"Assalamualaikum, abang. Ara nak minta maaf kalau kehadiran Ara dalam hidup abang buat abang benci pada Ara. Ara tahu abang tak pernah sayangkan Ara, cinta pun abang tak pernah. Tapi, Ara tak pernah minta abang berbaik dengan Ara semata-mata abang kesiankan hidup Ara. Ara tak perlukan belas kasihan orang lain. Ara dah lama tanggung semua benda ni sendiri. Cukuplah kalau abang jadi diri abang sendiri. Kalau boleh, Ara nak abang berbaik dengan Ara sebab Ara dah ada dalam hati abang bukan sebab kesiankan Ara. Ara dah tahu semuanya dan Ara tak nak susahkan abang lagi... Anggap je selama ni Ara tak pernah wujud dalam hidup abang atau hidup sesiapa. Tapi satu je yang Ara nak abang tahu, Ara cintakan abang sangat-sangat. Kirim salam pada mama bila mama sedar nanti. In Shaa Allah, ada jodoh kita jumpa lagi.
- Adra - "Carl melipat semula surat tersebut lalu diletakkan di atas meja semula. Dia terkedu setelah membaca setiap ayat Adra. Dia merenung wajah sugul Rafique di hadapannya.
"Raf--"
"Aku mengaku yang selama ni aku anggap dia menyusahkan aku, tapi tu dulu. Sekarang aku betul-betul cintakan dia. Takkan dia tak nampak semua tu?" Luah Rafique memotong bicara Carl.
"Raf, aku--"
"Macam mana aku nak anggap dia tak wujud dalam hidup aku sedangkan dia yang buat aku berubah. Dia dah sedarkan aku banyak benda, Carl. Macam mana aku nak lebih tenang lepas ni? Dialah punca aku hidup tenang. Bila aku tengok muka dia, aku rasa tenang je." Luah Rafique lagi.
Carl menghela nafas berat. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Adra pergi tanpa sebab yang mereka sendiri tak tahu.
"Aku nak cari dia. Aku nak tahu sebab apa dia tinggalkan aku macam tu. Aku nak bagitahu dekat dia yang mama dah tak ada. Aku tak tahu nak contact dia macam mana..." sayu sahaja suara Rafique.
Mengapa saat dia memerlukan seseorang untuk pemangkin semangatnya, orang itu hilang dari hidupnya?
"Kau nak cari kat mana?" Soalan Carl tidak dibalas. Hanya keluhan yang kedengaran.
"Kau memang tak ada nombor telefon dia?"
Rafique menggeleng. "Aku tak pernah mintak nombor dia."
"Cuba kau tanya Adila? Manalah tahu dia tahu Adra kat mana sebab diakan rapat dengan Adra." Cadang Carl.
Rafique menoleh.
"Aku rasa dia pun tak tahu sebab umi pun tak tahu kat mana Adra." Balas Rafique perlahan.
"Kau tahu kampung dia kat mana?" Soal Carl lagi.
Rafique mengangkat bahu. "Entah, aku tak tahu. Aku buntu..."
"Rileks, Raf. Kau tak cari dia lagi, kau dah kata buntu. Cuba positifkan diri kau tu." Nasihat Carl risau.
Sejak tiga hari pemergian arwah Datin Mariam, Rafique dilihat seperti tidak terurus. Betullah, waktu-waktu begini dia perlukan seseorang yang bernama isteri di sisi.
"Aku tolong kau. Kita cari sama-sama." Kata Carl.
Rafique mengangguk perlahan. Bila teringat semula ayat yang ditulis Adra itu benar-benar membuatnya kecewa. Salah diakah bila tak mengaku yang dia sudah jatuh cinta pada isterinya? Bukan dia tak nak bagitahu, tapi setiap kali dia ingin mengaku, ada sahaja halangan. Selama ni pun, takkan Adra tak perasan yang dia betul-betul sudah cinta dan sayangkan Adra?
Sekarang, mana dia nak cari Adra?
✨✨✨
"Ara, kau tak nak cerita kat aku ke sebab kau tiba-tiba jadi macam ni?" Soal Lily. Waktu itu mereka sedang duduk di dapur rumah Adra.
