DIA | 30

24.5K 918 17
                                    

Sudah lebih 3 kali dia berpusing-pusing di hadapan pintu bilik Rafique. Masih berfikir untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu. Asal nak ketuk je, mesti rasa yakinnya terus merundum. Adra menampar perlahan pipinya.

'Ketuk jelah Ara. Kau nak takut apa?' Adra menggigit jari telunjuknya perlahan. Dia bukan takut cuma dia... eh, entahlah!

Adra menarik nafas kemudian dilepaskan perlahan. Baru sahaja tangannya ingin naik mengetuk, pintu bilik Rafique sudah dibuka dari dalam. Terjengul wajah Rafique yang memandang Adra dengan kerutan di dahi. Adra terus mempamerkan senyuman tak bersalahnya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Rafique dengan wajahnya yang serius itu. Dia merenung tajam gadis pendek separas dadanya itu. Pendek!

"Err.... Ara nak ajak abang makan. Ara dah siap masak." Kepala yang tidak gatal digaru.

"Kau makan jelah sorang. Aku nak keluar." Kata Rafique. Dia menuruni anak tangga diikuti Adra di belakang.

"Err.. ab-- abang," panggil Adra. Rafique berpaling dengan malas, "Apa?"

"Ara bosanlah duduk rumah. Boleh tak kalau Ara jalan-jalan atau cari kerja dekat-dekat sini?" Adra memandang Rafique dengan pandangan berharap. Berharap bahawa lelaki itu akan mengizinkannya.

"Suka hati kaulah. Aku dah cakap duduk rumah je. Tapi ni life kau, so aku tak nak campur." Terus Rafique berlalu keluar dari rumah setelah mencapai kunci kereta pada penyangkut. Adra melepaskan keluhan. Bukan itu balasan yang dia mahu daripada Rafique.

Melihat kereta Rafique yang berlalu dari perkarangan rumah, membuatkan Adra sedikit sayu. Kalaulah hubungan mereka ni seperti pasangan suami isteri yang lain, mesti ke mana-mana sahaja, Rafique pasti akan bawa dia.    

Hari sudah semakin lewat malam, entah bagaimana, Adra akhirnya terlelap di sofa ruang tamu sehinggalah Rafique pulang ke rumah.

Rafique menuju ke sofa di mana sekujur tubuh milik Adra tidur di situ. Nyenyak. Rafique merenung wajah Adra dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia perlu berbuat baik dengan gadis ini tetapi akalnya seolah-olah menghalang.

Rafique terus berlalu ke biliknya, membiarkan Adra tertidur di sofa sehingga hari esok.

✨✨✨

Adra memandang biasan dirinya pada cermin. Hari ini, dia akan keluar berjalan-jalan di sekitar taman perumahan ini. Dia mahu mencari udara segar. Tudung dibetulkan sedikit sebelum keluar dari bilik.     

Rafique masih belum bangun dari tidur. Sarapan sudah siap disediakan oleh Adra. Sebelum keluar dari rumah, Adra meninggalkan sekeping nota yang ditampal pada pintu peti sejuk.

Dengan bacaan Bismillah, Adra keluar dari rumah dengan senyuman puas. Barulah dia rasa bersemangat hari ini. Dapat berjalan-jalan di sekitar taman perumahan. Lebih kurang 1 km, terdapat sebuah taman rekreasi dan terus Adra melencong ke situ. Dia duduk di bangku kosong untuk melepaskan lelah. Jam pada telefon bimbit dipandang. Sudah pukul 8.45 pagi. Agak-agaknya, Rafique sudah bangun ke belum?     

Seronok Adra melihat manusia yang berkunjung di taman rekreasi ini. Ada yang berkeluarga dan juga berseorangan. Melihat keluarga bahagia itu, membuatkan Adra tersenyum sendiri. Dia sedang membayangkan bahawa dia mempunyai keluarga yang bahagia bersama dengan Rafique. Adra gelak perlahan apabila menyedari yang dia sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

Sementara itu, di rumah, Rafique tersenyum membaca nota yang ditinggalkan Adra. Tergeleng-geleng kepalanya membaca ayat Adra. 

