq sekilas sebelum kembali menumpu pada buku Sains Pertanian. Afiq tersenyum. Dia tahu Adra sedang curi-curi memandangnya.

"Adra, lepas habis sekolah, awak buat apa?" Soal Afiq.

"Ei, gelilah ber'awak' bagai." Lily menyampuk siap dengan aksi geli-gelemannya lagi.

Adra ketawa kecil. Dia memandang Afiq semula. "Tak tahu lagi, Afiq. Saya duduk rumah dulu kot."

Afiq mengangguk-anggukkan kepalanya. Sebenarnya, dia ingin memberitahu tentang perasaanya yang lama dia simpan buat Adra. Cuma, dia tak pasti masa yang sesuai untuk memberitahu perkara tersebut.

"Adra, awak dah ada boyfriend?" Soal malu, Afiq ketepikan. Yang penting dia nak tahu tentang itu dulu.

Lily yang mendengar soalan tersebut, terus terhambur tawanya. Pelajar yang melihat, tidak dikisahkan. Perut ditekan tanda dia betul-betul tak tahan dengan soalan daripada Afiq. Walaupun soalan itu bukan dituju buatnya, tapi bila melihat wajah malu-malu Adra, semakin galak dia ketawa.

Adra menunduk malu. Dia dapat rasakan yang pipinya merah akibat soalan 'maut' daripada Afiq. Tak sangka yang Afiq berani menyoalnya begitu.

Afiq tidak hiraukan Lily yang sedang seronok ketawakan dirinya. Dia memandang Adra yang menunduk itu. Wajah dan pipi milik Adra itu kelihatan comel bila gadis itu malu.

"Cepatlah. Ada boyfriend tak?"

"Ada. Boyfriend dia bukan budak sini. Sibuk je nak tahu boyfriend orang." Lily yang tolong jawabkan. Terus berubah wajah Afiq tatkala mendengar jawapan Lily.

"Betul ke, Adra? Awak dah ada boyfriend?" Dia menyoal lagi, mahukan kepastian.

Adra memandang Lily yang sudah tersenyum-senyum itu. Lambat-lambat Adra mengangguk. Anggukkan daripada Adra membuatkan Afiq patah seribu. Kecewa. Sedih.

Kenapa dia tak tahu yang Adra sudah ada teman lelaki? Tiba-tiba rasa malunya semakin menebal bila dia sudah terlepas bertanya tentang itu tadi.

Terus Afiq bangkit. Dia tersenyum kelat memandang Adra.

"Eh, Fiq. Kau tak nak tahu ke siapa boyfriend Adra?" Soal Lily sambil keningnya terjongket-jongket.

Afiq diam lalu mengangguk.

"Boyfriend Adra tak ada dekat sini. Dia duduk jauh. Lagipun, boyfriend Adra tengah tunggu dia dekat syurga."

Melihat pada wajah serius Lily, terus Afiq duduk semula di tempatnya tadi. "Siapa? Aku tak faham."

Lily memandang Adra lalu ketawa kecil. "Arwah abah dia lah. Adra anggap arwah abah dia tu macam 'boyfriend' dia dengan hero sekali."

Adra tersenyum pahit. Bila dia terkenangkan arwah abahnya, terus hatinya diruntun sayu. Kematian arwah abahnya yang membawa ibunya membenci dirinya. Sampaikan dia dipanggil sebagai pembunuh. Langsung tiada sekelumit rasa untuk ibunya berbuat baik dengannya.

Perlahan Afiq mengukir senyuman lebar. Maksudnya, dia ada peluang untuk cuba lebih rapat lagi dengan Adra.

"Eh, tapi, kau jangan berangan nak couple-couple dengan Adra. Aku tak izinkan."

Mati semula senyuman Afiq. "Asal pula?"

"Tak boleh. Jom, Adra. Teman aku pergi toilet." Terus ditarik tangan Adra untuk pergi dari tempat mereka belajar. Afiq mengeluh. Susah betul nak usha Adra bila ada bodyguard tetap dia tu.

✨✨✨

"Ibu, Ara dah habis periksa." Kata Adra sambil berdiri di tepi kerusi tempat Puan Nora duduk. Puan Nora menjeling Adra sekilas.

"Dah tu? Kau nak aku buat apa?" Soalnya kasar.

"Nanti Ara bolehlah tolong ibu cari duit. Nanti Ara kerja, Ara tolo--"

"Kau nak tolong aku? Selama ni aku kerja susah payah nak sekolahkan kau, kau tak nak tolong pula? Dah habiskan duit aku, baru kau nak tolong aku." Sinis kata-kata Puan Nora. Adra telan liur.

"Ara kan sekolah, macam mana Ara nak kerja." Balasnya perlahan. Puan Nora terus memandang Adra tajam. Panas pula hatinya bila melihat budak ini.

"Aku tak perlukan pertolongan kau untuk tolong aku. Kau tak payah nak susahkan tangan kau untuk tolong aku sebab aku jijik dengan kau. Kau kena ingat, aku ni benci kau. Aku tak suka kau. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku berhentikan kau sekolah!" Jerkah Puan Nora.

"Ibu, tak boleh ke ibu cakap lembut-lembut dengan Ara? Apa salah Ara dekat ibu sampai ibu bencikan Ara?" Soal Adra berani. Sebolehnya, dia mahukan jawapan tepat pada mulut ibunya walaupun dia sudah tahu jawapan ibunya.

Puan Nora tersenyum sinis. "Kau minta aku cakap lembut-lembut dekat kau? Kau cermin diri kau tu dulu! Aku tak akan pernah maafkan kau lepas apa yang kau dah buat sampai suami aku mati. Hati aku ni, hati aku ni sakit bila tengok muka kau. Kau tahu tak?!"

"Tapi, bu. Bukan Ara yang minta benda tu jadi. Ara tak tahu. Ara sayangkan abah, bu." Rintihnya. Puan Nora semakin panas.

"Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku bunuh kau. Kalau aku tahu, aku letak racun masa kau kecil bagi kau mati. Kau tak payah nak cakap yang kau sayang suami aku. Aku benci. Lepas ni, apa yang kau nak buat, kau buatlah. Kau nak tonggang ke, terbalik ke, lantak kau. Aku malas nak ambil tahu."

Setitis demi setitis air mata Adra jatuh di pipi. Dia berlalu masuk ke bilik tidurnya. Waktu beginilah, dia teringatkan arwah abahnya.

Betul, bukan dia minta untuk jadi begini. Kalau dia tahu ibunya akan bencikan dia, pasti dia sanggup mati lemas waktu itu. Kalau itu yang boleh buat ibunya bahagia.

Sekarang, dia sudah tiada siapa-siapa untuk mengadu. Lily sudah tiada di kampung. Cuma Lily sorang saja kawan baiknya. Air mata yang masih lagi mengalir, dilap dengan belakang tapak tangan.

Kenapa hidup dia jadi macam ni? Kenapa bukan bahagia untuk dia? Kenapa mesti duka? Apa salah dia? Hanya kerana abahnya mati lemas sebab selamatkan dia?

Adra teresak-esak. Andai dapat dia putarkan semula waktu, dia sanggup mati. Kenapa orang selamatkan dia? Kenapa tak bagi dia mati saja?

Adra memejam mata. Sedar yang dia sudah menyalahkan takdir yang tertulis buat dirinya. Segera dia beristighfar.

"Jangan risau, Ra. Satu hari nanti, akan ada pelangi untuk kau."

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now