"Maksud kau?" Soal Adra, pelik.
"Yelah, yang kau nangis-nangis masa aku ambil kau tu... kau tak nak cerita kenapa?"
"Oh.." Adra tersenyum pahit. Bila teringatkan Rafique, terus dia dihurung rasa serba salah. Apalah yang sedang dilakukan lelaki itu? Suka ke lelaki itu bila dia dah tak ada dalam hidupnya itu?
"Woi, berangan pulak." Tegur Lily. Adra tersenyum nipis sebelum dia kembali menatap sahabat baiknya itu.
"Ada benda yang kau sembunyikan dari aku ke selama ni?" Soal Adra, serius.
"Kau cakap apa ni? Sembunyikan apa pulak?" Soal Lily bertalu. Dadanya sudah berdebar.
Adra menarik nafas kemudian dihembus perlahan.
"Kau sebenarnya dah kenal suami aku kan?"
Liur yang ditelan tiba-tiba terasa pahit. Lily berdehem menghilangkan rasa gelabah bila disoal begitu. Dia melarikan matanya dari terus menatap mata Adra.
"Jujur Ly. Aku tak marah pun." Tutur Adra meminta.
Lily membuat muka serba salah.
"Aku minta maaf Ra.. memang aku dah kenal suami kau tapi tu pun masa dia nak jumpa aku." Beritahu Lily bersungguh-sungguh.
"Dia jumpa kau sebab apa?" Soal Adra walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Dia tanya pasal life kau. Dia nak tahu kau ni siapa. Masatu Kak Dila pun ada. Aku ceritakan semua pasal kau dari kita sekolah lagi. Dia yang minta aku cerita..."
Adra tertunduk. Entah kenapa, sedih pula hatinya.
"Kau nak tahu tak, sebabkan life aku yang malang ni lah dia berbaik dengan aku sebab dia kesiankan aku." Ucap Adra. Matanya sudah bergenang dengan air mata.
"Maksudnya?"
Adra menghela nafas perlahan. "Aku dengar dia cerita dekat kawan dia sebab dia berbaik dengan aku. Aku kecewa sangat masatu, Ly. Aku ingatkan dia ikhlas nak berbaik dengan aku, rupanya sebab dia kesiankan hidup aku ni. Lagipun salah aku juga,"
Berkerut dahi Lily.
"Salah kau? Sebab?"
"Dia pernah pesan dekat aku yang dia tak nak aku letak harapan yang terlalu tinggi dekat dia. Maksudnya, dia nak aku sedar siapa diri aku. Aku ni tak layak untuk dia, Ly. Tapi aku ni bodoh. Makin hari, makin aku sayangkan dia, cintakan dia. Sedangkan dia, sikit pun dia tak pandang aku. Dia cuma kesiankan aku. Tu je..." Adra sudah mula beremosi.
Lily menggosok lengan Adra perlahan. "Ara, kau tak pernah tahu pun perasaan suami kau tu macam mana. Manalah tahu dia dah mula sayangkan kau. Kau je suka ambil keputusan tiba-tiba tanpa dengar sendiri dari mulut dia. Kita tak tahu apa perasaan orang tu kat kita, Ara." Nasihat Lily.
"Kau tengoklah aku sekarang Ly. Sebab aku berharap dekat dia sangat, sampaikan aku kecewa. Aku tahu yang dia memang tak ada perasaan kat aku. Aku tahu..." Suara Adra sudah berubah sebak. Dia cuba menahan daripada tangisannya pecah.
Lily terdiam. Dia tak tahu harus buat bagaimana sebab dia tidak berada di tempat Adra. Apa yang dia boleh buat, hanyalah memberi kata-kata semangat buat Adra.
Maaf kalau bosan 🙏
DIA dah nak tamat dah. Mungkin dalam 5-10 bab lagi macam tu...
Macam biasa jangan lupa votes and comments kalau nak saya update lagi malam ni huhuhu 😂 (kejamkan sis) hahaha
Btw, jemput baca story baru saya RAY | RAIHANNAH. Tq ! :)
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...