Good morning, abang! Ara keluar kejap jalan-jalan. Doakan supaya Ara tak kena culik tau. Manalah tahu ada penculik berkenan nak culik Ara. Btw, Ara dah siapkan sarapan. Makan tau :)

Rafique melihat sarapan yang dibuat oleh Adra. Macam biasa, roti bakar dan milo suam. Tanpa berlengah, terus disua roti tersebut ke mulutnya. Nota kecil tadi dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek seluar.  

Lama juga gadis itu keluar. Disebabkan pagi ini dia tidak ke mana-mana, jadi Rafique membuat keputusan yang dia akan mencari gadis itu. Manalah tahu kena culik betul-betul.   

Setelah mencapai sweater dan kunci rumah, terus dia keluar dari rumah. Berjoging perlahan menuju ke taman rekreasi. Dari jauh sudah nampak figura Adra yang sedang duduk sambil termenung.     

Rafique berjalan mendekati Adra yang masih belum menyedari kehadirannya. Dia melabuhkan duduk di sebelah Adra dengan perlahan-lahan. Gadis itu masih belum perasan.   

"Best duduk sini lama-lama?" Terus ditegur Adra di sebelahnya. Adra pula pantas menoleh ke sebelah kanannya. Mulutnya ternganga sekejap.       

"Abang! Abang buat apa kat sini?" Soal Adra seperti tidak percaya.   

"Oh, aku tak boleh datang sini ea? Okaylah, aku balik." Balas Rafique sarkastik. Cepat-cepat Adra menghalang.     

"Maksud Ara, abang datang sini sebab apa? Risaukan Ara ke?" Soal Adra selamba.

"Jangan nak perasan ea kau. Aku memang selalu lepak sini. So, suka hati akulah nak duduk sini." Balas Rafique. Padahal boleh dikira dalam masa setahun, berapa kali dia ke taman rekreasi ini.   

Adra mencebik sebelum dia berpura-pura menghidu sesuatu. Dia menghidu berdekatan dengan Rafique sehinggakan lelaki itu berganjak menjauh daripada Adra.

"Eh, kau ni apesal?"    

"Ara macam ada bau orang belum mandilah. Abang ea? Abang belum mandi kan?" Adra meneka sambil matanya dikecilkan.    

"Eh, mana ada. Aku dah mandilah. Kau tu yang belum mandi." Rafique menjeling. Adra ketawa.    

"Eleh, tak mengaku pulak. Belum mandi kan? Kan?" Adra cuba memprovok sambil jarinya tepat ditunding pada batang hidung Rafique.

Rafique menepis jari Adra. "Eishhh.... kenapa kalau aku tak mandi lagi?"  

Terus Adra membuat aksi geli-geleman. "Ei, uchuklahh..." Adra menutup hidungnya sambil buat-buat menjauh daripada Rafique. Lelaki itu pula sudah mempamerkan riak geram. Ada kang aku sumbat budak ni kat bawah ketiak aku..        

Tanpa menghiraukan Adra yang masih terus-terusan menyakatnya, terus Rafique bangkit dan berlalu dari situ.

"Eh, abang! Tunggu!" Terkocoh-kocoh Adra mengejar langkah Rafique yang laju itu. Rafique memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek sweater. Adra di sebelah tidak dihiraukan.       

"Alah, abang. Janganlah merajuk. Ara gurau je." Pujuk Adra. Rafique tidak membalas.    

"Abang, janganlah merajuk. Tak handsomelah macam ni."      

"Abang kan dah besar. Merajuk macam ni, eii...."

"Boleh tak kau ni senyap? Mulut dah macam bontot ayam. Dari tadi pot pet pot pet. Bingit tahu tak!" Marah Rafique. Adra terus terdiam.   

Menyedari yang Adra sudah senyap, Rafique tersenyum puas. Senang je nak suruh budak ni senyap, marah je. Confirm senyap terus. Rafique ketawa jahat dalam hati.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now