"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Adila setelah duduk di hadapan Rafique. Dia pelik apabila lelaki itu datang ke restoran untuk berjumpa dengannya.
"Aku nak tanya kau something. Pasal Adra." Kata Rafique terus. Malas mahu berdolak dalih apatah lagi Adila sudah terang-terangan tidak sukakan kehadirannya.
"Pasal Ara? Kenapa dengan dia?" Tanya Adila sedikit kalut apabila mendengar sepotong nama itu.
"Aku nak tahu dia tu siapa sebenarnya dalam keluarga kau. Aku yakin kau dengan dia memang tak ada pertalian darah." Kata Rafique. Adila menaikkan sebelah keningnya.
"Kenapa kau tak tanya Ara sendiri? Dia kan isteri kau." Kata Adila. Rafique mengeluh perlahan. Kalau bukan sebab kata-kata Carl tempoh hari yang berjaya menyedarkan dirinya sedikit, tak adalah dia ke sini mencari tahu siapa sebenarnya Adra. Firasatnya kuat mengatakan bahawa Adra ada sesuatu yang disembunyikan.
"Kau sorang je yang boleh tolong aku. Aku tahu aku ni sombong, berlagak. Tapi kali ni aku betul-betul nak tahu siapa Adra." Rayu Rafique. Adila tersenyum sinis. Tahu pun sombong dan berlagak. Ingatkan tak sedar diri lagi.
"Jadi, Ara tak pernah cerita apa-apa pasal hidup dia dekat kaulah?" Rafique menggeleng. "Aku tak pernah tanya apa-apa pasal life dia." Lelaki itu menjawab perlahan.
"Kau duduk serumah dengan dia tapi kau langsung tak tahu apa-apa pasal dia. Kau tu suami dia. Apa motif kau kahwin dengan Ara kalau kau hidup cuma nak pentingkan diri sendiri." Nada suara Adila sudah naik seoktaf. Mujurlah, pelanggan tidak ramai hari ini dan mereka berada di tempat yang sedikit tersorok. Rafique terdiam. Adila menahan geram.
"Aku minta maaf, Dila. Thats why, aku datang jumpa kau hari ni. Aku nak tahu pasal dia." Adila mengeluh berat. "Okay, aku pun minta maaf sebab marah kau tadi."
"It's okay."
"Memang Ara tu tak ada pertalian darah dengan aku and family aku. Tapi kitorang dah anggap dia macam keluarga since..." Adila menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Dia perlukan kekuatan untuk menceritakan tentang kisah hidup Adra.
"Since?" Soal Rafique tidak sabar.
"Malam tu, aku dengan Johan patah balik ke restoran sebab handphone aku tertinggal. Masa kitorang sampai kat restoran, aku nampak Ara terbaring dekat kaki lima. Dia nampak lemah sangat masatu. Then, aku dengan Johan bawa dia balik rumah. Memang mula-mula tu kitorang rasa was-was sangat sebab zaman sekarang macam-macam orang gunakan taktik untuk mencuri atau samun." Rafique tekun mendengar cerita daripada Adila.
"Esoknya Ara sedar. Dia nampak takut sangat masa nampak aku dengan umi. Dia macam trauma. Kitorang bagi dia masa untuk dia sesuaikan diri dia. Bila dia dah settle down, aku dengan umi cuba tanya nama dia, mana dia tinggal. Kitorang waktu tu ingat nak hantar dia balik rumah dia balik tapi dia tak nak. Dia macam takut sangat. Lepas aku dengan umi try pujuk dia untuk ceritakan perkara sebenar, akhirnya dia cerita juga." Adila menarik nafas sekali lagi. Matanya sudah bergenang.
"Apa yang jadi dekat Adra sebenarnya?" Soal Rafique tidak sabar.
"Kau tahu tak yang dia kena halau dengan ibu kandung dia semata-mata nak pertahankan diri dia. Ayah tiri dia cuba rogol dia masa ibu dia tak ada dekat rumah. Bila ibu dia balik, terus Ara bagitahu apa yang ayah tiri dia cuba buat. Tapi kau tahu tak apa yang Ara dapat bila dia cuba bagi tahu perkara sebenar? Dia kena hina dengan ibu dia. Ayah tiri dia pula seboleh-boleh kata yang Ara sebenarnya cuba goda dia. Padahal dia tu yang keparat! Ibu dia lebih percayakan suami dia daripada anak kandung dia sendiri sampailah Ara kena halau. Aku yakin Ara tak pernah tipu kitorang satu keluarga. Aku tahu dia memang ceritakan benda yang betul. Kalau dia jahat, dah lama dah dia buat benda jahat dekat kitorang. Cuma, aku tak tahu detail lagi pasal Ara. Aku tak tahu sangat pasal life dia sebelum ni. Aku cuma tahu tu je." Adila mengelap air matanya yang mengalir itu. Sebak tatkala menceritakan semula detik hitam dalam hidup seorang gadis bernama Adra.
Rafique terdiam. Sukar untuk dia hadam semuanya. Dia masih tak boleh percaya seratus peratus. "Macam mana kalau dia buat cerita?"
Adila ketawa mengejek. "Eh, Raf. Apa lagi yang kau susah sangat nak percaya ea? Ara tak tipulah sebab aku ingat lagi masa dia terserempak dengan kawan sekolah dia dulu. Kalau kau tak percaya juga, kau jumpa kawan sekolah dia. Ni nombor dia." Terus Adila mengeluarkan telefon bimbitnya dan memberi nombor telefon milik Lily. Dia yakin yang Lily lebih tahu tentang Adra. Rafique menyimpan nombor Lily di dalam telefonnya.
"Thanks. Nanti kalau aku dapat contact kawan dia, aku ajak dia jumpa dekat sini je." Adila sekadar mengangguk setuju.
"By the way, thank you so much sebab kau sudi ceritakan pasal Adra. Kita jumpa next time."
"No problem."
✨✨✨
Rafique menyangkut kunci kereta pada penyangkut kunci. Dia menghempaskan punggungnya di atas sofa. Cerita Adila tadi satu persatu bermain di mindanya. Dia tak boleh percaya selagi dia tidak berjumpa dengan kawan baik Adra.
Setelah mendapat nombor telefon Lily, terus Rafique menelefon gadis itu. Mereka bersetuju untuk berjumpa di restoran milik keluarga Adila esok petang memandangkan Lily hanya free pada esok hari.
Bunyi tombol pintu yang berpusing menarik perhatian Rafique. "Eh, abang. Sorry Ara tak perasan yang abang dah balik." Tegur Adra selepas dia keluar dari bilik. Dia masih lagi lengkap bertelekung kerana baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. Dia ingin ke dapur untuk mengambil telefon bimbitnya yang ditinggalkan di atas kabinet dapur.
Rafique memandang Adra sekejap. Dia masih belum boleh berbaik dengan gadis itu. Walaupun dia sudah tahu separuh cerita mengenai Adra tapi itu bukan tiket untuk dia sudah boleh percayakan Adra.
"Abang nak makan? Ara boleh hidangkan." Kata Adra tatkala Rafique sudah bangkit dari duduknya.
"Aku dah makan. Kau simpan jelah lauk kau tu." Terus dia berlalu naik ke atas. Adra tersenyum pahit. Terkesan dengan sikap Rafique yang masih lagi dingin dengannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...
![Cintai Aku. [ complete ]](https://img.wattpad.com/cover/136895959-64-k870412.jpg)